FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Friday, June 29, 2012

PERSONAL TARGET

SEMUA ORANG ADA `PERSONAL TARGET` ! APAKAH `PERSONAL TARGET` ANDA ?
BAGI SEORANG PELAJAR ,PERSONAL TARGETNYA IALAH SUKSES DALAM EXAM DAN MENCAPAI RESULT YANG CEMERLANG .
BAGI SEORANG PEKERJA,PERSONAL TARGETNYA IALAH NAIK PANGKAT DAN NAIK GAJI !
BAGI SEORANG BOSS,PERSONAL TARGETNYA IALAH KEUNTUNGAN KEPADA SYARIKAT @ ORGANISASI.
BAGI SEORANG ISTERI APAKAH PULA PERSONAL TARGETNYA ?
BAGI SEORANG SUAMI APAKAH PULA PERSONAL TARGETNYA ?
APAPUN PERSONAL TARGET,KITA SUDAH PASTI MENGHARAPKAN KEJAYAAN,KECEMERLANGAN,KEHEBATAN DAN KEUNTUNGAN !
SUDAH PASTI USAHA KEARAH MENCAPAI `PERSONAL TARGET` ITU PERLU DITINGKATKAN !
PASANGLAH ANGAN-ANGAN DAN CITA-CITA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DALAM HIDUP !
PASANG NIAT & WUJUDKAN `PERSONAL TARGET` ANDA DARI SEKARANG !
SEMOGA ANDA BERJAYA MENCAPAI APA YANG ANDA HARAPKAN ....

SEKIAN

SALAM SUKSES 

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN

Wednesday, June 27, 2012


SEJAUHMANA JANJI KITA ?

Semua orang membuat janji ! anak berjanji pada sang ayah dan ibu ..isteri berjanji pada suami ! suamu membuat janji2 manis pada isteri..Bos berjanji nak naikkan pangkat staf bawahannya..Bos berjanji nak naikkan gaji..Bos berjanji nak bagi bonus !
Sejauhmanakah kita menunaikan janji kita ? Ingat,janji kena tepati ! janji kena tunaikan..kalau tidak,kepercayaan orang akan hilang pada kita !

Ini janji saya pada klien dan bakal klien saya :

1. Perkhidmatan yang diberikan mencapai standard yang dikehendaki oleh pelanggan
2. Perkhidmatan Motivasi yang diberikan mampu memuaskan hati klien
3. Perkhidmatan Motivasi & Latihan yang diberikan mampu memberi impak yang maksima buat peserta
4. Memberikan perkhidmatan secara profesional,efisen & terancang
5. Memberikan layanan yang terbaik & CEMERLANG untuk pelanggan
6. Memberikan apa jua perkhidmatan Motivasi kepada pelanggan dengan EFISEN
7. Bayaran yang bakal dikenakan kepada pelanggan adalah cukup `KOMPETETIF` dan `MURAH`
8. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami
9. Bersedia menerima teguran dan kritikan membina demi meningkat KUALITI perkhidmatan kami
10. Sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan sentiasa membuat penambahbaikan demi kepuasan pelanggan.

So, janganlah segan-segan @ teragak-agak menghubungi pihak kami di talian : 019-4741209 @ 04-4246033

Kami bersedia memberikan yang terbaik

wassalam

Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI YANG MURAH,BERKESAN & BERBALOI ...

BILA SEBUT SAHAJA PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI,LATIHAN & KURSUS YANG DIANJURKAN OLEH KONSULTAN-KONSULTAN BERTAULIAH,SUDAH PASTI TERGAMBAR DIFIKIRAN KITA BAHAWA BAYARAN YANG BAKAL DIKENAKAN KEPADA KLIEN ADALAH TERLALU `MAHAL` DAN TAK MAMPU DIBAYAR OLEH ORGANISASI-ORGANISASI KECIL SEPERTI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN & JABATAN KERAJAAN.
HANYA ORGANISASI SWASTA,GLC ATAU BADAN BERKANUN SEPERTI PETRONAS,TELEKOM,TNB,SHELL BERHAD,PLUS SAHAJA YANG MAMPU MEMBAYAR KEPADA KONSULTAN YANG MENETAPKAN BAYARAN YANG MAHAL.

