Alhamdulillah..puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memanjangkan usiaku ..Nikmat umur yang panjang dan tahap kesihatan yang `agak baik` ini akan terus saya gunakan untuk berjuang di medan Motivasi dan Training ini. Biarpun kehidupanku semakin sibuk,namun hati ini tidak pernah puas dalam mengejar impian & cita-citaku untuk menjadi seorang Trainer /Speaker/ Motivator hebat yang mampu menggerakkan potensi pelajar,remaja dan belia dinegara ini.
Selagi hayat dikandung badan & selagi nadi berdenyut,tugasan ini tetap akan ku teruskan jua. Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik dan terus memanjangkan usia ku..Semoga cita-cita & hasrat murniku ini akan terus diredhai oleh Allah SWT.
Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan buat isteri tercinta ( Pn.Halifah Kadri ) dan 2 puteriku yang sentiasa memahami diriku..( Syaza Aieman Hanani & Dara Farhanie )..Berkat dorongan kalian bertiga, abah berjaya merealisasikan cita-cita murni ini..
Semoga Allah merahmati kehidupan kita ..Insya-Allah..amin...