FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, October 24, 2023

MOTIVATOR BUKANLAH YANG TERBAIK TETAPI DIA BAKAL MENJADIKAN ANDA YANG TERBAIK

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


SALAM MADANI DAN SALAM MOTIVASI

KITA DAH PUN MASUK AKHIR BULAN OKTOBER DAN BAKAL MEMASUKI NOVEMBER. 2 BULAN LAGI TAHUN AKAN BERTUKAR.SETIAP KALI MASUK TAHUN BARU KITA AKAN BUAT PERANCANGAN YANG RAPI DAN BERAZAM DENGAN MACAM2 AZAM.



APAKAH IMPIAN & HASRAT ANDA YANG DAH PUN TERTUNAI PADA TAHUN INI? SAYA BANYAK LAGI IMPIAN YANG BELUM TERTUNAI.NAK BUAT UMRAH,NAK MELANCONG TETAPI KEWANGAN & MASA YANG MENGHIMPIT SAYA. KESIBUKAN TUGASAN DAN CUTI YANG TAK SAMA DENGAN PASANGAN MEMBUATKAN IMPIAN SAYA BANYAK KALI TERTANGGUH.SEBAB UTAMA ADALAH KEWANGAN LAH.



MASALAH KITA SEPATUTNYA KITA SELESAIKAN DENGAN BIJAK DAN AMPUH.MAYBE IMPIAN SAYA BAKAL TERTUNAI 3 TAHUN DARIPADA SEKARANG.BILA SUDAH PENCEN DIUSIA 58 NANTI ADA LA SEDIKIT DUIT ( RM ) DAN MASA UNTUK MENUNAIKAN HASRAT TERSEBUT.



JIKA MASALAH KITA DITEMPAT KERJA DAN MASALAH DALAM ORGANISASI DAPATLAH KITA MINTA PERTOLONGAN DARIPADA PAKAR2 MOTIVASI ( TERMASUKLAH SAYA SENDIRI SEBAGAI PAKAR MOTIVASI) TETAPI MPOTIVATOR BUKAN INSAN YANG TERHEBAT,TAK PERNAH BUAT SILAP ATAU MELAKUKAN KESILAPAN KAN ? DIA JUGAK MANUSIA.CUMA YANG HEBATNYA MOTIVATOR NI DIA ADA TEKNIK,TAKTIK DAN ILMU YANG TINGGI DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN KLIEN DIA.



PELBAGAI MODUL DAN STARTEGI YANG DIA MILIKI UNTUK DISHARING DENGAN KLIEN2 DAN INSAN LAIN DILUAR SANA.ILMU YANG DIMILKI OLEH BELIAU MEMANG TIDAK ADA PADA KITA. ILMUNYA DALAH PEMBERIAN TUHAN BUAT UMMAT. PERCAYALAH BAHAWA MOTIVATOR BUKANLAH INSAN YANG TERBAIK TETAPI DIA BAKAL MENCORAKKAN MASA DEPAN KLIEN DIA MENJADI YANG TERBAIK.



LIHAT SAHAJA BEBERAPA RAMAI TOKOH HEBAT KAT MALAYSIA SEPERTI DATO' DR FADZILAH KAMSAH,DR TENGKU ASMADI,AMIN IDRIS,FAZLI JUSOH DAN DR RUBIAH KULP HAMZAH,MEREKA PUN MANUSIA DAN MEREKA PUN PUNYAI MASALAH.CUMA KITA TAK TAHU MASALAH MEREKA.YANG PASTI ILMU MEREKA CUKUP HEBAT DAN MANTAP UNTUK DISHARING DENGAN INSAN LAIN.



SAYA SENDIRI PUN JUGA MILIKI KELEMAHAN DARI SUDUT PENGURUSAN KEWANGAN.SAYA PERLUKAN BIMBINGAN DARIPADA PAKAR2 KEWANGAN SUPAYA EKONOMI DAN PENDAPATAN SAYA TERUS TERKAWAL & BEBAS DARIPA HUTANG. MODUL2 SAYA BERKAIT RAPAT DENGAN ISU2 KECEMERLANGAN AKADEMIK & PENGURUSAN ORGANISASI SERTA PENGUCAPAN AWAM.SO,MANA2 ORGANISASI ,IPTA,IPTS DAN SEKOLAH2 YANG MEMERLUKAN BANTUAN DARI SUDUT TOPIK2 TADI,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019 4741209. TAK SEMUA ILMU KAMI MILIK.YANG UITU SAHAJA KEPAKARAN KAMI.



