FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, September 25, 2011

PROGRAM SANTAI BERSAMA BELIA PULAU PINANG-25.9.2011




Alhamdulillah..Syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menyumbang bakti kepada anak2 bangsaku sendiri di Tanah Airku yang tercinta ini

Semalam.Ahad - 25.9.2011 telah berlangsung satu Program Hebat bersama Himpunan Belia Pulau Pinang di Dewan,Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang.Program yang dinamakan Program Penyegaran Jati Diri Belia anjuran bersama JBS Pulau Pinang dengan dokongan dan sokongan KBS Putrajaya.

Beberapa tokoh pengurusan belia telah hadir memberi sokongan ,termasulak timbalan pengarah dari KBS Putrajaya. Turut sama hadir ialah Pengarah JBS Pulau Pinang sendiri yang telah menyaksikan dan mendengar Ceramah kendalian ku tentang hala tuju remaja/belia pada masa depan.

Banyak yang telah ku sentuh,ku kupas dan ku huraikan dalam ceramahku itu termasuklah hala tuju belia, peranan belia,tanggungjawab belia,komitmen belia terhadap negara dan perkara2 yang perlu dielakkan oleh remaja.

Ada satu perumpamaan yang telah ku selitkan ` JIKA INGIN MELIHAT WAJAH NEGARA PADA MASA DEPAN,LIHATLAH PADA WAJAH BELIA PADA MASA KINI`..

Ini merupakan satu bentuk inspirasi buat golongan belia /remaja supaya menjadi yang terbaik bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan legasi kepimpinan pada masa hadapan.

Semoga program2 sebegini dapat diteruskan lagi pada masa2 yang akan datang demi pembinaan jati-diri para belia/remaja yang bakal mencorakkan masa depan negara. Jika hebatlah para belia sesebuah negara,maka hebatlah kepimpinan negara.

Cabaran telah ku lontarkan buat para belia disana,jadilah YANG TERBAIK..berikanlah SUMBANGAN YANG TERBAIK dan teruskan KEPIMPINAN TERBAIK ini untuk memastikan negara berada dalam kondisi yang cukup hebat dan mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Terimakasih yang tidak terhingga buat Encik Ferdaus dari JBS Pulau Pinang kerana sudi menjemput saya bagi berkongsi idea dan pandangan dalam menggerakkan potensi anak-anak muda di Pulau Pinang.Jika ada kesempatan dan ruang,bolehlah kita bekerjasama lagi pada masa-masa akan datang insya-Allah.





Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
26.9.2011

Thursday, September 22, 2011

PROGRAM SENTUHAN KEJAYAAN PMR SKM AIR MERAH,KULIM

Alhamdulillah..Syukur pada Allah yang Maha Memberi...

Semalam, 22.9.2011 telah berlangsung satu Program yang cukup bermanfaat buat pelajar-pelajar calon PMR SMK Air Merah,Kulim pada jam 11.00 am - 1.30 pm. Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengetua SMK Air Merah,Barisan Kaunselor,Ustaz Hassan Al-Haq yang masih lagi setia `menjemput` saya untuk berkongsi rahsia dan tips berguna kepada para pelajarnya.
Selama 2 jam setengah  ( 2 1/2  jam ) berbicara, rasanya pelajar2 tersebut telah mula nampak hala tuju mereka. Mereka sebenarnya dahagakan pimpinan,belaian,tunjuk ajar dan sokongan dari orang-orang sekeliling,apatah lagi dalam kesuntukan waktu untuk menghadapi peperiksaan utama. Kesempatan yang diberikan,telah ku mulakan dengan slot `talqin peperiksaan` iaitu peringatan tentang persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi exam..memang menarik! itulah pandangan ketiga2 kaunselor SMKAM.
Kemudian ku teruskan dengan tip2 menghadapi PMR yang bakal menjelang dalam tempoh 12 hari lagi. Pelbagai tips telah diberikan termasuklah persediaan metal,fizikal,rohani,jasmani,emosi,kesihatan,peralatan dan bermacam2 lagi amanat yang terlintas difikiranku ini.
Diakhiri dengan slot `personal touch` iaitu bisikan ketelinga tentang perhatian yang perlu diambil oleh pelajar..jadilah anak yang baik,jadilah murid yang baik dan jadilah manusia yang berguna pada masyarakat,agama dan negara.
Moga apa yang ku sampaikan selama 2 1/2 jam itu mampu menjana transformasi diri anak-anak pelajar SMK Air Merah,Kulim. Doaku ku panjatkan pada Allah SWT,semoga mereka mampu ciptakan kecemerlangan didalam peperiksaan itu nanti.Insya-Allah.Amin

Moga Kejayaan Tetap Mengiringi Anak2 Didikku diMedan Motivasi

Sekian, wassalam

Yang Benar







Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
23.9.2011

Tuesday, September 20, 2011

PROGRAM BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN



Alhamdulillah...syukur pada Allah SWT kerana masih lagi setia mencurahkan kasih-sayangNya pada diri hambanya yang hina ini..