MUNGKIN KONSULTAN-KONSULTAN LAIN `YA ` TETAPI PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI `MODID` KENDALIAN SAYA TIDAK BEGITU. BAYARAN YANG KAMI KENAKAN KEPADA PELANGGAN CUKUP `MURAH` DAN `BERBALOI`.

BUKAN BAYARAN YANG `MAHAL` TARGET KAMI...BAYARAN YANG `MINIMA` DAN `MAMPU BAYAR` KAMI KENAKAN KEPADA PELANGGAN. KAMI LEBIH MENGUTAMAKAN KUALITI DAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.
CUBALAH BUAT PERBANDINGAN DAN RASAILAH SENDIRI KELAINANNYA.

CUBA EXPLORE BLOG http://www.motivasidinamikadiri.blogspot.com @ facebook : SyeikhGhani Al-Ganuni UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG SEGALANYA BERKAITAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI `MODID`...
KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK,INSYA-ALLAH...

KEPADA X-KLIEN KAMI,SEKALUNG PERNGHARGAAN & TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN DIATAS KEPERCAYAAN KEPADA KAMI SELAMA BERBELAS TAHUN DAN KEPADA BAKAL `KLIEN` ,INTAI-INTAILAH KAMI ....TANYA PADA YANG TELAH `MENGENALI`KAMI,SUDAH PASTI KHABAR GEMBIRA BAKAL MENANTI PIHAK TUAN/PUAN...

SEKIAN

`ANDA BERHAK UNTUK CEMERLANG`

SYEIKH GHANI AL-GANUNI
TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
( FOUNDER & CEO MODID )

Tuesday, June 26, 2012

KOMITMEN JITU ?

KOMITMEN ! satu istilah,satu perkataan,satu `NILAI`,satu `HARAPAN` dan satu `PENGHARGAAN`..
Semua orang mengharapkan komitmen ! semua organisasi mengharapkan komitmen dari para pekerja dan ahlinya. Setiap boss mengharapkan komitmen dari setiap pekerjanya !
Jom ..kita pakat check dan nilai tahap komitmen kita terhadap kerja dan tugasan yang kita pikul..Adakah tahap komitmen kita berada pada tahap biasa2 ataupun tahap baik,memuaskan,bagus atau CEMERLANG !
Ayuh..kita semarakkan KUALITI kerja dan berikan KOMITMEN yang jitu pada setiap pekerjaan,tugasan dan amanah yang diberikan kepada kita.Semoga dengan komitmen yang dipersembahkan itu mampu melonjakkan prestasi diri,prestasi keluaran dan prestasi organisasi yang kita wakili.

KOMITMEN pemangkin KUALITI organisasi...


Wednesday, June 20, 2012

MENGAPA `LIAT` UNTUK BERDOA ?

DOA adalah permintaan ! DOA adalah puncak pengharapan kita pada Yang Maha Berkuasa ! DOA adalah adalah senjata umat Islam.DOA adalah suatu bentuk ibadah pada Allah ...Jika kita semua memahami konsep DOA dan memahami peranannya,sudah pasti ramai dari kita takkan lupa untuk berdoa..
Yang menjadi peliknya kenapa ramai daripada umat islam sendiri yang hilang pergantungannya pada Allah Rabbul Jalil..Mereka malas untuk berdoa..Mereka tak yakin pada doa..Mereka tak yakin pada pertolongan Allah SWT..
Umat Islam yang taat dan patuh pada Allah SWT sudah pasti yakin dengan sebenar-benar yakin akan pertolongan Allah SWT..Jadi,mereka takkan lupa untuk berdoa tak kira waktu dan ketika..samada dalam keadaan susah @ senang !
Mulai hari ini tanamkanlah keyakinan yang penuh pada KUASA Allah SWT..Jangan lupa untuk berdoa..jangan takut untuk meletakkan pengharapan pada Allah swt..jangan lupa untuk bermunajat pada Allah swt...mintalah pertolongan dan bantuan Allah swt.
Allah sentiasa mendengar permohonan,permintaan dan rintihan hamba-hambanya..Semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh swt..Insya-Allah...Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, June 18, 2012

DIMANAKAH KUALITI DIRI KITA ?

