FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, June 19, 2008

alangkah syoknya mengajar budak yang`mau belajar`...


assalamualaikum wrhmtllhi wbarakatuh....


bertemu kembali diarena motivasi dinamika diri ( MODID ) ...

salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang `berkecimpung` dalam bidang motivasi dan kepimpinan..


kita sudah ditakdirkan tuhan untuk menjadi `ejen perubah` kepada kekalutan,kebejatan dan kebobrokan akhlak dan sakhsiah pelajar Melayu hari ini.....


kalau bukan kita,siapa lagi.....inilah tugas dakwah yang perlu kita laksanakan....

amar makruf nahi mungkar perlu kita teruskan ...demi kebangkitan semula maruah umat islam...


semalam,aku baru saja selesai buat ujian hafazan dan tilawah kat anak murid aku.....

sejuk hati bila kelas hebat macam 3k1,pelajar-pelajarnya dapat mempamerkan bacaan yang baik,tartil,pasahah dan mengikut hukum tajwid....


kalau inilah yang ada pada semua pelajar kita,alangkah eloknya....


Aku cukup bangga dengan budak-budak ni.....kita kena rangsang potensi yang ada pada mereka...

kena bimbing mereka,motivate mereka,jana mereka dan tunjuk arah pada mereka..

moga mereka akan lahir sebagai `azali azlan`,nadia amirah,nurulamalina kedua....


jadi...kitalah yang `menentukan `hala tuju mereka....

dont give up and must konsisten ....


teruskan perjuangan kita...

Salam Motivasi

Tuan Abd.Ghani Yusof

Pengarah Urusan Konsultan Jana Insan

BPJ,Sg.Petani,Kedah.

Wednesday, June 18, 2008

satu pembaharuan disiplin smk kota..tahniah


assalamualaikum wrhmtullahi wabarakatuh...


kembali bertemu di arena motivasi dinamika diri...rasanya inilah saat yang paling kita tunggu iaitu satu`pembaharuan` dari segi disiplin yang dah lama kita harapkan..


rambut ala `mawi` atau`ala tentera` amat sesuai diguna-pakai bagi mengatasi masalah disiplin rambut dikalangan pelajar kota..


maklumlah ,macam-macam stail rambut yang kita lihat ...


ada yang macam koboi,macam mat rempit `sempit`,macam `drug addict` dan ada yang macam`penyamun`.....memang tak sesuai dengan budaya sekolah....


baguslah ada guru-guru disiplin yang dedikasi...

selesailah masalah rambut....kita harap selepas ni,kita buat operasi seluar kaki kecik pulak...

barulah diaorang takut sikit....


kalau semua pelajar berdisiplin..kan canteeeeek..betul tak..


kita cuma fokus kepada pelajaran sahaja...itulah kehendak kita sebenarnya..


sekalung tahniah buat lembaga disiplin smk kota kuala muda



salam perjuangan

Tuan Abd.Ghani Yusof

GKM Kemanusiaan SMK Kota Kuala Muda

18 jun 2008

Monday, June 16, 2008

BAGAI MENCURAH AIR KEDAUN KELADI YANG `TEMBUS` & `BERLUBANG`


assalamualaiku wrhmatullahi wabarakatuh....


selamat bertemu kembali di arena motivasi dinamika diri...


kali ini aku nak syer dengan hangpa semua tentang`makhluk` pemalas kat sekolah aku...

masa exam dia boleh tidur...cuba hangpa bayangkan....


inikah gaya pelajar harapan bangsa....

tak pernah sedar diri......

perabih beraih je......

dahlah harga petrol naik....tapi dia buat `dono`je....tak tahu ke? mak-bapak diorang susah nak mati cari duit nak sekolahkan diaorang tapi....dioarang buat macam `batu`...seolah-olah tak ada apa yang berlaku...


sepatutnya...makin mencabar kehidupan,makinlah dia berusaha bersungguh-sungguh..

ini tidak...masih ditakuk lama....

macam tu le sampai bila-bila...waema sampai 2020 pun ...aku ingat masih macam tu..


