FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, April 18, 2013

PEMIMPIN @ LEADER IBARAT NAKHODA KAPAL...KENA BIJAK SEGALANYA !

PEMIMPIN ! LEADER ! KETUA ! BOSS ! KHALIFAH ! - SEMUANYA MENJURUS KEARAH KONSEP KEPIMPINAN !

Ramai daripada kita bercita-cita menjadi pemimpin ! Ada yang sabar menanti bertahun-tahun,malah belasan tahun untuk menjadi pemimpin ! Ada yang jadi pemimpin secara drastik @ langkah belakang ! ada yang diangkat dengan cepat ! ada yang mendapat peluang menjadi pemimpin berdasarkan karektor,kecerdikan,kepandaian,kredibiliti dan kemampuannya ! tapi ada juga yang menjadi pemimpin tetapi tidak punyai apa-apa kelebihan & keistimewaan ! Just hanya bersandarkan kepada populariti dan hubungannya dengan seseorang !

Di blog ini,saya tidak mahu menghuraikan konsep PEMIMPIN dari sudut pandangan politik kerana ianya merupakan isu sensitif ! Saya ingin menyentuh tentang kepimpinan dari sudut kerjaya & organisasi yang berkait rapat dengan kita !

Pemimpin sesebuah Organisasi dianggap HEBAT & CEMERLANG jika memiliki ciri-ciri berikut :

1- Punyai Visi dan Misi Organisasi yang Jelas dan Mantap
2- Punyai Kredibiliti dan kemampuan yang diakui oleh semua orang
3- Punyai Pengaruh dan mampu untuk `mempengaruhi` orang lain
4- Punyai AURA dan KEKUATAN yang tersendiri yang tiada pada orang lain
5- Punyai tahap kesabaran yang tinggi dan mampu urus EMOSI dengan bijak
6- Punyai tahap kemampuan membuat KEPUTUSAN yang tinggi
7- Tidak mudah melatah dengan sebarang kritikan,kutukan ,cemuhan & pandangan serong orang lain terhadapnya
8- Punyai kemampuan menterjemahkan HARAPAN & IMPIAN kepada KENYATAAN & REALITI
9- Mampu menangani permasalahan orang bawahan & urus Organisasi dengan Efisen
10- Mampu memperbaiki keadaan daripada kurang baik kepada yang lebih Cemerlang & TERBAIK

Jika seseorang pemimpin tidak mampu untuk membawa Organisasinya kearah yang lebih baik,ia mungkin merosakkan prestasi Organisasinya..jangan merosakkan PELAYARAN yang dituju kearah DESTINASI yang DIIDAMKAN ! jadilah NAKHODA yang BIJAK,PANDAI,ADA HALA TUJU & punyai VISI yang jelas !

Jadilah pemimpin yang disegani ! Buat perancangan yang rapi dalam memastikan pelayaran yang dikemudi mampu sampai kedestinasinya dengan selamat dan mencapai sasaran yang dikehendaki !

Jangan tersilap memilih pemimpin ! kerana jika tersilap,kesannya bukan sehari dua ! ia mampu merosakkan hala tuju dan kecemerlangan Organisasi kita !

Selamat Menjadi Pemimpin yang Hebat !

Salam Kepimpinan Penuh Keikhlasan

yang bersedia untuk memimpin kalian

Tn.Abd.Ghani bin yusof
CEO Konsultan Jana Insan
SP,Kedah- 19.4.2013 ( Jumaat sayyidul Ayyam )

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...