FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, January 4, 2014

TUGASAN PERTAMA DIMINGGU PERTAMA TAHUN BARU 2014








ALHAMDULILLAH....WALAUPUN DIJEMPUT DALAM TEMPOH 2 MINGGU SAHAJA, PROGRAM MOTIVASI WARGA PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB ) WILAYAH UTARA TETAP BERJALAN DENGAN LANCAR DAN CEMERLANG.

SEMALAM TANGGAL 4.1.2014 ( SABTU ), BERTEMPAT DI HOTEL FLAMINGO,TANJUNG BUNGA,PULAU PINANG SAYA TELAH BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN BICARA MOTIVASI SAYA SELAMA SEHARI PENUH KEPADA WARGA PEMASARAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ( PNMB ) WILAYAH UTARA.

BERMULA JAM 8.30 AM SEHINGGALAH JAM 4.30 PETANG,SAYA BERSAMA 20 ORANG PEGAWAI-PEGAWAI PEMASARAN PNMB YANG BERSIDANG DEMI MENINGKATKAN PENGELUARAN & PRODUKTIVITI PNMB BAGI TAHUN 2014.

ANTARA INTIPATI BICARA MOTIVASI KERJA SAYA IALAH :

1- KEPERLUAN KEPADA PERUBAHAN SIKAP,KUALITI DAN SEMANGAT KERJA
2- KEPERLUAN KEPADA PENINGKATAN DAYA SAING
3- MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN
4- KEPERLUAN MENINGKATKAN KUALITI SKILL KOMUNIKASI
5- PERLUNYA SENTIASA MEMBUAT UNJURAN KEPADA PENCAPAIAN PERIBADI & ORGANISASI
6- ANALISIS SWOT
7- MENYEMARAKKAN BUDAYA KREATIF & PEMIKIRAN KREATIF
8- KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN MENGUNDANG PENCAPAIAN YANG MEMBERANGSANGKAN
9- KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA
10- SENTIASA MEMPERBAIKI AZAM & TEKAD DALAM KEHIDUPAN

WALAUPUN PERTAMA KALI BERKOLABORASI DENGAN PIHAK PNMB,DIRASAKAN KALI PERTAMA INI MAMPU MELONJAKKAN SEMANGAT PARA PEKERJA PNMB DEMI PENCAPAIAN YANG LEBIH GEMILANG PADA TAHUN 2014.

NAMPAK JELAS KESUNGGUHAN PARA PEKERJA PNMB INGIN MEMPERBAIKI DIRI DAN KUALITI PENYAMPAIAN MEREKA.INI TERSERLAH DALAM SESI PEMBENTANGAN DAN SESI ANALISIS SWOT YANG DIJALANKAN OLEH MEREKA SEWAKTU SESI KETIGA SEBELAH PETANG ( SESI SUMBANG SARAN & SESI PEMBENTANGAN ).

SEMOGA PNMB MAMPU MENONGKAH ARUS ,MENANGANI PERMASALAHAN DENGAN BIJAK DAN MAMPU BERGERAK DENGAN LEBIH JAUH DALAM ARUS PERCETAKAN NEGARA.

SAYA MENDOAKAN MEREKA SEMUA MAMPU MENYERAP APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA SEHARI DAN MAMPU MENGGUNA PAKAI APA JUGA SARANAN YANG SAYA SAMPAIKAN.

SEKIAN, SALAM SUKSES DAN SALAM CEMERLANG

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH UMMAH

TN.ABD.GHANI BIN YSUOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...