FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, March 5, 2013

SEJAUHMANA KITA MANFAATKAN KELEBIHAN DIRI KITA ?


ALHAMDULILLAH,SYUKUR KITA KEHADRAT ALLAH SWT KERANA KITA DIKURNIAKAN DENGAN SEGALA KESEMPURNAAN DIRI ,ANTARANYA KESEMPURNAAN AKAL,KESEMPURNAAN FIZIKAL,KESEMPURNAAN EMOSI DAN KESEMPURNAAN HIDUP ! SEJAUHMANA TAHAP SYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT ? SEJAUHMANA KITA TELAH MENGGUNAKAN SEGALA ANUGERAH ALLAH SWT TERSEBUT UNTUK TUJUAN KEBAIKAN ?

TAHUKAH KITA,RAMAI DARIPADA MEREKA YANG KURANG SEMPURNA HIDUPNYA KERANA KEKANGAN KEKURANGAN FIZIKAL SEPERTI CACAT FIZIKAL,CACAT MENTAL,CACAT EMOSI DAN HIDUP DENGAN SEGALA KEKURANGAN TETAPI MEREKA TAK PERNAH MEMPERSIA-SIAKAN PELUANG UNTUK MEREBUT GANJARAN DARIPADA ALLAH SWT !

ORANG-ORANG YANG KURANG SEMPURNA DARI SEGI FIZIKAL SEBEGINI LAZIMNYA BEGITU TAAT KEPADA ALLAH SWT ! MEREKA REDHA DENGAN KEKURANGAN DIRI MEREKA ! TETAPI PERLU DIINGATKAN,MEREKA INILAH YANG CUKUP KOMITED BERIBADAH & MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT ! MEREKA YANG BERSTATUS `GOLONGAN ISTIMEWA` INI CUKUP MENGHARGAI SEGALA BAKAT & POTENSI YANG ADA PADA MEREKA !

MEREKA KONSISTEN DALAM MENCARI SESUAP NASI BAGI MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP MEREKA ! MEREKA TAK PERNAH MENGHARAPKAN BELAS IHSAN DARIPADA ORANG LAIN ! MEREKA CUKUP BERDIKARI !

SEBAGAI SEORANG PERUNDING MOTIVASI,SAYA MELIHAT BANYAK PENGARUH POSITIF & IMEJ BAIK YANG BOLEH KITA AMBIL & CUNGKIL DARIPADA MEREKA ! JADIKAN SEMANGAT MEREKA INI SEBAGAI SATU SUNTIKAN SEMANGAT BUAT DIRI KITA YANG JAUH LEBIH SEMPURNA DARI SEGI ZAHIRNYA UNTUK TURUT SAMA BERSAING MEMPEROLEHI KEJAYAAN DALAM HIDUP BERBEKALKAN SEMANGAT YANG ADA PADA MEREKA !

SESUNGGUHNYA MEREKA TAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIJADIKAN SEDEMIKIAN ! NAMUN KEKURANGAN DIRI YANG ADA PADA MEREKA BUKANNYA MENJADI BATU PENGHALANG @ TEMBOK HALANGAN UNTUK MEREKA ! MALAH,KEKURANGAN DIRI ITULAH SEBENARNYA `SEMANGAT` & FORMULA KEJAYAAN DIRI MEREKA !

AYUH ! JANGAN KITA KALAH DENGAN ORANG-ORANG YANG KURANG SEMPURNA DARIPADA KITA ! BINA KECEMERLANGAN & RAIH KEJAYAAN SEBANYAK MUNGKIN SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN !

JADILAH DIRI KITA DARI KALANGAN MEREKA-MEREKA YANG BERSYUKUR DIATAS SEGALA NIKMAT KESEMPURNAAN DIRI !

SEMOGA KITA MAMPU MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT !

WALLAHU A`ALAM BI SAWWAB

YANG TERUS MENYOKONG USAHA KEARAH KECEMERLANGAN DIRI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SP.

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...