Alhamdulillah..Syukur pada Allah yang Maha Memberi...
Semalam, 22.9.2011 telah berlangsung satu Program yang cukup bermanfaat buat pelajar-pelajar calon PMR SMK Air Merah,Kulim pada jam 11.00 am - 1.30 pm. Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengetua SMK Air Merah,Barisan Kaunselor,Ustaz Hassan Al-Haq yang masih lagi setia `menjemput` saya untuk berkongsi rahsia dan tips berguna kepada para pelajarnya.
Selama 2 jam setengah ( 2 1/2 jam ) berbicara, rasanya pelajar2 tersebut telah mula nampak hala tuju mereka. Mereka sebenarnya dahagakan pimpinan,belaian,tunjuk ajar dan sokongan dari orang-orang sekeliling,apatah lagi dalam kesuntukan waktu untuk menghadapi peperiksaan utama. Kesempatan yang diberikan,telah ku mulakan dengan slot `talqin peperiksaan` iaitu peringatan tentang persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi exam..memang menarik! itulah pandangan ketiga2 kaunselor SMKAM.
Kemudian ku teruskan dengan tip2 menghadapi PMR yang bakal menjelang dalam tempoh 12 hari lagi. Pelbagai tips telah diberikan termasuklah persediaan metal,fizikal,rohani,jasmani,emosi,kesihatan,peralatan dan bermacam2 lagi amanat yang terlintas difikiranku ini.
Diakhiri dengan slot `personal touch` iaitu bisikan ketelinga tentang perhatian yang perlu diambil oleh pelajar..jadilah anak yang baik,jadilah murid yang baik dan jadilah manusia yang berguna pada masyarakat,agama dan negara.
Moga apa yang ku sampaikan selama 2 1/2 jam itu mampu menjana transformasi diri anak-anak pelajar SMK Air Merah,Kulim. Doaku ku panjatkan pada Allah SWT,semoga mereka mampu ciptakan kecemerlangan didalam peperiksaan itu nanti.Insya-Allah.Amin
Moga Kejayaan Tetap Mengiringi Anak2 Didikku diMedan Motivasi
Sekian, wassalam
Yang Benar
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
23.9.2011

No comments:
Post a Comment