FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 17, 2013

DISEBALIK KEPAYAHAN ADA KEMUDAHAN & KESENANGAN...FIKIRKANLAH..

SUDAH MENJADI LUMRAH ....SETIAP DARI KITA YANG BERNAMA `MANUSIA` SUDAH PASTI TIDAK TERLEPAS DARI MASALAH ! MASALAH DATANG & PERGI,SILIH BERGANTI..IANYA DATANG DARI PELBAGAI BENTUK & CORAK ! ADA MASALAH BERPUNCA DARI KELUARGA..ADA YANG BERPUNCA DARI SUMBER KEWANGAN.

ADA YANG BERMULA DARI PERHUBUNGAN SOSIAL..ADA MASALAH BERPUNCA DARI TEKANAN DITEMPAT KERJA..PELBAGAI MASALAH SERING MELANDA MANUSIA !
SEBENARNYA MASALAH YANG KITA HADAPI PERLU DILIHAT DARI SUDUT POSITIF !

ADA SESUATU YANG MENARIK BAKAL MENANTI KITA KESAN DARI MASALAH YANG KITA HADAPI !

MUNGKINKAH PERMASALAHAN YANG KITA HADAPI BAKAL MEMBERIKAN KITA IMPAK POSITIF !

1- MASALAH KELUARGA- MUNGKIN INILAH RUANG TERBAIK UNTUK MENILAI KEMBALI PERANAN SEBAGAI SEORANG SUAMI,ISTERI,BAPA,EMAK ATAU SEBAGAI AHLI KELUARGA. MUNGKIN SELEPAS MASALAH YANG KITA HADAPI ITU SELESAI,KITA AKAN SENTIASA BERHATI-HATI DAN BERUSAHA MEMELIHARA KELUARGA AGAR SENTIASA CERIA & BAHAGIA.

2- MASALAH KEWANGAN - MUNGKIN  SETELAH MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN YANG SERIUS,KITA BAKAL KEMBALI MENGURUSKAN KEWANGAN SECARA BIJAK DAN BAKAL MENJADI ORANG BIJAK DALAM SISTEM KEWANGAN PERIBADI.

3- MASALAH DITEMPAT KERJA - INILAH RUANG TERBAIK UNTUK MEMPERBAIKI KEMBALI KUALITI KERJA KITA,KUALITI HUBUNGAN KITA DENGAN BOS DAN RAKAN SEKERJA DAN MUNGKIN JUGA INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK MENILAI KEMBALI SUMBANGAN KITA KEPADA ORGANISASI.

INGATLAH ! ALLAH SWT PERNAH BERFIRMAN DALAM SURAH AD-DHUHA YANG MEMBAWA MAKSUD ` SESUNGGUHNYA YANG KEMUDIAN ITU LEBIH BAIK DARI YANG PERMULAAN`..INI ADALAH JAMINAN ALLAH BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA..DAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DAN MENARIK BAKAL MENANTI KITA SELEPAS SESUATU PERISTIWA @ KEADAAN YANG KURANG MENYENANGKAN MELANDA KITA !

SEKALI LAGI ALLAH SWT TELAH MEMUJUK & MEMOTIVASIKAN UMAT ISLAM AGAR JANGAN TERUS KECEWA APABILA MENERIMA KEGAGALAN @ KEKECEWAAN..PESANAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-INSYIRAH AYAT 5 & AYAT 6 ( 2 KALI DIULANGKAN ) :
`SESUNGGUNYA DISEBALIK KEPAYAHAN ITU ADA KEMUDAHAN`- `SESUNGGUHNYA DISEBALIK KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN`

JELAS,BAHAWA SESUNGGUHNYA MEMANG TERSELIT SERIBU HIKMAH DISEBALIK KEGAGALAN,KEKECEWAAN ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SESEORANG. JANGAN FRUST,GIVE UP ATAU MURUNG BILA MENERIMA SESUATU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.SESUNGGUHNYA SETIAP MASALAH ADA NILAI POSITIFNYA !

PERCAYALAH ! SESUATU YANG BAIK BAKAL MENANTI KITA ! AMIN YA RABBAL ALAMIN.

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...