FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, April 27, 2013

MODUL DE BOMB - WE ARE THE FUTURE LEADER

ALHAMDULILLAH..SEMALAM TANGGAL 27.4.2013..SEKALI LAGI SAYA MENJENGAH SK GENTING,BALIK PULAU,PULAU PINANG SETELAH HAMPIR 3 TAHUN TIDAK KESANA...KOMITMEN SEMALAM ADALAH MENGENDALIKAN KEM KEPIMPINAN PELAJAR YANG BERTEMAKAN ` WE ARE THE FUTURE LEADER `.
PROGRAM SEHARI PENUH INI BERLANGSUNG DARI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 5 PETANG.
PELBAGAI PENGISIAN TELAH DISEMPURNAKAN DENGAN JAYANYA.

SEDIKIT INFO TENTANG PROGRAM :

LOKASI : SK GENTING,BALIK PULAU
PESERTA : 105 PEMIMPIN PELAJAR ( PENGAWAS SEKOLAH,PRS,PENGAWAS PUSAT SUMBER,ASET SEKOLAH,KETUA & PEN.KETUA KELAS )
PENGISIAN PROGRAM :

1- ICE BREAKING
2-PEMBINAAN KUMPULAN
3-SESI PSIKO DIRI
4- NYANYIAN LAGU2 MOTIVASI
5-LDK
5-LEADERSHIP TEAM BULDING GAMES
6- IG TEST GAME
7- SESI UJI KUALITI DIRI MELALUI `PUBLIC SPEAKING`
8-KAREKTOR LEADER SKILLS

RUMUSAN PROGRAM : BERJAYA DENGAN CEMERLANG
KOMEN PARA GURU : MENARIK,SERONOK & MEMBANTU MERANGSANG KUALITI DIRI PELAJAR

INSYA-ALLAH..TUGASAN MEMBINA KUALITI DIRI & MINDA ANAK MELAYU AKAN DITERUSKAN LAGI HARI INI ( 28.4.2013 ) SELAMA SEHARI HINGGA JAM 10.00 MALAM NANTI DI SEK.KEB.SYED JAN AL-JUFRI,SG.LAYAR,SG.PETANI- DAH LAMA 5 TAHUN SAYA JADI MOTIVATOR TAMU SEKOLAH INI...

THANK YOU ALLAH ATAS ANUGERAH KEBOLEHAN MEMIMPIN MANUSIA UNTUK MENJADI HEBAT ! ALHAMDULILLAH....AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Thursday, April 25, 2013

POTENSI KITA BERMULA SEAWAL DIALAM JANIN- KITA MEMANG SUPER !

KITA ADALAH MAKHLUK HEBAT ! ALLAH TELAH SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN TENTANG KEAJAIBAN CIPTAAN MANUSIA ! DARI BERJUTA SPERMA,HANYA SATU SAHAJA YANG BENAR-BENAR BERKUALITI `SUPER` DAN MENJADI `INSAN` HEBAT ! BILA CUKUP 9 BULAN 10 HARI ( RANDOM & AVERAGE ),MAKA LAHIRLAH KITA SEMUA KE DUNIA.
SEJAK DIALAM RAHIM & ALAM JANIN LAGI POTENSI KITA BERKEMBANG ! WALAUPUN KITA BERADA DIDALAM `KANTUNG` AIR KETUBAN,KITA SUDAH BISA & BOLEH  MENDENGAR SEGALA PERCAKAPAN,BISIKAN DAN PERBUALAN IBU DAN AYAH KITA !
SABAN HARI IBU & AYAH KITA MEMBACAKAN SURAH-SURAH TERTENTU AGAR KITA MEMBESAR DENGAN BAIK,TERDIDIK DENGAN DIDIKAN ISLAM & AGAR KITA SUDAH TERBIASA DENGAN PERINTAH & SURUHAN TUHAN .
IBU & AYAH TAK LEKANG DIMULUT MEMBCA DOA,AGAR KITA MENJADI INSAN YANG SOLEH,BAIK,BERGUNA & CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT !
POTENSI YANG KITA MILIKI INI JANGAN DIPERSIAKAN ! ALLAH TELAH MENETAPKAN KITA SEBAGAI MAKHLUK YANG TERBAIK & DIANGKAT MENJADI KHALIFAH DIATAS MUKA BUMI INI..
DENGAN KEHEBATAN YANG DIMILIKI OLEH MANUSIA,KITA MAMPU MENTADBIR DUNIA DAN KITA MAMPU MEMAKMURKAN SEGALA KURNIAAN ALLAH KEPADA KITA !
MAKA JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR !
SYUKUR KERANA DIKURNIAKAN AKAL YANG WARAS !
SYUKUR KERANA DIKURNIAKAN PANCAINDERA YANG SEMPURNA !
SYUKUR KERANA DIKURNIAKAN KECERDIKAN & KESEMPURNAAN IQ !
SYUKUR KERANA DIKURNIAKAN PELBAGAI KEBOLEHAN & POTENSI !
SYUKUR KERANA DIKURNIAKAN PELBAGAI NIKMAT & REZEKI YANG MELIMPAH RUAH !
SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG `HEBAT` DAN `SUPER`..MAKA, JOM KITA SAMA-SAMA  MEMBANGUNKAN BUMI ALLAH SWT INI DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN,KEKUATAN,KESEMPURNAAN & KEHEBATAN !
YA ! KITA SEBENARNYA MAKHLUK YANG `HEBAT` & `SUPER` !