tak taule! cuba-cuba le kita fikirkan....


wassalam

ustaz ghani

17 jun 2008

HARAPAN TINGGAL HARAPAN


assalamualaikum wrhmtllah...


kenapalah umat melayu kita bersikap malas,sambil lewa,tiada kesungguhan dan kurangnya motivasi walaupun mereka telah dididik,diasuh,diajar dan dilatih sebaik mungkin oleh para guru yang cukup hebat lagi cemerlang...


dimanakah silapnya...apakah salah ibu mengandung ? atau salah bapa yang turut sama `menyumbang` dalam kemelut ini.....


aku telah lihat dan perhatikan bangsa melayu lemah,selemah umat KOTA yang tiada perubahan dan `terbelenggu` dalam `tempurung buruk` ciptaan mereka sendiri....


fikir-fikirkan...


salam perjuangan di arena motivasi

Ustaz Abd.Ghani Yusof

Teratak Fahanie

BPJ,Sg.Petani

16 JUN 2008

HARAPAN YANG PUNAH


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..


SALAM PERJUANGAN DI ARENA MOTIVASI DINAMIKA DIRI...

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA TELAHPUN BERLALU....

APA YANG CUKUP MENYEDIHKAN IALAH SIKAP BANGSA MELAYU YANG TIDAK PERNAH BERUBAH....

PEPERIKSAAN SEOLAH-OLAH TIADA MAKNA LAGI BUAT PARA PELAJAR SMKKKM TERMASUKLAH MEREKA YANG AKAN `BERJUANG `DIMEDAN PEPERANGAN BESAR SEPERTI`PMR` DAN `SPM`....


APA YANG MELUKAKAN HATI PARA GURU IALAH:


1-SIKAP SAMBIL LEWA PARA PELAJAR

2-TIADA PERSEDIAAN RAPI UNTUK MENGHADAPI EXAM

3-TIDUR SEWAKTU PEPERIKSAAN WALAUPUN PEPERIKSAAN BARU BERMULA

4-JAWAPAN YANG TIDAK SEPERTI DIHARAPKAN

5-TIADA KESUNGGUHAN UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN


BAGAIMANAKAH LAGI KITA HARUS MENGUBAH DIRI MEREKA...


SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN....


USTAZ ABD.GHANI YUSOF

15JUN2008

TERATAK FAHANIE

Sunday, May 25, 2008

MANFAATKAN CUTI PERSEKOLAHAN ANAK ANDA

assalamualaikum wrh matullahi wabarakatuh....

selamat bertemu kembali di arena MOTIVASI DINAMIKA DIRI dan selamat 'melayan' kerenah dan 'tuntutan' anak-anak anda semasa cuti persekolahan....

aku seperti biasa.... mengatur jadual tusiyen dan kelas mengaji anak perempuan aku yang bernama Syaza Aieman Hanani...

kedua... melayan kerenah si'kecik' yang bernama DaraFarhani....walaupun memenatkan tapi cukup'menyeronokkan' ...

berbalik kepada MOTIVASI....aku tengah free sekarang..tak de pun jemputan ceramah semasa cuti ni...kenapa eek! takde orang yang anjurkan kursus motivasi sepanjang cuti ni kot....?

ataupun... memang sekarang ni orang cukup berkira dengan duit....tak sanggup nak habiskan duit semata-mata nak hantar anak pergi ' berubah' dan'perbaiki' diri.......

wallahu a'lam...tuhan saja yang tahu...

tapi jika ada orang @ korporat@ oraganisasi yang sudi dapatkan khidmat aku,aku sedia mencurahkan bakti sebaik mungkin...

aku akan buatkan mereka sedar,sedih,sebak,meruntun jiwa dan sedia untuk 'berubah'...

pendekatan aku nampak tegas dan bersemangat,tetapi aku boleh berubah menjadi manusia yang ' peramah' dan 'penyayang'....

aku nak lihat anak melayu berjaya....
aku nak lihat anak melayu hebat..
aku nak lihat melayu punyai jati-diri..
aku nak lihat melayu jadi cemerlang...
aku nak lihat melayu punyai potensi besar...

terpulanglah kepada kalian semua......

aku akan cuba perbaiki segala yang 'rosak' dan ' perbaharui' apa yang lama....

sekian .selamat bercuti dan selamat 'muhasabah diri........

wassalam
TUAN ABD.GHANI YUSOF AL-BESUTI
KONSULTAN JANA INSAN
BPJ,SG.PETANI,KEDAH...

