Bagaimana Tanda Bahagia? Bahagia yang kita cari.
Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Bahagia yang didambakan bukan hanya di dunia malah yang lebih penting adalah kebahagiaan di hari akhirat.
Terdapat pelbagai tanda kebahagiaan, antaranya:
a. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur
b. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar
c. Jika melakukan dosa ia segera beristighfar (bertaubat).
1. Bersyukur Dengan Nikmat
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”. (Ad-Dhuha: 11)
Imam Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 20/102)
2. Bersabar Dengan Ujian dan Musibah
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 155)
Syeikh Abu Bakar al-Jazairi menyebut, Allah SWT pasti menguji hamba-hamba-Nya agar terlihat jelas siapa yang jujur hatinya dan siapa yang dusta, siapa yang sabar dan siapa yang berkeluh-kesah. Ia merupakan sunnatullah yang berlaku pada hamba-hamba-Nya (Aisar al-Tafasir, 1/65)
3. Bertaubat Daripada Dosa
Firman Allah S.W.T:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya. (Aali Imran: 135)
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat” (HR Ibn Majah No: 4392)
Mari kita menjadi orang yang bersyukur, sabar dan sentiasa bertaubat.
JOM KITA PAKAT2 BAHAGIAKAN DIRI ORANG LAIN SEBELUM KITA BAHAGIAKAN DIRI KITA.
SAYA BAHAGIA BILA DAPAT BERKONGSI ILMU & KEPAKARAN DENGAN INSAN2 LAIN DILUAR SANA. JIKA ADA MANA2 ORGANISASI,JABATAN KERAJAAN,AGENSI SWASTA,SEKOLAH & IPTA YANG BERCADANG NAK BUAT PROGRAM DAN PERLUKAN PENCERAMAH,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,TARIKH,MASA & TEMPAT PROGRAM.
SAYA CUKUP MERASA BAHAGIA BILA DAPAT BERKONGSI DENGAN ANDA & KALIAN SEMUA.
YANG BERSEDIA BERKONGSI
TN ABD GHANI YUSOFMOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING &SERVICES
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209