BICARA MOTIVASI JUMAAT
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO,MASTER TRAINER & SENIOR MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI

Tuesday, April 23, 2013

MOTIVATOR BUKAN HANYA BERCAKAP & BERCERAMAH SEMATA-MATA- ANDA KENA FAHAM & KETAHUI..


MOTIVATOR SINONIM DENGAN KERJA MENYAMPAIKAN,BERCERAMAH DAN BERSYARAH ! MOTIVATOR JUGA SINONIM DENGAN MEREKA YANG PETAH BERCAKAP ! MOTIVATOR CUKUP DIKENALI MELALUI GAYA BERCAKAP & GAYA MENYAMPAIKAN..
SETIAP MOTIVATOR PUNYAI KEKUATANNYA MASING-MASING..DINEGARA BARAT,ANTARA YANG SERING DISEBUT SEBAGAI MOTIVATOR HEBAT SEPERTI ANTHONY ROBIN,ZIGG ZIGLAR,STEVEN CONVEY & RAMAI LAGI..

DI NEGARA INDONESIA,TERDAPAT RAMAI MOTIVATOR-MOTIVATOR HEBAT ..ANTARA YANG MENJADI IDOLA & SUMBER PENGARUH KEDAPA DIRI SAYA IALAH ANDRIEWONGSO,MARIO TEGUH ,DR.ARY GINANJAR ( PENGASAS ESQ 165 ) DAN RAMAI LAGI.

KAREKTOR,SIKAP & SIFAT MOTIVATOR YANG MACAMANA YANG MENJADI PILIHAN ANDA ?

BAGI SAYA SENDIRI SELAKU SEORANG MOTIVATOR,TRAINER,SPEAKER & INSPIRATOR YANG SUDAH BERKECIMPUNG LEBIH 15 TAHUN DALAM BIDANG INI,SAYA CUKUP TERUJA DENGAN KAREKTOR MOTIVATOR YANG PUNYAI KUALITI SUARA YANG MANTAP,KAREKTOR YANG AGAK `GILA-GILA`,PUNYAI PELBAGAI SKILL & KEBOLEHAN,MAMPU MENARIK MINAT AUDIEN DENGAN KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN,MAMPU MENCETUSKAN FENOMENA AUDIEN,MAMPU UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT AUDIENS DENGAN CARA TERSENDIRI DAN MAMPU MERUBAH SUASANA .

