FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, October 21, 2012

SEMINAR PENGUKUHAN SKUAD PENGGUNA KPDNK PERLIS





Alhamdulillah,sekali puji dan syukur dipanjatkan pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya,sekali lagi saya diberi peluang memberi Ceramah Motivasi buat peserta-peserta Program Seminar kepenggunaa Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Darul Aman Suite,Darul Aman Golf Resort,Jitra pada Ahad yang lalu ( 21.10.2012 ).

Alhamdulillah,para peserta program yang terdiri dari sukarelawan Skuad Pengguna Perlis seramai 150 telah terpesona dan tertarik dengan style ceramah saya yang bersahaja,penuh unsur humor dan sesekali tersentap dengan suara `garau` saya dalam menegaskan isu-isu kepenggunaan dan sikap wasatiah dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Terimakasih diucapkan kepada Encik Hj Saad atas jemputan dan terimakasih juga saya ucapkan buat warga kerja KPKDK,Perlis atas layanan kepada saya selama saya berada disana.
Insya-allah,jika diizinkan Allah sekali lagi kita akan bersua muka dalam program yang lain yang dijangka berlangsung pada 4.11.2012 nanti di Corpthorne Hotel,Tanjung Bungah.

Semoga kolaborasi ini mampu mengeratkan lagi hubungan diantara para peserta dengan pihak kementerian,jabatan dan semua yang terlibat. Harapan dan doa saya,semoga apa yang saya sampaikan selama 3 jam pada Program tersebut mampu menggerakkan lagi semangat Kesukarelaan dan kerja-kerja kebajikan Warga Perlis.

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...