FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 19, 2023

HIJRAH KERANA ALLAH SWT : SEMOGA HIDUP DIBERKATINYA

 Niat dan Hijrah Kerana Allah


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan  tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). 

(HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat. 


2.  Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).



3.  Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.


4.  Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.



5.  Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.


6.  Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.



7.  Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.


8.  Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.



Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai. 


Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445.

Mana mana organisasi sekolah,universiti,agensi kerajaan @ swasta yang nak jalankan program motivasi & training tetapi tak der penceramah,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan tentang modul,tarikh dan masa yang sesuai. Usah risau tentang bayaran honorarium,kerana kita tetapkan secara MESRA pengguna/klien.


Semoga semua daripada kita dapat berhijrah kearah yang lebih BAIK pada masa2 mendatang.insyaAllah.amin


yang bersedia berkhidmat


Syeikh Ghani Alganuni
motivator/trainer/speaker/lecturer
konsultan jana insan

SP: 019 4741209


Monday, July 17, 2023

SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRAH : 1445 HIJRAH -SEMOGA SUKSES DITAHUN BARU

 Hijrah Untuk Kemakmuran: SEMOGA SUKSES SENTIASA


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ


Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).



2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.


3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.



4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.


5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.



Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. 


Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445.

MANA2 ORGANISASI KERAJAAN,SWASTA ATAU SEKOLAH SERTA IPTA/IPTS YANG NAK BUAT PROGRAM MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445 HIJRAH BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN : 019 4741209..KITA ATUR PROGRAM' LONJAKAN PARADIGMA DITAHUN BARU HIJRAH'.INSYAALLAH.AMIN

KITA SAMA SAMA BERHIJRAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN, SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN 
SG PETANI,KEDAH D.AMAN 

019 4741209

Wednesday, July 12, 2023

SENTIASA UCAP SALAM: DOAKAN KEBAIKAN SAHABAT2 KITA

SENTIASA UCAP SALAM KEPADA RAKAN2 & SAHABAT2 SEMUA

Pahala Ucapan Salam



عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ ثُمَّ جَلَسَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرٌ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ عِشْرُونَ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ ثَلَاثُونَ


Daripada Imran bin Hushain ia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan mengucapkan, "Assalamu Alaikum?" Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Nabi SAW kemudian bersabda: "Sepuluh" (ganjaran pahala). Setelah itu ada seseorang datang dan mengucapkan salam, "Assalamu Alaikum wa Rahmatullah." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Dua puluh." Setelah itu ada lagi orang datang dan mengucapakan salam, "Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa barakatuh." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Tiga puluh."  

(Sunan  Abu Daud No: 4521) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.Ucapan salam adalah adab mulia seorang Muslim apabila bertemu sesama mereka. 


2.Memberi salam kepada Muslim yang lain akan mendapat ganjaran pahala 



3.Ucapan Salam adalah doa kesejahteraan terhadap sesama Muslim. Mendoakan sesama Muslim agar sentiasa beroleh keamanan dan keselamatan amat dituntut.


4.Ucapan  السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ lebih utama dan wajar diucapkan kerana ganjarannya lebih baik (30 pahala) berbanding ucapan yang lain.


5.Ucapan salam sewajarnya disebar luaskan sesuai Islam adalah agama kedamaian, keamanan, perpaduan dan persaudaraan.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.” (Sahih Muslim No 81) Status: Hadis Sahih



SEBARKAN LAH SALAM BUAT RAKAN2 KITA SEMUA.SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DAN AFIAH DARIPADA ALLAH SWT.

MANA2 ORGANISASI BAIK KERAJAAN MAHUPUN SWASTA YANG BERHAJAT NAK ANJURKAN PROGRAM MOTIVASI,BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 0194741209 UNTUK BERTANYA & BERBINCANG TENTANG MODUL,TARIKH,MASA & TEMPAT PROGRAM.


SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA BERKONGSI
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER/LECTURER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

019 4741209


Sunday, July 9, 2023

JANGAN MAKAN DAGING SAUDARA KITA SENDIRI- JADILAH MUSLIM YANG SEBENAR

PERINGATAN DIAKHIR TAHUN HIJRAH 1444 HIJRIAH


Makan Daging Saudara SeIslam


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ



Daripada Abdullah ibn Masud RA beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW :

 “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” 

(HR Thabarani  No: 13145) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.Dalam kehidupan ini, setiap orang tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Namun kita dilarang menceritakan kekurangan dan aib orang lain. 