Wednesday, May 21, 2008

CUTI PERSEKOLAHAN DAN PROGRAM MOTIVASI


assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


selamat bertemu kembali di arena 'blogging' dan selamat bercuti buat adik-adikku dan para sahabatku yang bergelar guru@pendidik.kali ini cuti agak lama sedikit iaitu selama 2 minggu.sudah tentu ia dipenuhi dengan program-program kelas tambahan,kem percutian,kem motivasi dan yang paling best ialah ' bercuti'bersama famili tercinta ke mana-mana destinasi pilihan samada di cameron Highland,Genting Highland & Lost World of Tambun......


Apalah salahnya kita penuhi cuti anak-anak kita itu dengan menghantar mereka ke 'kem Motivasi ' @ Summer Camp bagi memantapkan jati-diri mereka sekaligus membina kendiri mereka agar lebih berani,kompetetif dan mampu bersaing dalam alam yang cukup mencabar ini....


tak perlu lama,cukuplah hanya 2 hari 1 malam dimana-mana Kem Motivasi kendalian pakar-pakar motivasi,tak kira dimana jua berada....


carilah ilmu dimana ia berada...usah sayangkan duit.....anak-anak perlukan bimbingan dan dorongan...


kalau kita tak mampu atau tiada masa untuk memotivasikan mereka....serahkan mereka kepada orang yang lebih arif @ pakar dan sedia berkhidmat untuk anak-anak kita....


Tak lain tak bukan, orang yang anda cari ialah "Pakar Motivasi' @ "Perunding Motivasi'....


Jengahlah web-blog MOTIVASI DINAMIKA DIRI kendalian AL-FADHIL TUAN ABD.GHANI YUSOF dari KONSULTAN JANA INSAN yang mendasari konsep motivasi dan bimbingan kendiri yang cukup efektif dan efisen....


berbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan ,yangmana pihak sekolah,kolej,IPT dan mana-badan yang perlukan khidmat bakti kami bolehlah hubungi kami....


jangan berlengah lagi kerana tempahan cukup 'laris' dan 'sukar dipenuhi' terutama menjelang cuti persekolah apatah lagi penggal persekolah hampir ke pertengahan...lebih-lebih lagi peperiksaan utama bakal menjelang tiba....



sediakan anak-anak kita dengan ilmu yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan..

peliharalah akhlak anak-anak kita sebelum ia bertukar wajah menjadi 'Si Tanggang,Malim Kundang @ Anakku sazali.....

janalah anak kita agar ia menjadi insan hebat lagi bermaruah seperti Amalina,Nadia amirah dan Azali azlan.....



Siapa yang perlu main peranan...?


Kita semua....para ibu-bapa,guru-guru dan Pakar Motivasi jemputan....


So..... hubungi kami dan kami sedia memenuhi jemputan ceramah @ program Motivasi kendalian pihak anda ........



wassalam


Salam Perjuangan

Tuan Abd. Ghani yusof

Pengarah Urusan Konsultan Jana Insan

( Pengasas dan Pengamal MODID )

Teratak Fahanie,BPJ,Sg.Petani,Kedah.


