FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, November 20, 2010

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

BERMULA HARI JUMAAT ( 12 NOV 2010 ) TUAN AGY TELAH MEMENUHI UNDANGAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI DALAM SATU PROGRAM PEMBINAAN SAKHSIAH DI SMK TUN HUSSEIN ONN,SEBERANG JAYA,PENANG. BUKAN SETAKAT KENA SAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI UTAMA SELAMA 2 JAM ,TETAPI TUAN AGY JUGA KENA HANDLE PROGRAM TERSEBUT SELAMA SEHARI SEMALAM,BERMULA SOLAT MAGHRIB PETANG JUMAAT SEHINGGALAH SUBUH PADA KEESOKAN HARINYA.

JIKA DIIKUTKAN HATI RASA LETIH JUGAK TAPI MELIHATKAN KESUNGGUHAN GURU-GURU SERTA PESERTA-PESERTA,TUAN AGY KEMBALI RASA BERSEMANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH DAN MENGENDALIKAN PROGRAM QIAMULAIL TERSEBUT DENGAN JAYANYA.

BERIKUT ADALAH KANDUNGAN MODUL `MOQIAM` YANG TELAH TUAN AGY LAKSANAKAN DISEKOLAH TERSEBUT :

1. 7.15 PM- 9.00 PM ( 12.11.2010 ) - SOLAT MAGHRIB ,BACAAN YASSIN,TAHLIL DAN KULIAH MAGHRIB SEBELUM SOLAT ISYAK,SETERUSNYA DISAMBUNG SOLAT ISYAK BERJAMAAH ( AGY IMAM )
2. 9.00 - 11.30 PM ( 12.11.2010 ) - CERAMAH MOTIVASI VERSI ISLAMIK MODUL : TAJUK : PUJI VS KEJI .
3. 11.30 - 12.30 PM ( 12.11.2010 ) - SESI REFLEKSI DIRI @ KATARSIS DIRI ( SOUL JOURNEY )
4. 4.30 AM - 5.30 ( 13.11.2010 ) - QIAMULAIL & HIMPUNAN SOLAT SUNAT (TN. AGY IMAM )
5. 5.45 AM - ( 13.11.2010 ) - SOLAT SUBUH BERJAMAAH ( TN.AGY IMAM )
6. 6.00 - 6.30 ( 13.11.2010 ) - ZIKIR MUNAJAT & DOA
7. 6.30 - 7.30 AM ( 13.11.2010 ) - KULIAH SUBUH.

MAKA BERAKHIRLAH TUGASAN DISMK TUN HUSSEIN ONN,SELAMA 2 HARI 1 MALAM. MOGA APA YANG DISAMPAIKAN MENCAPAI MATLAMAT YANG DIHARAPKAN.

HARI KE 3 ( AHAD - 14.11.2010 ) - TUGASAN DISMK BUKIT SELAMBAU,KEDAH.

PROGRAM PEMBINAAN SAKHSIAH. PADA AWALNYA,PIHAK SEKOLAH SEAKAN-AKAN PUTUS ASA KERANA PROGRAM DIRANCANG TERLALU LEWAT DISEBABKAN PERUNTUKAN LEWAT DITERIMA. APABILA MEREKA MENGAJUKAN PERMINTAAN KEPADA TUAN AGY, AGY BERSETUJU KERANA TARIKH TERSEBUT MASIH KOSONG. MAKA BERSEMANGATLAH KEMBALI PARA GURU,USTAZ,USTAZAH DAN KAUNSELOR DISMK BUKIT SELAMBAU.
PROGRAM TERSEBUT BERLANGSUNG SELAMA 5 JAM,BERMULA DARI 8.30 AM - 1.30 PM HARI TERSEBUT.WALAUPUN SUARA SEAKAN-AKAN SERAK,TAPI TUAN AGY MASIH BERSEMANGAT KERANA INILAH KALI PERTAMA TUAN AGY DIJEMPUT UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM BESAR DISMK BUKIT SELAMBAU. KESEMPATAN YANG DITERIMA,TELAH DISEMPURNAKAN SEBAIK MUNGKIN.

TENTATIP PROGRAM @ KANDUNGAN MODUL YANG TELAH DISAMPAIKAN :
1. 2 JAM PERTAMA( 8.30 AM- 10.30 AM ) : MODUL PEMBINAAN SAKHSIAH : TAJUK : ADA VS TIADA ( ADAPTASI DARI MODUL PUJI VS KEJI YANG TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT LARAS CLIENT ).

