FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, February 18, 2017

2ND SMART PARENTING SKILLS @ SMK BAYAN LEPAS









HARI INI TANGGAL 18.2.2017 BERTEMPAT DI SMK BAYAN LEPAS,PULAU PINANG TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM BERIMPAK TINGGI IAITU PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN IBU BAPA SEMPENA PPROGRAM PENETAPAN TARGET CALON-CALON PT3 SMK BAYAN LEPAS PULAU PINANG.

PROGRAM BERMULA SEAWAL JAM 8.30 PAGI DENGAN DIMULAKAN UCAPAN & TAKLIMAT OLEH TUAN PENGETUA SMK BAYAN LEPAS. KEMUDIAN BARULAH DITERUSKAN DENGAN BICARA MOTIVASI KEIBU BAPAAN YANG DIKENDALIKAN OLEH SAYA SENDIRI.

WALAUPUN TOPIK KHUSUS @ SPESIFIK TIDAK DIBERIKAN OLEH PIHAK PENGANJUR,TETAPI SAYA TELAH AWAL2 LAGI SEDIAKAN SATU TOPIK YANG AGAK MERUNTUN JIWA & BAKAL MENYENTAP NURANI PARA WARIS IAITU `IBU BAPA CEMERLANG PENENTU KEJAYAAN ANAK` .

SELAMA HAMPIR 2 JAM SETENGAH SAYA BERBICARA DIDEPAN 170 PELAJAR CALON PT 3 BESERTA HAMPIR SETENGAH DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN IBU BAPA MEREKA YANG HADIR .

BANYAK JUGAK YANG TELAH SAYA SENTUH ,ANTARANYA:

1- BAGAIMANA MEMBENTUK DIRI MENJADI IBU BAPA YANG PRIHATIN
2- MENDIDIK ANAK MENJADI MANUSIA HEBAT DARI KACAMATA ISLAM
3- MENDORONG ANAK MENGIKUT GAYA RASULULLAH SAW
4- TEORI ASUHAN & DIDIKAN ANAK
5- MENDIDIK ANAK DENGAN KAEDAH ABAD 21 YANG LEBIH BERHIKMAH
6- BAGAIMANA MEMBINA POTENSI ANAK KEARAH KECEMERLANGAN
7- TIP-TIPS MENDORONG ANAK MENJELANG PEPERIKSAAN UTAMA
8- KONSEP 5K DALAM MENDIDIK ANAK.

BUKAN SETAKAT PERINGATAN KEPADA IBU BAPA SAHAJA DIBERIKAN SANTAPAN MINDA,KEPADA PARA PELAJAR JUGA SAYA, TURUT BERIKAN PESANAN BERGUNA ,ANTARANYA :

1- BAGAIMANA MENJADI ANAK YANG HEBAT PADA KACAMATA IBU BAPA
2- MENJADI PELAJAR YANG SERBA BOLEH DAN BERKEMAMPUAN
3- BAGAIMANA MEMBINA MASA DEPAN YANG CEMERLANG
4- BAGAIMANA MEMBENTUK SIKAP DAN PERILAKU YANG MULIA
5- BAGAIMANA MELETAKKAN TARGET DALAM HIDUP

TERLALU BANYAK YANG INGIN DISAMPAIKAN,RASANYA SEKADAR 2 1/ JAM TIDAK MEMADAI UNTUK BERKONGSI PANJANG LEBAR.NAMUN KESEMPATAN ITU TELAH DIGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK BERKONGSI RAHSIA DAN TIPS KEKELUARGAAN.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DISERAP DAN DIGUNA PAKAI DALAM KEHIDUPAN MEREKA SEBAGAI IBU BAPA & PENJAGA KEPADA ANAK-ANAK YANG MENJADI PEWARIS KEJAYAAN MASA DEPAN.

SEMOGA SMK BAYAN LEPAS PULAU PINANG TERUS CEMERLANG DAN MENJADI SALAH SEBUAH SEKOLAH YANG MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PT 3 2017 NANTI. INSYA-ALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN,WASSALAM

CATATAN DIARI KEHIDUPAN SANG MOTIVATOR

TN.ABD.GHANI YUSOF
SENIOR LECTURER/MOTIVATOR.SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA  INSAN
18.2.2017

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...