019-4741209 @ 019 -4211857 @ 04-4219069


e-mail:fahanie_793 @ yahoo.com.my

Monday, May 19, 2008

akulah motivator


sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat bakti aku,boleh le contact aku di talian 019-4741209 @ 019-4211857 @ telefon pejabat aku 04-4219069


atau e-mail sahaja : fahanie_793 @yahoo.com.my


Program Motivasi aku bukan setakat ceramah pengisian kosong tetapi ia merangkumi pelbagai aspek samaada :

-pembinaan rohani

-pembinaan sakhsiah

-pembinaan karektor

-pembinaan jati-diri

-pembinaan sikap positif

-pembinaan semangat kumpulan

-pembinaan rohani

-pembinaan roh keimanan

-pembinaan akal

-pembinaan jiwa

-pembinaan kematangan


kalau ada kesempatan, silalah hadiri ceramah motivasi dimana-mana tempat yang telah ditetapkan ( berdasarkan ketetapan penganjur )...


Lokasi dan waktu terdekat:


1- Ceramah Pembinaan Akhlak Program Khemah Ibadat SMK Merbok ( jumaat-23 mei 2008 )

2- Ceramah Pencegahan Penggunaan Dadah,Rokok dan Arak SMK Sg.Bayor, Perak ( khamis-26 jun 2008 )


dan banyak lagi ceramah-ceramah Motivasi Kendalian aku yang belum di 'confirmkan' tarikhnya.


sebelum ni,aku dah memotivasikan hampir 10,000 pelajar di Kedah,Penang,Perak dan Perlis.

Cuma aku tunggu jemputan dari negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang.


Buatlah perancangan dan sama-samalah kita bina semangat pelajar-pelajar,belia dan remaja kita.


kalau bukan kita,siapa lagi... terutama guru-guru....

ingatlah,tugas kita bukan setakat mengajar makan gaji tapi usahalah sikit untuk 'berkoraban' membina masyarakat berilmu,bersakhsiah dan berbudipekerti mulia dengan penganjuran kem,ceramah,kursus-kursus MOTIVASI......


AKU YANG BERGELAR ' TUAN ABD.GHANI YUSOF' BERSEDIA MEMENUHI UNDANGAN DIMANA JUA DAERAH ,KAMPUNG,DESA,KOTA,PUNCAK BANJARAN .....


SIAPALAH AKU.....KALAU BUKAN UNTUK DILAHIRKAN 'MEMOTIVASIKAN' MANUSIA YANG BERGELAR 'MELAYU' DAN'BERIKTIKAD' ISLAM......


HUBUNGILAH AKU JIKA SUDI...........

WASSALAM

TUAN ABD.GHANI YUSOF

TERATAK FAHANIE,SG.PETANI

KEDAH DARUL AMAN.

aku dah naik pangkat


syukur alhamdullilah, aku dah terima memo jadi guru kanan kemanusiaan berkuatkuasa 16 mei 2008. ITULAH HARI PALING BAHAGIA DAN DETIK MANIS, kerana sambutan hari Guru peringkat SMKKKM .


Inilah adalah satu anugerah Allah swt yang aku anggap sebagai satu pencapaian peribadi aku dalam dunia pendidikan. Tiada yang paling bermakna melainkan kurniaan tuhan. aku anggap inilah satu ' pemberian ' Allah yang aku anggap sebagai balasan baik dari tuhan diatas pengorabanan dan kesungguhan aku dalam bidang pendidikan selam hampir 16 tahun.


apapun terimakasih kepada pengetua,pk 1,pen.kanan petang dan kawan-kawan yang menyokong perlantikan aku.....


apapun ,aku tentu berhadapan dengan sedikit cabaran baru kerana aku telah terpilih menganggotai barisan pucuk pimpinan yang sudah pasti akan menerima berbagai pandangan,teguran dan kritikan dari pihak bawahan....


cuma aku pegang prinsip.....'aku mampu buat dan aku boleh buat'

jangan dengar apa orang cakap...buatlah kerja kita....


semoga aku tetap akan berjaya......

amin

wassalam

tuan abd.ghani yusof yusof

Guru Kanan kemanusiaan SMKKKM

JEMPUTAN LAST MINIT PECUTAN AKHIR SPM 26: SMK ALOR JANGGUS

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SEMALAM TANGGAL 22.11.2026 SAYA TELAH BERADA DIDEWAN BESAR SMK ALOR JANGGUS ALOR SETAR BAGI MENG...