2. 11.00 - 1.00 PM ( 2 JAM KEDUA / SLOT KEDUA ) : SESI `PIMPINLAH KAMI ` : HIMPUNAN AKTIVITI UJI IQ, AKTIVITI BINA DIRI & KUMPULAN & KUKUHKAN IKATAN UKHUWAH .

3. SLOT TERAKHIR ( 1 JAM : 1.00 -2.00 PM ) : SESI `SOUL JOURNEY ` @ PENJELAJAHAN DIRI: MENGENAL SIAPA KITA,SIAPA KELUARGA KITA,SIAPA TUHAN KITA & APAKAH MISSION STATE MENT KITA.

ALHAMDULILLAH.SAMBUTAN CUKUP `HEBAT` & `KUAT TARIKANNNYA`. 

TERSENTUH BILA SAAT KU PELUK PELAJAR2 LELAKI,MEREKA TERSENTUH HATI,SEDIH & TERUSIK JIWA MEREKA,BILA AMANAT KU BISIKKAN KETELINGA MEREKA. TIADA LAIN AMANATKU PADA MEREKA. CUMA `NAK,JADILAH ANAK YANG BAIK,PELAJAR YANG BAIK & HAMBA ALLAH YANG BAIK`...TUHAN MASIH SAYANGKAN KITA,IBU-BAPA MASIH SAYANGKAN KITA & GURU-GURU TETAP SAYANGKAN KITA`...ITULAH KATA-KATA TERAKHIRKU,SEBELUM KU BERLEPAS PERGI MENINGGALKAN PELAJAR2 SMK BUKIT SELAMBAU.

SEKALI LAGI HATIKU TERSENTUH, BILA MEREKA MENGERUMUNI KERETAKU SAMBIL MENGHARAPKAN AKU BERDOA UNTUK KEJAYAAN MEREKA. HELAIAN DEMI HELAIAN KERTAS MEREKA HULURKAN UNTUK DAPATKAN TANDATANGAN KU,KATANYA UNTUK KENANGAN.....

DALAM HATI INI ,TIDAK LEKANG BERDOA MOGA APA YANG KU SAMPAIKAN TADI `MENYELINAP MASUK` KEDALAM JIWA MEREKA SETERUSNYA MAMPU UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM HIDUP MEREKA. MOGA TUHAN MEMBERKATI HIDUP ANAK-ANAK PELAJAR TERSEBUT.

HARI KEEMPAT : 15.11.2010 - PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SK ST.MARK,BUTTERWOTH @ DAMAI PARK RESORT.

WALAUPUN SURAU SUDAH SEMAKIN GARAU KERANA 3 HARI DAH BERCAKAP TANPA HENTI, DEMI SEBUAH PERJUANGAN... KU TERUSKAN JUA. IA TAK LEBIH SEPERTI CERAMAH MOTIVASI PRA PEPERIKSAAN. TAPI WAKTU YANG SINGKAT SELAMA 1 JAM SETENGAH ITU,DIRASAKAN TIDAK CUKUP UNTUK MENYAMPAIKAN SEGALA ILMU YANG DIMILIKI.

KEPUASAN JELAS TERPANCAR DIWAJAH ANAK-ANAK PELAJAR ST MARK DENGAN GELAK TAWA MENGIRINGI BICARAKU SELAMA 1 JAM SETENGAH. DARI JAM 10.00 - 11.30 AM.

HARAPAN DARI GURU-GURU SK ST.MARK,SUATU HARI NANTI TUAN AGY AKAN SUDI LAGI MEMENUHI UNDANGAN DARI PIHAK MEREKA. KECIL TAPAK TANGAN,NYIRU DITADAHKAN.
KEESOKANNYA,MENYAMBUNG KEMBALI TUGAS RASMI SEBAGAI PENSYARAH DI KOLEJ MATRIKULASI PENANG...MASIH LAGI KENA BERCAKAP & BERCAKAP...TERUS MEMOTIVASIKAN ANAK-ANAK PELAJAR AGAR MENJADI MANUSIA YANG HEBAT & CEMERLANG.

CUTI HARI-RAYA AIDIL ADHA INILAH KESEMPATAN TERBAIK UNTUK MEREHATKAN FIKIRAN & ANUGERAH SUARA INI AGAR KEMBALI NORMAL,KERANA MASIH BANYAK LAGI TUGASAN MENANTI DIHADAPAN.
MOGA ALLAH SWT MEMBERI KEKUATAN KEPADA TN.AGY UNTUK MENERUSKAN AGENDA MEMPERKASAKAN LAGI `KUALITI ANAK-ANAK MELAYU` KITA...

SOKONGLAH TUAN AGY.....

`MOTIVASI SEPANJANG HAYAT`....

SALAM AIDIL ADHA .
TN.AGY
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH.











No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...