2.Orang yang menceritakan aib orang lain atau disebut mengumpat, diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah:


يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢ 



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)



3.Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan; mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun dari itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan) (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)



4.Walaupun begitu, bukanlah larangan mutlak menceritakan aib dan kelemahan orang lain. Al-Nawawi dan Ibn Qudamah menyebut Enam keadaan mengumpat yang diharuskan oleh syarak:


a.  Membuat aduan mengenai kezaliman kepada pihak berkuasa atau  hakim agar kezaliman dapat dibanteras dan diadili.

b.  Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat 

c.  Meminta fatwa 

d.  Memberikan peringatan kepada orang lain terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang terhindar daripada kejahatannya.

e.  Seseorang yang terang-terang melakukan kemungkaran.

f.  Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta dan dia redha dengannya


Bersamalah kita menjaga hubungan dalam hidup bermasyarakat. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan ukhuwah sesama kita.


JIKA ADA MANA 2SEKOLAH,IPTA,IPTS,AGENSI KERAJAAN ATAU SEKTOR SWASTA YANG NAK ANJURKAN PROGRAM TRAINING@MOTIVASI KEPADA PELAJAR ATAU PEKERJA,.BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL TERBAIK.

KAMI SENTIASA MENGHARAPKAN JEMPUTAN ANDA.INSYAALLAH KITA AKAN BERIKAN KHIDMAT BAKTI TERBAIK BUAT ORGANISASI YANG MENJEMPUT.INSYAALLAH


yang bersedia berkongsi ilmu


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.petani,Kedah D.Aman

019 4741209


Wednesday, July 5, 2023

MOTIVASI DIRI : SATU ELEMEN PEMBENTUKAN DIRI YANG AMAT PERLU

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELAWAT & SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SAW/PUJI DAN SYUKUR BUAT ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM YANG AMAT MENYAYANGI HAMBA-HAMBANYA



TOPIK KALI INI IALAH KEPENTINGAN MOTIVASI DIRI BUAT SEMUA.SEMUA ORANG PERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA INSAN LAIN.SEMUA ORANG PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT DARI ORANG DISEKELILING.



KENAPA KITA PERLUKAN SOKONGAN MOTIVASI DARIPADA INSAN LAIN ?

1- KITA MANUSIA LEMAH YANG SUDAH PASTI ADA KEKURANGAN

2-KITA TAK MAMPU UNTUK BANGKIT DARI KELEMAHAN LALU SECARA BERSENDIRIAN

3-RAKAN2 KITA ADALAH PEMBENTUK MOTIVASI DIRI KITA

4-PASANGAN KITA ADALAH MOTIVATOR TERBAIK -BOLEH MEREDAKAN KETEGANGAN EMOSI

5-PAKAR MOTIVASI & TRAINER PUNYAI ILMU UNTUK LONJAKKAN POTENSI INSAN LAIN

6- KITA TAK MAMPU HIDUP SECARA BERSENDIRIAN-PERLUKAN SOKONGAN INSAN LAIN

7- KITA ADALAH PENDORONG KUAT BUAT PASANGAN KITA & JUGA ANAK2 KITA

8-SEMANGAT DAN POTENSI DIRI KITA PERLUKAN PERTOLONGAN & TUNJUK AJAR DARIPADA ORANG LAIN YANG LEBIH DEWASA & SERTA BERPENGALAMAN



PASAL ITULAH SEKOLAH,IPTA.KOLEJ,SYARIKAT KERAJAAN & SWASTA AKAN MENGATUR PROGRAM2 TRAINING & MOTIVASI UNTUK PARA PELAJAR.STUDENT DAN PEKERJA MEREKA.

JANGAN BERKIRA TENTANG MASA.JANGAN TERTUNDUK MENGALAH KERANA BAYARAN. CARI RUANG MASA DAN KETIKA YANG SESUAI UNTUK HADIRI PROGRAM2 MOTIVASI & BINA DIRI.SEMOGA KEUPAYAAN KITA MAMPU DIANGKAT KEMBALI DAN MOTIVASI DIRI KITA BERADA DIPUNCAK.INSYAALLAH.



BUAT SEKOLAH2,IPTA,IPTS DAN AGENSI2 KERAJAAN SERTA SWASTA,PERLULAH LEBIH KERAP MENGATUR PROGRAM2 MOTIVASI UNTUK LONJAKKAN POTENSI DAN KUALITI PERIBADI PELAJAR2 DAN PEKERJA MASING2.



SAYA DI AGENSI DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES SEDIA UNTUK BERKERJASAMA BERKONGSI TIPS DAN RAHSIA UNTUK MENJADI MANUSIA CEMERLANG.INSYAALLAH.JIKA KITA TAK MAMPU NAK BAYAR DENGAN HARGA KORPORAT,KITA BOLEH RUNDING SECARA PENJAWAT AWAM ( LEBIH MURAH ).



JOM KITA PAKAT2 ATUR PROGRAM UNTUK SEKOLAH KITA,AGENSI KITA & SYARIKAT KITA.CALL/MESEJ/WHATSAPP TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,TARIKH & HARI PELAKSANAANNYA.INSYAALLAH KITA AKAN PASTI BANGKIT & MELONJAK AKAN PRESTASINYA.AMIN.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


TN ABD GHANI YUSOF

MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

019 4741209


BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...