Semua orang bercakap tentang kualiti ! Semua organisasi utamakan kualiti! Samada jabatan kerajaan,swasta ataupun syarikat persendirian,semuanya FOKUS kepada kualiti .Kualiti yang dimaksudkan meliputi dan merangkumi kualiti pekerja,kualiti perkhidmatan,kualiti output,kualiti input dan kualiti pengurusan.
Dimana kualiti diri anda sebenarnya ? Apapun status kita,KUALITI mesti diutamakan. Jika kalian berstatus pelajar,apakah KUALITI yang ada pada diri anda ? Jika anda berstatus pekerja,tidak kira apa bidang kerja anda samada seorang penjawat awam,swasta atau kerja sendiri, dimanakah BANCHMARK bagi menetukan tahap kualiti diri anda ? Adakah disandarkan pada kualiti kerja,mutu kerja,ketepatan masa,kelancaran tugas,keakuran pada perintah dan undang-undang organisasi ataupun ouput yang dihasilkan oleh diri anda ?
Bermula hari ini,detik ini dan saat ini,maka marilah kita sama-sama menilai sejauhmana tahap KUALITI yang ada pada diri kita bagi memastikan diri kita,organisasi kita dan rakan sekerja kita mampu untuk meberikan yang terbaik pada organisasi dan juga pada pelanggan.
Bagi kita sebagai seorang MUSLIM,juga wajib bagi kita untuk menilai tahap KUALITI diri kita sebagai hamba Allah SWT samada ianya menepati kehendak & banchmark yang ditetapkan oleh Allah swt. Ibadah kita,moral & akhlak kita,personaliti diri kita dan juda perwatakan kita,adakah menepati kehendak syariah yang kita junjung.
Sama-samalah kita menilai diri kita dari hari kesehari secara KONSISTEN bagi memastikan diri sentiasa ada nilai KUALITI !

`TINGKATKAN KUALITI DIRI,ANDA PASTI DIHARGAI`

wassalam

Tuan Syeikh Ghani Al-Ganuni
Trainer/Speaker/Motivator/Senior Lecturer

Thursday, June 14, 2012

Kejar kecemerlangan & buat sehabis baik...Result yang cemerlang akan memungkinkan kita akan menjadi antara calon pekerja yang dipilih.So,kepada pelajar-pelajar di Universiti & IPT ,belajarlah sungguh-sungguh dan buatlah sehabis baik dengan harapan kita akan menjadi `buruan` dan `pilihan` majikan diluar sana yang sekian lama menantikan kehadiran pekerja-pekerja baru yang berkualiti dan ada daya saing..
jangan sekadar belajar `ala kadar`..belajarlah sungguh-sungguh kerana diluar sana ,ramai dari majikan menantikan bakal calon pekerja yang boleh bekerja secara`sungguh-sungguh`dan mampu memberi pulangan kepada organisasi.
Rebutlah peluang untuk cipta kejayaan didalan pelajaran dan juga kerjaya...
Salam Sukses...

MENANGIS ? APA HIKMAHNYA ?

Pernah anda menangis ? Satu soalan yang dianggap janggal ! semua orang pernah menangis ! sejak keluar dari rahim ibu,kita terus menangis ..kalau tak menangis,doktor akan menepuk-nepuk bahagian punggung bayi supaya ia menangis ! menangis tanda kita sihat & normal...
Semua orang pernah dan selalu menangis. menangis rupa-rupanya ada pelbagai hikmah & khasiatnya, Rujuk pada gambar diatas..Sesekali kita perlu menangis. Semoga tangisan kita mampu memberi impak yang baik kepada emosi,perasaan,fizikal dan kesihatan diri kita.So,kenapa malu pada orang lain jika kita tidak dapat kawal perasaan dan berakhir dengan tangisan. Menangislah...semoga jiwa kalian akan tenang selepasnya..

