ALHAMDULILLAH ,PERANCANGAN PIHAK UBK MRSM KOTA KINABALU 5 BULAN YANG LEPAS TELAH TERLAKSANA PADA SABTU LEPAS ( 5.8.2018 ) . PERJALANAN MENAIKI PESAWAT AK 5326 SELAMA 2 JAM 40 MINIT CUKUP BERBALOI BILA BERTEMU DAN BERHADAPAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR HEBAT MRSM KOTA KINABALU,SABAH.
2 TAHUN LEPAS SAYA TELAH MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR YANG HAMPIR KURANG SAMA FORMATNYA,TAPI IANYA MELIBATKAN PELAJAR2 CALON SPM . NAMUN ,KALI INI IANYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM TAHUN HADAPAN ( 2018 ).
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MR JOLIFULIZAN,SELAKU KAUNSELOR YANG BERTANGGUNGJAWAB MERANCANG,MELAKSANAKAN DAN MEREALISASIKAN PROGRAM INI. TERIMAKASIH ATAS JEMPUTAN KALI KE 2 INI.
TANGGAL 5.8.2017 ( SABTU ) SELAMA HAMPIR 7 JAM SAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR HEBAT LAGI AWESOME INI BERMULA DARI JAM 8.00 PAGI HINGGALAH JAM 5.00 PETANG. HABIS SAHAJA PROGRAM BERSAMA 140 PELAJAR INI,SAYA DIMINTA UNTUK BERTEMU MUKA PULA DENGAN BARISAN PRS ( PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ) MRSM KOTA KINABALU SELAMA HAMPIR 20 MINIT UNTUK BERKONGSI TIP2 MENJADI PRS YANG HEBAT DAN BERKUALITI.
SELAMA 7 JAM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR INI,BANYAK YANG SAYA KONGSIKAN ANTARANYA :
- MISI " BETTER FUTURE " - CHOICE & SACRIFICE
- FORMULA 9A UNTUK GAPAI 9A
- STRATEGI UNTUK CEMERLANG SPM 2018
- FORMULA UNTUK MENJADI PELAJAR VERSATILE
- VISION BOARD PELAJAR EXCELLENT
- KITARAN MANUSIA YANG HEBAT
- FORMULA MENJADI PELAJAR YANG BERWAWASAN
- STRATEGI PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
- PENINGKATAN KUALITI EQ ( EMOTIONAL QOUTION )
TERASA SEKEJAP SAHAJA ,WALAUPUN PROGRAM INI MEMAKAN MASA SELAMA HAMPIR 7 JAM LEBIH. PELAJAR-PELAJAR MRSM KOTA KINABALU YANG TERDIRI DARI PELBAGAI SUKU KAUM INI MEMANG ENERGETIK,SPORTING DAN VERY SUPPORTIF.
SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DIREALISASIKAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA. SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA DALAM SPM 2018 NANTI. SAYA PASTI AKAN DATANG LAGI TAHUN HADAPAN UNTUK TERUS MEMACU KECEMERLANGAN MEREKA.
SEMOGA RANKING MRSM KOTA KINABALU TERUS MENINGKAT DAN MENJADI ANTARA MRSM YANG PUNYAI PENINGKATAN KUALITI AKADEMIK YANG TERBAIK.
SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES
YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH
TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209
No comments:
Post a Comment