FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, October 24, 2010

PROGRAM MOTIVASI PERLU DITERUSKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....bertemu kembali dimedan blog motivasi kendalian Tn. Abd.Ghani yusof...

Walaupun minggu depan bulan November akan mula menemui kita, seolah-olah terasa baru semalam kita meningalkan 10 bulan yang lalu..terasa begitu cepat masa meninggalkan kita...ada dikalangan kita merasakan bahawa tidak perlu lagi meneruskan aktiviti memperkasakan anak muda kita,pelajar2 kita,anak2 kita...kerana kononnya dah nak masuk penghujung tahun....maka pada pandangan mereka ,program motivasi dah melabuhkan tirai penutupnya....

kalaulah itu pandangannya..maka itu adalah pandangan dangkal...motivasi tiada penghujungnya..dalam cuti persekolahan nanti pun ada program motivasi yang sedang menanti anak-anak kita,para pelajar kita,para remaja kita & kita sendiri sebagai ibu-bapa.

melihat kepada senario hari ini, dengan kebejatan akhlak & keruntuhan moral remaja,maka semua pihak perlu mengambil peranan untuk turut sama memperkasakan program2 motivasi tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi,fahaman politik & latar belakang akademik....

kita perlu seiring sejalan dalam menentukan hala tuju remaja kita.Jom kita pakat buang segala salah-faham politik,kita gerakkan remaja kita.Dan kepada ahli politik,jangan asyik sibuk `politiking` sahaja tanpa mengambil berat hal-hal anak bangsa kita.

Bantulah program2 yang bermanfaat & bantulah sekolah2 persendirian yang memerlukan dana & peruntukan bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademi. Saya tersentuh hati bila dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi disalah sebuah sekolah agama rakyat yang serba kekurangan,tapi demi sebuah pengharapan mereka menongkah arus untuk mengejar cita-cita mereka. Sekolah tersebut ialah Maahad Ihsaniah ,Jangkang Kulim.

Kepada Tn.Hj.Salleh ,Tahniah & syabas atas usaha anda dalam mengerakkan pembangunan sekolah tersebut.Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan dalam meneruskan kecemerlangan institusi pendidikan swasta yang serba kekurangan.

Akhir kata, terimakasih daun keladi kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah motivasi kecemerlangan akademik disekolah tersebut. Andai ada ruang & kesempatan ,kita boleh lagi berkerjasama d ilain masa dan lain waktu.Moga usaha kita semua diberkati Allah..Amin

Sekian,Salam Sukses & salam Motivasi
Tn.Syeikh Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
24.10.2010 @ 10.23 malam

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...