Wednesday, June 13, 2012

MOTIVASI PARA NURSE HOSPITAL KUALA TERENGGANU







Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah kerana memberi kesempatan yang terbaik untuk menabur bakti diBumi Kelahiran,Terengganu Darul Iman. Kali ini ( Tanggal 9.6.2012 - Sabtu ) bertempat di Auditorium Hospital Sultanah NurZahirah,Kuala Terengganu saya berpeluang memberi Ceramah Motivasi Kerjaya kepada hampir 200 Jururawat dari seluruh negeri Terengganu termasuk dari daerah Besut,Dungun,Kemaman,Hulu Terengganu.
2 slot yang diberikan kepada saya telah disempurnakan dengan jayanya. Slot pertama yang berlangusng dari jam 8.45 - 10.45 pagi berkisar tentang : 'Jangan Pandang Belakang' : antara amanah,rezeki & integriti : Sejauhmanakah Profesionalisme Kerja Kita. Manakala slot ke 2 yang berlangsung pada jam 11.15 - 1.15 petang ,pula berkisar aktiviti-aktiviti BUKA MINDA & Himpunan Aktiviti Team Building.
Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat positif dan menarik perhatian para jururawat yang hadir.InsyaAllah,jika ada rezeki,ruang dan peluang saya akan menyampaikan kursus pula untuk jururawat di Hospital Ipoh...amin ya rabbal alamin.
Selamat Maju Jaya buat Para Jururawat & Doktor di seluruh Hospital & Klinik Kesihatan seluruh negeri Terengganu.


SESI RAKAMAN GEN Y - MUSIM BARU - TAJUK `MAIN2 MASA KERJA & KERJA MAIN2 "



Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan kehendakNya saya telah dilamar oleh saudara Hisham,Penerbit Rancangan Generasi Y ( Gen-Y Musim baru ) untuk buat rakaman bagi rancangan tersebut pada 5.6.2012 ( selasa ) di Studio 1, Wisma TV Angkasapuri.
Tajuk yang diutarakan pada Program tersebut adalah hasil tulisan & entri saya di facebook yang telah menarik minat saudara Hisham( Penerbit ) yang berbunyi : `Main-main semasa kerja & Kerja main-main" .Topik ini telah berjaya menarik minat penerbit dan pihak produksi Gen Y.
Rakaman ini telah berjaya dibuat selama 1 jam 30 minit yang berlangsung di Studio 1. Terimakasih diucapkan pada pihak RTM,Penerbit Rancangan Gen-Y Musim Baru,Encik Hisham,barisan Penolong Penerbit,Krew penerbitan dan semua yang terlibat dalam proses rakaman tersebut. Insya-Allah,jika tiada aral melintang,ianya akan disiarkan tidak lama lagi.
Insya-Allah,saya akan bekerjasama lagi dengan pihak RTM dilain-lain masa dan dilain program.Terimakasih sekali lagi saya ucapkan pada Encik Hisham dan barisan krew penerbitan diatas layanan yang baik sepanjang proses rakaman.
sekian,wassalam

Tuesday, June 12, 2012

SELALULAH BUAT MUHASABAH DIRI

Check hati kita ! Adakah bersarang penyakit2 hati yang boleh merosakkan kualiti diri kita ! Antara penyakit2 hati yang sering mengganggu kualiti diri kita ialah: 

1. Sombong
2. Ego
3. Kedekut
4. Meninggi Diri
5. Takkabur
6. Ujub
7. Memandang rendah pada orang lain
8. Suka mencari kesalahan orang lain
9. Dengki
10.Dendam

Setelah buat semakan diri, dan disahkan menghidap penyakit2 hati yang disebutkan diatas,maka cubalah rawat hati dengan segera,agar kualiti diri akan terus mantap dan cemerlang. Buang jauh2 penyakit hati dan suburkan sifat2 yang mulia dalam diri bagi memastikan kita akan terus berjaya pada pandangan manusia dan cemerlang pada penglihatan Allah SWT.

Sekian,selamat merawat hati...jagalah hati,jangan dinodai....

wassalam..

JANGAN GENTAR HADAPI CABARAN `BESAR`

Semua orang menghadapi cabaran dalam hidup..mustahil diantara kita tidak pernah menghadapi cabaran,dugaan & ancaman. yang berbezanya adalah tahap cabaran tersebut ! ada juga yang menghadapi cabaran yang besar..dan tak kurang juga yang menghadapi cabaran-cabaran kecil sahaja.
Apa juga cabaran yang datang,kita kena hadapinya dengan tenang,bijak dan terancang..Hanya kepandaian,strategi,teknik & taktik yang berkesan mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi..
Maka, bersedialah untuk menghadapi ancaman yang bakal tiba dengan persediaan yang rapi agar hidup kita nanti bakal berakhir dengan kemenangan dan kejayaan...