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA CIRI-CIRI SEORANG MOTIVATOR HEBAT & TERBAIK MENURUT PANDANGAN PERIBADI SAYA :

1. PUNYAI ILMU & KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM YANG HEBAT ( PUBLIC SPEAKING SKILL )
2- PUNYAI KUALITI SUARA YANG UNIK,MANTAP & MEMPESONAKAN
3- PUNYAI KAREKTOR YANG PELBAGAI YANG BOLEH DISESUAIKAN DENGAN KEADAAN,MAJLIS DAN KUMPULAN SASAR ( TARGET GROUP )
4- PUNYAI KEMAHIRAN BERBAHASA YANG TINGGI- DENGAN PENGGUNAAN BAHASANYA MAMPU MENCETUSKAN MINAT AUDIENS YANG MENDENGAR
5- PUNYAI KUALITI KOMUNIKASI YANG CEMERLANG DENGAN AUDIENS.
6- PUNYAI KUALITI BODY LANGUAGE YANG MEMPESONAKAN DAN SESUAI DENGAN KEADAAN & MAJLIS.
7- PUNYAI NILAI-NILAI TAMBAHAN SEPERTI DATA-DATA TAMBAHAN,UNSUR KECINDAN DAN PENGALAMAN LAMPAU YANG MENARIK
8- PUNYAI NALURI YANG BAIK DALAM MENYAMP[AIKAN MESEJ & SUBJEK
9- MAMPU MENGUASAI PENTAS & MAJLIS DENGAN CUKUP CEMERLANG DARI AWAL SAMPAI KE PENGHUJUNG MAJLIS
10- MAMPU MENGAWAL SUASANA,KEBISINGAN,KERENAH DAN MAMPU KONTROL KEADAAN MAJLIS DENGAN BIJAKSANA

JIKA MOTIVATOR-MOTIVATOR YANG DIJEMPUT MEMPUNYAI KAREKTOR HEBAT SEBEGINI,SAYA PASTI MAJLIS @ PROGRAM YANG DEKENDALIKAN MAMPU MEMBERI IMPAK YANG MAKSIMA.

ALHAMDULILLAH,SAYA TELAH MENGUASAI HAMPIR KESELURUHAN KEMAHIRAN2 DIATAS DAN AKAN TERUS BELAJAR SERTA TERUS MENGUKUHKAN KUALITI & KREDIBILITI SAYA SELAKU MOTIVATOR .

IMPIAN SAYA,SAYA INGIN MENJADI MOTIVATOR HEBAT YANG MAMPU MENGUNGGULI CARTA SEBAGAI MOTIVATOR TERHEBAT DI MALAYSIA..INSYA-ALLAH..AMIN.

SALAM MOTIVATOR DAN SALAM CEMERLANG

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SP.
24.4.2013

JOM KITA PAKAT UBAH ! ( JANGAN SALAH SANGKA YE ! )...

JOM KITA PAKAT UBAH ! ( JANGAN SALAH SANGKA YE ! ) INI BUKAN KEMPEN POLITIK ! TAPI INI ADALAH KEMPEN MOTIVASI DIRI KITA !
SEBENARNYA BANYAK BENDA & BANYAK PERKARA LAGI YANG BERKAITAN DENGAN DIRI KITA YANG `SEWAJARNYA` & `SEWAJIBNYA` KITA UBAH !

APA DIA YANG `WAJAR` & `WAJIB` KITA UBAH !

1- UBAH SIKAP LAMA KITA YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN
2- UBAH PERANGAI LAMA YANG `BURUK` KEPADA SIKAP BARU YANG LEBIH BAIK
3- UBAH PEMIKIRAN LAMA AGAR BERSEDIA MENERIMA PERUBAHAN
4- UBAH CORAK & POLA KEPIMPINAN KITA AGAR DITERIMA OLEH ORANG BAWAHAN KITA
5- UBAH STRATEGI BELAJAR ( KHUSUS BUAT PELAJAR ) AGAR PENCAPAIAN LEBIH MEMBERANGSANGKAN
6- UBAH STRATEGI BISNES KITA,AGAR LEBIH MENGUNTUNGKAN KITA & ORANG LAIN
7- UBAH KAEDAH PENYAMPAIAN AGAR SEDIA DITERIMA OLEH ORANG LAIN  ( KHUSUS BUAT SPEAKER,TRAINER,MOTIVATOR,FASILITATOR DAN INSPIRATOR )
8- UBAH CORAK LAYANAN KITA KEPADA PELANGGAN & KLIEN KITA AGAR LEBIH MESRA PELANGGAN
9- UBAH CARA BERTINDAK & CARA BUAT KEPUTUSAN,KALAU CARA LAMA KURANG EFISEN & KURANG BERKESAN !
10- UBAH CARA MENEGUR DAN CARA KRITIK AGAR DITERIMA RAMAI & MAMPU MEMPERBETULKAN KEADAAN.

