NOTA MESEJ MOTIVASI MODID
TAJUK : `MENCONGAK MASA DEPAN `
Masa depan yang gemilang adalah bermula dari kecemerlangan akademik,kecemerlangan sahsiah,kecemerlangan peribadi dan kemantapan emosi. Pelajar-pelajar perlu dipandu ,dibimbing dan di didik agar tahu menentukan masa depan mereka. Tidak semua pelajar berpeluang untuk mendapat didikan yang sempurna,jadi kita perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan `keberjayaan` masa depan pelajar-pelajar ini.
Tugas ini ,tugas siapa ? Tugas Guru,tugas kaunselor,tugas para ibu-bapa,tugas masyarakat dan tugas kita semua ! Jangan menuding jari hanya kepada golongan tertentu sahaja yang berhak memainkan peranan tersebut ! semua orang ada peranan masing-masing. Laksanakan tugas dan peranan itu sebaik mungkin ,agar anak-anak pelajar ini tahu untuk `MENCONGAK` masa depan mereka secara terarah & terancang.
Ingat ! semua anak yang dilahirkan ada POTENSI untuk BERJAYA dan CEMERLANG ! Janganlah dipersiakan potensi mereka ! Lihat,perhati,dalami & cungkil bakat serta potensi mereka ! Siapa tahu,suatu hari nanti mereka ini bakal muncul menjadi INSAN HEBAT yang bakal menentukan masa depan negara,masa depan agama,masa depan masyarakat dan masa depan dunia !
Jom,kita sama-sama MENCONGAK masa depan generasi pewaris kita....anak-anak kita & pelajar kita !
Salam Motivasi & Salam Sukses
Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Pengarah Urusan
Konsultan Jana Insan @ MODID
18 syawal 1433 hijrah
No comments:
Post a Comment