Selamat Tinggal Ancaman,Selamat Datang Kemenangan & Kejayaan...

JADILAH HERO PADA DIRI SENDIRI...

PESANAN BUAT SEMUA...JADILAH `HERO` BUAT DIRI SENDIRI...

1. HERO PENGURUSAN MASA
2. HERO PENGURUSAN PENTADBIRAN
3. HERO KELUARGA
4. HERO ORGANISASI
5. HERO PENENTU KEPUTUSAN
6. HERO PENYELAMAT KEADAAN
7. HERO UMMAH
8. HERO KOMUNITI
9. HERO MASYARAKAT
10. HERO NEGARA

BUATLAH APA JUA KEBAIKAN YANG BOLEH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN..


GEMBIRAKAN HIDUP ANDA...LUPAKAN KEKECEWAAN,BAYANGKAN KEGEMBIRAAN..


SENYUMLAH KERANA IANYA SEDEKAH...

Ianya tak perlu dibayar..Ianya tak susah..Ianya tak membebankan..Ianya mudah..Ianya Cepat..ianya membawa kesan yang baik buat diri & orang lain..kesannya kekal sampai bila-bila ..itulah SENYUM...senyum seindah suria pagi.....

pakat-pakat Senyum...Moga hidup bahagia....

DOA PEMBUKA PINTU REZEKI


Monday, June 11, 2012

RENUNGAN BUAT IBU BAPA


RENUNGAN `BILAKAH KALI TERAKHIR` BUAT PARA IBU-BAPA
CUBA RENUNGKAN SEJENAK..
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
SEBELUM TIDUR ANAK,KITA MENGUCAPKAN SELAMAT MALAM & MENDOAKAN KESEJAHTERAAN & KESIHATAN ANAK ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MENYEDIAKAN SARAPAN & SEMPAT BERSEMBANG PENDEK DENGAN ANAK-ANAK KITA SEBELUM MEREKA MELANGKAH KELUAR UNTUK KESEKOLAH ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
MEMBANTU MEMBETULKAN PAKAIAN ANAK-ANAK SEBELUM MEREKA KESEKOLAH,SUPAYA MEREKA KELIHATAN KEMAS,CANTIK,MENARIK DAN NAMPAK BERDISIPLIN BILA KESEKOLAH ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MEMBERIKAN KATA-KATA PERANGSANG PADA ANAK-ANAK SEBELUM MEREKA MELANGKAH KELUAR DARI RUMAH UNTUK KESEKOLAH ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
MEMASTIKAN SEGALA KEPERLUAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KITA LENGKAP SEBELUM MEREKA KESEKOLAH? ADAKAH KITA PASTI SEGALA KEPERLUAN MEREKA LENGKAP..PAKAIAN,ALATAN PERSEKOLAHAN,DUIT BELANJA,HOME WORK SIAP DAN KESIHATAN MEREKA PADA TAHAP YANG TERBAIK..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
BERPELUANG DAN MENCARI RUANG MASA UNTUK MENGHANTAR SENDIRI ANAK-ANAK KESEKOLAH HINGGA KEPINTU PAGAR SEKOLAH? ADAKAH 1 MINGGU SEKALI,2 MINGGU SEKALI,3 MINGGU SEKALI,SEBULAN SEKALI ,SETAHUN SEKALI @ TAK PERNAH LANGSUNG ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
MAKAN TENGAHARI @ MAKAN MALAM BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK ? DALAM KESEMPATAN MAKAN TENGAHARI @ MAKAN MALAM TERSEBUT,KITA BERTANYA KHABAR,MENDENGAR & MENASIHATI ANAK-ANAK KITA SECARA BAIK…MENDENGAR MASALAH DAN RINTIHAN MEREKA…
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK SOLAT BERJAMAAH BERSAMA MEREKA..MENJADI IMAM KEPADA MEREKA..BERDOA BERSAMA-SAMA MEREKA SELEPAS SOLAT..MEMBERI TAZKIRAH PENDEK BUAT MEREKA..MENASIHATI MEREKA MENGIKUT KEMAMPUAN KITA ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MELIHAT,MENINJAU2 ,MEMANTAUDAN MEMBANTU ANAK-ANAK MENYELESAIKAN KERJA RUMAH MEREKA..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