SO,BILA KITA NAK BUAT PERUBAHAN NI ! DARI SAAT INI,DETIK INI,HARI INI DAN KETIKA INI...AYUH..JANGAN LEWAT & LAMBAT DARIPADA MEMBUAT PERUBAHAN ! SEGERAKAN YANG SEGERA ! PENTINGKAN YANG LEBIH PENTING ! MULAKAN YANG MULA-MULA !

JOM ! SEMARAKKAN SEMANGAT UNTUK BERUBAH ! BERUBAH DEMI KEBAIKAN & MASA DEPAN ! ANDA PASTI HEBAT !

YANG BERSEDIA MENJADI AGEN PERUBAHAN !

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
( MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR )
SP.
23.4.2013 - 11.00 MALAM- TERATAK FAHANIE

Thursday, April 18, 2013

KALENDER MEI 2013 - ANTARA CUTI PENSYARAH VS FREELANCE MOTIVATOR / TRAINER/SPEAKER

ALHAMDULILLAH.. bulan april 2013 sudahpun masuk minggu ketiga ! bermula minggu depan dari 22.4.2013 sehingga 30.4.2013 ,para pelajar Kolej Matrikulasi akan menduduki Exam terakhir mereka selama 2 minggu. Inilah penentuan masa depan mereka. Saya doakan mereka semua mampu mencapai keputusan Cemerlang sepertimana yang diharapkan oleh mereka,harapan ibubapa mereka,para pensyarah dan warga pengurusan kolej matrikulasi masing-masing.

InsyaAllah..Bermula 1 Mei 2013 sehingga 20.5.2013 nanti saya akan bercuti dari menyampaikan kuliah & Tutorial di Kolej Matrikulasi selama 2 minggu lebih ! Maka,dalam cuti inilah saya akan kembali sibuk memenuhi undangan menyampaikan Ceramah Motivasi dan menguruskan Seminar-Seminar Latihan serta Kursus diseluruh pelusuk tanahair.

Setakat ini jadual saya ( sepanjang Cuti tersebut ) hanya ada 2 program yang dirancang & ditempah oleh Jabatan kerajaan & badan Berkanun.

Antaranya :

1- 7,8 & 9.5.2013 - Program Peningkatan Kualiti Warga LHDN Penang di Langkawi - ( Belum Confirm kerana pihak pengurusan LHDN terlalu sibuk dengan Bulan Pembayar Cukai )

2- 12 & 13.5.2013 - Program Warga pengurus Koperasi SKM Wilayah Utara bertempat di Pantai Merdeka Resort - setakat ini,statusnya Confirm.

Mana-mana tarikh lain masih belum terisi & masih Kosong ( ada vacancy ),So kepada mana-mana Organisasi,GLC,Jabatan Kerajaan,Swasta dan NGO yang memerlukan khidmat bakti saya,bolehlah arrange dan buat MOU dengan pihak kami di KONSULTAN JANA INSAN bagi mengisi program2 yang dirancang oleh pihak tuan/puan.

Kami bersedia memikul amanah yang diberikan ! Janji kami..Kami akan berikan yang TERBAIK ..InsyaAllah..

Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Bersedia Menggerakkan Potensi Anda

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO,Founder,Master Trainer,Senior Speaker dan Motivator
Konsultan Jana Insan
SP
19.4.2013 - Jumaat Sayyidul Ayyam

PEMIMPIN @ LEADER IBARAT NAKHODA KAPAL...KENA BIJAK SEGALANYA !

