FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, January 3, 2012

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN...RASAILAH..

Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan pada tahun 2012 ini..Sebenarnya jauh lagi perjalanan kita ..cuma ianya bergantung kepada sejauhmana hayat kita diizinkan Allah untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.

Samada kita seorang pelajar atau seorang pekerja , kita sebenarnya berpeluang besar untuk meraih kejayaan dalam lapangan @ bidang yang kita ceburi. Seorang pelajar yang konsisten,bertungkus lumus dan komited terhadap tugasnya akan pasti merasa cukup gembira & teruja jika berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.Dirasakan segala usaha yang dicurahkan selama ini cukup berbaloi apabila mendapat keputusan 7A @ 8A dalam PMR ..ataupun meraih kejayaan 9A @ 10 A dalam SPM..

Semua orang turut merasa gembira,teruja dan bangga dengan pencapaian kita. Semua orang ingin berkongsi kejayaan itu dengan kita. Rasanya ingin kita war-warkan keseluruh dunia akan kejayaan kita itu. Itulah tandanya betapa besarnya erti sebuah KEJAYAAN.

Perlu diingatkan bahawa sebuah kejayaan itu bukannya datang dengan begitu mudah..Kejayaan akan hadir dengan dilatari seribu kesusahan dan kepayahan. Kesusahan dan kepayahan itu hanya dapat diharungi oleh insan2 yang hebat & berhati waja.


Maka untuk berjaya, perancangan yang rapi perlu dibuat. Segala tindakan perlu berjalan mengikut jadual.Kualiti kerja mesti TIP-TOP. Kualiti masa dijaga sebegitu rapi. Tiada istilah penat dan lelah. Segala rintangan dan halangan dilalui dengan penuh semangat dan kecekalan. Doa dan Tawakal pada Allah SWT tidak pernah lupa.


Sesungguhnya memiliki sebuah kejayaan itu amatlah INDAH. Tapi untuk mencapai sebuah kejayaan itu bukannya mudah. Bergurulah pada yang hebat & pakar.Jangan mudah putus asa,jangan berpuashati dengan kejayaan yang sedikit,jangan leka dan berilah tumpuan pada apa yang anda inginkan.


Semoga kalian semua berjaya dan bahagia dunia & akhirat..


sekian 

Salam Motivasi & salam Sukses

Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
4.1.2012

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...