Walaupun tanpa perbincangan awal. tetiba je terima panggilan telefon dari Sumber Manusia Kementerian Belia Dan Sukan ,Putrajaya pada hari Isnin ( 19.9.2011 ) untuk bagi Talk pada Seminar Daya Saing Warga KBS pada 20.9.2011 ( Selasa - Semalam ) .

Alhamdulillah,tugasan yang diberi telah saya sempurnakan dengan jayanya. Inilah titik permulaan untuk `berkolaboras`i lagi dengan KBS dan Jabatan Belia Negeri pada masa -masa akan datang. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari peserta yang terdiri dari pegawai-pegawai belia negeri ( hampir 200 ),kemungkinan besar Program ini akan dijadikan Program Bersiri pada masa-masa akan datang.

Selesai saja menyampaikan Ceramah pada pukul 1.00 petang,saya terus diserbu oleh peserta-peserta.Mereka ingin mendapatkan bisnes kad ,kononnya untuk memudahkan mereka menjemput saya pada program anjuran Belia Negeri pada masa yang akan datang.

Terimakasih saya ucapkan pada Encik Syam orang kuat KBS Putrajaya yang setia menemani saya dan sekalung ucapan terimakasih pada Ustaz Muhyiddin yang sudi menjemput saya bagi memenuhi ruang program tersebut.Insya-Allah,saya akan terus memberikan khidmat bakti pada masa-masa akan datang jika diperlukan ,insya-Allah.

Salam sukses
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan.

Sunday, September 11, 2011

MEMANG BENAR- AYAH SEORANG TEMAN,SAHABAT,KAUNSELOR & MOTIVATOR TERBAIK BUAT ANAK

ALHAMDULILLAH....SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT....

SELAMAT BERTEMU KEMBALI DAN SALAM AIDIL -FITRI BUAT SEMUA RAKAN2 DAN SAHABAT2 MOTIVASI SAYA ....DISINI SAYA NAK SHARE SEDIKIT PENGALAMAN YANG MENYENTUH HATI DAN PERASAAN SAYA...

GAMBAR KELIBAT SEORANG BAPA OKU DAN ANAKNYA INI SEMPAT SAYA RAKAMKAN KETIKA DALAM PERJALANAN KE TEMPAT BERTUGAS DI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.KETIKA ITU JAM DITANGAN MENUNJUKKAN PUKUL 7.30 PAGI..

SAYU,HIBA,SEDIH,BANGGA DAN RESPECT ADALAH PERASAAN SAYA KETIKA ITU. HEBAT BETUL SIAYAH ,WALAUPUN BERSTATUS OKU,TAPI MASIH MAMPU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEORANG AYAH DENGAN BAIK.

DENGAN SEGALA KEKURANGAN DAN PERGERAKAN YANG TERBATAS,DIA MASIH MAMPU GAGAHI DIRINYA UNTUK MENGHANTAR ANAK KESEKOLAH....ALHAMDULILLAH,BELIAU TELAH MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG AYAH DENGAN CUKUP CEMERLANG...MEMANG SAYA TABIK SPRING KAT PAK CIK NI....

KALAU ADA KESEMPATAN LAGI BERTEMU DENGAN BELIAU,SAYA INGIN MENEMURAMAHNYA DAN MENJADIKAN BELIAU SEBAGAI `IKON` MOTIVASI SAYA..INILAH JUGA DIKATAKAN `MOTIVASI DINAMIKA DIRI`..BELIAU MEMANG SEORANG YANG BERJIWA DINAMIK...

MOGA KITA SEMUA MENJADI KUAT,HEBAT,TABAH DAN `BERDAYA SAING` SEPERTINYA...

SEMOGA ALLAH MELETAKKAN KITA SEMUA KEDALAM GOLONGAN MANUSIA YANG HEBAT..INSYA-ALLAH..AMIN

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN

Sunday, September 4, 2011

MY FATHER IS MY MOTIVATOR


YUSOF BIN ABD.WAHAB adalah seorang tukang gunting kampungan. Nun jauh di pendalaman Hulu Terengganu lahir 10 orang anak di Teratak Kecil . Bagi membesarkan kesepuluh anak2nya ,beliau telah mengerah keringat menanam padi pada sebelah pagi dan meneruskan kerja sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petang.Sebelah malam pula kami diajar membaca Al-Quran . Dengan penuh ketegasan dan `serius` kami adik beradik telah khatam Al-Quran sejak dibangku sekolah rendah lagi.Salah seorang dari anaknya yang telah berjaya ialah AKU sendiri...Beliau kini berusia lewat 70-an dan masih gagah berdiri untuk meneruskan kerja2 sebagai tukang gunting rambut. Hasil nya,kami adik beradik berjaya menjejaki kaki ke Universiti hasil kesungguhan beliau mendidik kami dan mencari rezeki untuk kami. Terimakasih `ayoh` kerana mendidik kami menjadi manusia berguna.Aku telah buktikan bahawa anak kampung dan anak seorang tukang gunting kampungan mampu berjaya dalam akademik dan mampu berjaya menjadi seorang MOTIVATOR terbaik bagi merangsang anak-anak kampung agar berjaya menjadi manusia berguna sepertiku.

Salam Motivati dan Salam Sukses

Abd.Ghani bin Yusof
Motivator Anak Kampung
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
5.9.2011

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...