PEMIMPIN ! LEADER ! KETUA ! BOSS ! KHALIFAH ! - SEMUANYA MENJURUS KEARAH KONSEP KEPIMPINAN !

Ramai daripada kita bercita-cita menjadi pemimpin ! Ada yang sabar menanti bertahun-tahun,malah belasan tahun untuk menjadi pemimpin ! Ada yang jadi pemimpin secara drastik @ langkah belakang ! ada yang diangkat dengan cepat ! ada yang mendapat peluang menjadi pemimpin berdasarkan karektor,kecerdikan,kepandaian,kredibiliti dan kemampuannya ! tapi ada juga yang menjadi pemimpin tetapi tidak punyai apa-apa kelebihan & keistimewaan ! Just hanya bersandarkan kepada populariti dan hubungannya dengan seseorang !

Di blog ini,saya tidak mahu menghuraikan konsep PEMIMPIN dari sudut pandangan politik kerana ianya merupakan isu sensitif ! Saya ingin menyentuh tentang kepimpinan dari sudut kerjaya & organisasi yang berkait rapat dengan kita !

Pemimpin sesebuah Organisasi dianggap HEBAT & CEMERLANG jika memiliki ciri-ciri berikut :

1- Punyai Visi dan Misi Organisasi yang Jelas dan Mantap
2- Punyai Kredibiliti dan kemampuan yang diakui oleh semua orang
3- Punyai Pengaruh dan mampu untuk `mempengaruhi` orang lain
4- Punyai AURA dan KEKUATAN yang tersendiri yang tiada pada orang lain
5- Punyai tahap kesabaran yang tinggi dan mampu urus EMOSI dengan bijak
6- Punyai tahap kemampuan membuat KEPUTUSAN yang tinggi
7- Tidak mudah melatah dengan sebarang kritikan,kutukan ,cemuhan & pandangan serong orang lain terhadapnya
8- Punyai kemampuan menterjemahkan HARAPAN & IMPIAN kepada KENYATAAN & REALITI
9- Mampu menangani permasalahan orang bawahan & urus Organisasi dengan Efisen
10- Mampu memperbaiki keadaan daripada kurang baik kepada yang lebih Cemerlang & TERBAIK

Jika seseorang pemimpin tidak mampu untuk membawa Organisasinya kearah yang lebih baik,ia mungkin merosakkan prestasi Organisasinya..jangan merosakkan PELAYARAN yang dituju kearah DESTINASI yang DIIDAMKAN ! jadilah NAKHODA yang BIJAK,PANDAI,ADA HALA TUJU & punyai VISI yang jelas !

Jadilah pemimpin yang disegani ! Buat perancangan yang rapi dalam memastikan pelayaran yang dikemudi mampu sampai kedestinasinya dengan selamat dan mencapai sasaran yang dikehendaki !

Jangan tersilap memilih pemimpin ! kerana jika tersilap,kesannya bukan sehari dua ! ia mampu merosakkan hala tuju dan kecemerlangan Organisasi kita !

Selamat Menjadi Pemimpin yang Hebat !

Salam Kepimpinan Penuh Keikhlasan

yang bersedia untuk memimpin kalian

Tn.Abd.Ghani bin yusof
CEO Konsultan Jana Insan
SP,Kedah- 19.4.2013 ( Jumaat sayyidul Ayyam )

Tuesday, April 9, 2013

LAHIRKAN RAMAI GENERASI `PELAJAR SUPER` SEKOLAH @ INSTITUSI ANDA ?