MEMBERI PENGHARGAAN & UCAPAN TAHNIAH DIATAS PENCAPAIAN ANAK-ANAK DIDALAM PELAJARAN MEREKA
MEMBERI UCAPAN PENGHARGAAN DIATAS KEJAYAAN MEREKA DALAM SUKAN
MEMBERI UCAPAN TAHNIAH DIATAS PENCAPAIAN MEREKA DIDALAM BIDANG KO-KURIKULUM
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERKAHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
DENGAN RELA HATI MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & ANUGERAH  CEMERLANG YANG MELIBATKAN ANAK-ANAK KITA? HADIR SEBAGAI TANDA MEMBERI SOKONGAN MORAL PADA ANAK-ANAK KITA ..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
DENGAN RELA HATI DATANG KESEKOLAH BERTEMU PIHAK SEKOLAH DAN BERTEMU GURU-GURU YANG MENGAJAR ANAK-ANAK KITA,DENGAN NIAT UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN ANAK-ANAK KITA DAN BERTANYA KHABAR TENTANG PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK KITA ?
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
DENGAN RELA HATI MEMBERIKAN PELUANG KEPADA GURU-GURU UNTUK MENEGUR,MENASIHATI DAN MEMBERI HUKUMAN KEPADA ANAK-ANAK KITA DEMI MASA DEPAN MEREKA…
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MENGAMBIL CUTI KHAS UNTUK MEMBAWA ANAK-ANAK & FAMILI BERCUTI BAGI MENGGEMBIRAKAN HATI MEREKA..MENENANGKAN HATI MEREKA..MENYERONOKKAN MEREKA….
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK MENDENGAR MASALAH,KELUHAN DAN RINTIHAN ANAK-ANAK KITA..
MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK MEMBERI RUANG PADA ANAK-ANAK UNTUK MEMBERI PANDANGAN MEREKA TERHADAP LAYANAN KITA KEPADA MEREKA..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
MEMBAWA ANAK-ANAK BALIK KE KAMPUNG MENJENGUK ATUK & NENEK MEREKA..MENCERITAKAN PENGALAMAN LAMPAU ATUK & NENEK SUPAYA DIAMBIL PENGALAMAN YANG BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN BUAT MEREKA
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU BAPA
MERAIKAN TARIKH-TARIKH PENTING KELAHIRAN ANAK-ANAK KITA..MEMBERI HADIAH DAN BUAT KEJUTAN KEPADA MEREKA..MERAIKAN HARI KELAHIRAN MEREKA DENGAN MENGADAKAN JAMUAN HARI JADI..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
BILAKAH KALI TERAKHIR KITA SEBAGAI IBU-BAPA
HADIR KE PROGRAM-PROGRAM YANG MELIBATKAN ANAK-ANAK KITA SEPERTI PROGRAM MOTIVASI,PROGRAM  SUKAN SEKOLAH,PROGRAM PIBG,PROGRAM ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SEBAGAINYA..
ADAKAH SEMALAM,2 HARI LEPAS,MINGGU LEPAS,BULAN LEPAS,TAHUN LEPAS @ TIDAK PERNAH LANGSUNG ?
KALAU BELUM PERNAH ATAU JARANG-JARANG KITA LAKUKAN,MAKA BERMULA DETIK INI DAN SAAT INI,TANAMKAN TEKAD DAN AZAM UNTUK MEMULAKANNYA…KALAU DAH BUAT,PERBAIKI AGAR IA MENJADI LEBIH BAIK DAN MEMBERI KESAN YANG MENDALAM BUAT DIRI KITA & ANAK-ANAK KITA..
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERUSAHA UNTUK MENJADI ORANG TUA,IBU BAPA DAN FAMILI YANG TERBAIK…
MARILAH SAMA-SAMA KITA BINA KELUARGA BAHAGIA DEMI MASA DEPAN YANG GEMILANG BUAT DIRI KITA DAN KELUARGA KITA….

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...