FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, April 23, 2011

SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SK TANAH LIAT,BUKIT MERTAJAM





Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi kekuatan pada diri ini untuk terus menyumbangkan khidmat bakti sebagai tenaga penceramah motivasi bagi program- program anjuran sekolah-sekolah diwilayah utara terutama di penang,perak,perlis dan kedah. Tempahan demi tempahan diterima.Hanya tarikh yang `free` sahaja mampu diisi oleh jemputan yang hadir kemudian. Kepada yang sudah mendapat tarikh,alhamdulillah kita akan berjumpa ditempat,tarikh,waktu yang telah dipersetujui bersama.Bagi yang belum lagi mendapat tarikh yang sesuai & sepadan,pandai-pandailah mengatur tarikh baru bagi memastikan program dapat berjalan dengan baik & lancar.

Alhamdulillah,syukur sekali lagi saya panjatkan pada Allah SWT,kerana memberi kekuatan,kesihatan,kemampuan & kesempatan buat saya untuk berkongsi tip-tips Rahsia Kejayaan Pelajar bersama dengan 195 pelajar calon UPSR SK Tanah Liat,Bukit Mertajam pada Jumaat lepas ( semalam ) 22.4.2011  selama 2 jam 15 minit. 
Sebenarnya,terasa terlalu singkat masa yang diberikan kerana terlalu banyak nasihat,pesanan,wasiat dan tip-tip kejayaan yang ingin dikongsi bersama pelajar-pelajar disana.

Alhamdulillah,sambutan oleh pelajar cukup membanggakan saya selaku Trainer,Mentor & Perunding Motivasi pelajar. Pelajar-pelajar dilihat memberi tumpuan yang tinggi terhadap apa yang disampaikan. Aktiviti yang diperkenalkan sepanjang program ini sedikit sebanyak telah mampu menyuntik semangat pelajar untuk berjaya.

Terimakasih yang tak terhingga kepada Pn.Maizon selaku kaunselor yang sudi menjemput saya sejak beberapa minggu lalu,Guru Besar,PK Hem,PK 1,GC Cg Yusoff dan rakan-rakan guru yang lain yang setia menemani pelajar mengikuti program sehingga selesai.

Apa yang dapat disimpulkan disini, program ini telah mampu menyuntik semangat pelajar untuk terus konsisten dalam mengikuti proses P & P dan menterjemahkannya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Doa dan harapan saya,moga pelajar-pelajar SK Tanah Liat mampu mencipta kejutan dalam UPSR nanti selari dengan ikrar mereka dihadapan saya dan para guru SK Tanah Liat.


Moga kita dipertemukan lagi dalam lain-lain program selepas ini. Kepada Guru-guru di sana,Bimbinglah dan didiklah anak-anak pelajar kita dengan sehabis baik,kerana mereka punyai potensi yang cukup besar untuk berjaya.

Sama-sama kita teruskan usaha untuk `memperkasa` akal budi anak-anak pelajar kita. Moga Allah merestui usaha murni kita.Ameen.


Sekian,wassalam


Salam Motivasi & Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani yusof
Master Trainer 
Konsultan Jana Insan






23.4.2011 - 4.10 petang.



No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...