Tahun 2013 sudah pun menjangkau ke bulan April ! Pelbagai aktiviti ,program dan kaedah telah dijalankan oleh pihak sekolah,universiti @ IPT samada secara berkala atau secara ad-hoc bagi memastikanpencapaian pelajar meningkat dan mampu meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Antara orang yang paling sibuk dalam menguruskan program - program kecemerlangan pelajar ialah para kaunselor atau pegawai psikologi disetiap sekolah @ organisasi akademik ! Ketika inilah para Motivator,Speaker atau Inspirator sibuk memenuhi undangan mengendalikan program-program kecemerlangan akademik di sekolah,IPT dan Kolej-kolej yang terbabit. Pelbagai kaedah,modul,teknik dan pendekatan yang telah digunakan oleh barisan Motivator,Kaunselor,Speaker atau Inspirator yang terpilih dalam menggerakkan potensi pelajar-pelajar diinstitusi terbabit .
Kami di KONSULTAN JANA INSAN dengan berbekalkan MODUL `MODID` ( MOTIVASI DINAMIKA DIRI ) mempunyai pelbagai kaedah & pendekatan dalam menggerakkan potensi pelajar-pelajar diInstitusi - institusi yang terpilih .
TERBUKTI - telah banyak sekolah-sekolah,IPT,Kolej2 yang terpilih telah menggunakan kaedah ,modul dan pendekatan yang dipelopori oleh pihak kami di Konsultan Jana Insan .
Kaedah-kaedah yang digunakan cukup berkesan & mampu untuk menggerakkan potensi yang dimiliki oleh pelajar-pelajar ,apatah lagi mereka yang berada ditahun peperiksaan penting sperti PMR,SPM,STPM dan bakal menduduki tahun akhir di Universiti !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang modul MODID, kepada mana-mana organisasi yang berminat dan berhajat,bolehlah menghubungi pihak kami di talian 019-4741209 @ 04-4246033. Kami bersedia untuk menggerakkan potensi pelajar-pelajar sekolah anda ! Kami akan berusaha mencungkil seberapa ramai pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diangkat menjadi PELAJAR SUPER !

Kepercayaan pihak anda kepada kami,cukup kami hargai ! 

Yang Bersedia Menggerakkan Potensi Pelajar Anda

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator/Inspirator
Konsultan Jana Insan 
SP.

Tuesday, April 2, 2013

KENA BIJAK DALAM BERFIKIR, MERANCANG & BERTINDAK ...RESULT PASTI `DE BOMB`

ALHAMDULILLAH...

Puji & Syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka kita masih lagi diberikan peluang untuk terus merasi nikmat hidup diatas muka bumi CiptaanNya yang tiada tolok bandingnya ini !

Ingatlah ! bahawa kita sebagai manusia adalah KHALIFAH @ PEMIMPIN @ LEADER diatas muka bumi ini ! Manusia punyai pelbagai keistimewaan berbanding makhluk lain..Atas sebab itulah manusia telah diberi pengiktirafan oleh Allah SWT untuk memimpin dunia..seterusnya memakmurkan dunia ini mengikut acuan yang dibenarkan oleh Allah dan bertepatan dengan syariatNya !

Dalam melakukan sebarang tindakan , kita perlukan perancangan yang rapi & teliti !Perancangan bermula dengan pemikiran yang kritis dan matang ! Perancangan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan setiap apa yang kita inginkan mencapai objektifnya !Perancangan yang rapi bermula dengan NIAT dan PEMIKIRAN yang positif.

Niat dan Pemikiran yang positif adalah penggerak kepada kejayaan sesuatu perancangan yang telah dibuat terlebih awal !Bagi memastikan sesuatu perancangan yang dilakukan terus mencapai objektifnya ,kita perlukan penelitian dan FOKUS yang tinggi !

Memang ! FOKUS yang tinggi amat diperlukan untuk memastikan setiap tindakan dan amalan yang dilakukan mampu menghasilkan natijah yang baik dan berkesan !

FOKUS atau TUMPUAN yang tinggi terhadap apa yang kita lakukan perlu didokong oleh tindakan susulan yang CEPAT,DRASTIK dan mengikut jadual ! Program yang dilakukan jika mengikut jadual secara terancang dan bersistematik akan mampu menghasilkan keputusan yang baik dan berkesan !

BERFIKIR lah secara KRITIS,SISTEMATIK dan ANALITIK bagi memastikan segala kerja kita mampu mencapai obejktif yang diharapkan !

JOM ! sama-sama kita semarakkan PEMIKIRAN KRITIS,KREATIF dan STRATEGIK THINKING bagi memastikan segala usaha keras kita selama ini mampu menghasilkan natijah yang baik dan berkesan !

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
3.4.2013

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...