ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SALAM MOTIVASI DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA.SALAM SAYYIDUL AYYAM PENGHULU SEGALA HARI BUAT SEMUA KENALAN DAN RAKAN2 PEMBACA BLOG MOTIVASI SAYA NI YER.
HARI INI TIADA KELAS DAN TIADA PERJUMPAAN DENGAN STUDENT.SO,SAYA AMBIL KESEMPATAN INIUNTUK MENULIS SEDIKIT BICARA TENTANG `MOTIVASI DIRI` DISAAT KITA JATUH MERUDUM SAMADA DIKECEWAKAN,BISNES GAGAL,PERCINTAAN TERHALANG ATAU KERJA YANG TAK KESAMPAIAN.
JIKA HARI INI KITA MENGALAMI KEGAGALAN,JANGAN ANGGAP IA SUATU YANG KEKAL ABADI HINGGAKAN TIADA HARAPAN UNTUK PULIH.BUANG SIKAP NEGATIF BEGITU.KITA MESTI INGAT SEGALA UJIAN YANG ALLAH TURUNKAN ITU ADALAH TANDA KASIH SAYANG DIA PADA KITA.
JANGAN PERNAH JEMU UNTUK BANGKIT KEMBALI.JANGAN PERNAH JEMU UNTUK PULIHKAN KEMBALI SEMANGAT YANG TELAH LUNTUR.INGAT! UJIAN YANG ALLAH TIMPAKAN KEPADA KITA ADALAH SATU PETANDA BAHAWA DIRI KITA SEDANG DIUJI UNTUK MENANGKAT MARTABAT DIRI KITA SEBAIKNYA.
ALLAH TELAH MERENCANAKAN SESUATU YANG TERBAIK BUAT KITA.ALLAH NAK HADIRKAN KEGEMBIRAAN YANG LAIN BUAT KITA SELEPAS HILANGNYA DUKA DAN KECEWA YANG KITA LALUI TERSEBUT.
KITA MASIH DALAM PROSES HIDUP YANG PANJANG.BANYAK LAGI HALANGAN2 YANG LAIN SEDANG MENANTI.SETAKAT UJIAN YANG KECIL INI KITA MESTI HADAPINYA DENGAN CEKAL,BERANI DAN CUKUP AMPUH.
BINA UPAYA DIRI.BACA KISAH KEGAGALAN INSAN LAIN.SELAMI KISAH HIDUP SERTA KEPAYAHAN INSAN OKU DALAM MENITI HIDUP.TENGOK BAGAIMANA ORANG KURANG UPAYA MAMPU MENERUSKAN HIDUP SEKALIPUN PAYAH.TIADA ISTILAH GAGAL DAN KECEWA DALAM HIDUP MEREKA SEKALIPUN TANGISAN TAKKAN LUPUT DARI DIRI MEREKA.
JIKA PUTUS CINTA,JANGAN KECEWA.CINTA ITU DATANG DAN PERGI.PENGGANTI LAIN YANG LEBIH SETIA PASTI TIBA.JIKA BISNES GAGAL.IA BUKANLAH SUATU YANG KEKAL.HIDUP KITA INI SATU KITARAN.INSYAALLAH AKAN BERPATAH BALIK KEJAYAAN KEPADA KITA JIKA USAHA DAN TENAGA KITA DAPAT TINGKATKAN.
PERCAYALAH.ALLAH AKAN BERIKAN KEJAYAAN KEPADA ORANG2 YANG CEKAL DAN MAMPU BANGKIT DALAM KEADAAN KECEWA SEKALIPUN PAYAH.TIADA KEGAGALAN YANG KEKAL.IA HANYALAH SUATU KEMENANGAN DAN KEJAYAAN YANG TERTANGGUH.
ATUR SEMULA CORAK DAN STAIL KEHIDUPAN KITA.USAH LAGI TERIKAT DENGAN KISAH SILAM.RENUNG DAN TINJAU PELUANG2 YANG ADA.BANGKIT SEGERA DAN BINA SEMULA UPAYA DIRI UNTUK GAPAI SUKSES.
SUKSES AKAN HADIR MENERPA HIDUP ORANG YANG HEBAT LAGI CEMERLANG.KITA PELAJARI CORAK HIDUP INSAN2 YANG BERJAYA DILUAR SANA.INSPIRASIKAN HIDUP KITA DENGAN KEJAYAAN INSAN LAIN YANG HEBAT2.
SEMATKAN DALAM DIRI KITA SIKAP2 POSITIF YANG MELINGKARI HIDUP INSAN2 YANG BERJAYA.CONTOHI HIDUP MEREKA DAN AMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.TERUS BERUSAHA,BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH YANG SETIA MEMBANTU KITA.INSYAALLAH.AMIN
SEMOGA CATATAN INI MAMPU MEMBERI SEDIKIT INPUT ATAU KESAN POSITIF BUAT KALIAN SEMUA.SELAMAT MENGUBAH PERSEPSI DIRI DAN CUBA SEDAYA UPAYA DIRI UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN AGAR LEBIH HEBAT DARI TAHUN2 SEBELUMNYA.
SEKIAN, SALAM MOTIVASI DIRI
BANGKIT BERJAYA
YANG MENGHARAP
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
019 4741209