SEMOGA KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN URUSAN. JIKA MEMERLUKAN PERTOLONGAN PIHAK KAMI DARI SUDUT KECEMERLANGAN AKADEMIK,PENGURUSAN ORGANISASI,PENGURUSAN MASA,PUBLIC SPEAKING DAN PENYELASAIAN KONFLIK BOLEHLAH CUBA KITA ATURKAN PROGRAM BERSAMA.INSYAALLAH.AMIN


SEKIAN,SELAMAT MENGATUR PERJALANAN PROGRAM & SALAM MOTIVASI


YANG BERTINDAK MENCEMERLANGKAN INSAN LAIN


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
0194741209


Tuesday, September 19, 2023

SALAM MAULIDUR RASUL 1445 HIJRAH



Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Rasul


عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.


2.  Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya.

  

3.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Saidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkan Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata:


كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ  لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ  حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ وَاللهِ  لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.


“Kami mengiringi Nabi SAW, dan baginda memegang tangan ‘Umar bin al-Khatab RA. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda: ‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’ (HR. Bukhari No: 6632) Status: Hadis Sahih


4.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah.


5.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diperlihatkan dengan lisan, tulisan dan perbuatan. Bukti cinta kita perlu diperlihatkan dengan mencontohi sunnah Nabi SAW dalam ibadat dan amalan seharian.


Selamat menyambut kedatangan bulan Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.


Wednesday, August 23, 2023

BERGAUL SECARA BAIK & BERHEMAH

 Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ


Daripada Abu Dzar RA ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Sunan Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.



Pengajaran:


1.  Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.


2.  Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.



3.  Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.


4.  Abu Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia menjadi haram.



5.  Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar, berwuduk, solat, sedekah dan sebagainya.


6.  Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.



7.  Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat. Elakkan umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya. 


Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia. Bersamalah kita membina masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera. 


Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.


Mana2 organisasi kerajaan,swasta atau sekolah2 yang nak buat program motivasi kemerdekaan atau apa2 program ilmu yang lain dan masih tercari2 motivator/perunding motivasi bolehlah jemput kami ditalian 019 4741209.

Kalian semua bakal dimotivasikan sebaik mungkin.amin ya rabbal alamin.


"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


yang bersedia berkhidmat


Tn Syeikh Ghani alganuni
motivator/speaker/trainer/lecturer
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah

019 4741209


Tuesday, August 22, 2023

SELAMAT HARI KEBANGSAAN : JADILAH WARGA YANG BERMANFAAT

 Jadilah Warganegara Bermanfaat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا


Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh 

(HR Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. 

Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176).



Pengajaran:


1.Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara, berusahalah menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain kerana orang yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain. 



2.Hidup bermasyarakat menuntut setiap kita cakna terhadap orang di sekeliling. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 



3.Realiti hidup pada masa kini ada yang terkesan dengan pelbagai masalah antaranya kemiskinan, penyakit, masalah pekerjaan juga keluarga. Orang yang prihatin akan sentiasa menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan serta meringankan masalah orang lain. Perbuatan tersebut lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. 



4. Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, marilah kita menjadi orang yang bermanfaat dengan sentiasa berusaha mewujudkan masyarakat dan negara yang bersatu padu dan diredhai Allah.  Berusahalah kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Keberadaan kita dalam organisasi,  masyarakat dan negara amat dirasai manfaat kebaikannya. Ketiadaan kita pula akan ditangisi.



Mana mana agensi kerajaan,syarikat swasta atau institusi pendidikan yang nak anjurkan program motivasi@training,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk membincangkan topik2atau modul2 yang sesuai dengan fokus kalian. Kami bersedia dengan hati yang terbuka untuk membantu agensi&syarikat kalian dengan jayanya.insyaAllah.amin 


Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


Yang Bersedia Berkhidmat


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Speaker/motivator/trainer
Dinamika Diri Training & Services

019 4741209

Tuesday, August 15, 2023

Jangan Memandang Mudah Dosa Kita Pada Orang Lain

 Jangan Memandang Mudah Dosa Kita Pada Orang Lain


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ  قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ  إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ  وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ



Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya. (HR Bukhari No: 2282) Status Hadis Sahih.


Pengajaran:


1.  Setiap Muslim perlu sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia lain.


 


2.  Barangsiapa yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain,  sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta maaf semasa hidup.


3.  Jika dosa seseorang terhadap orang lain tidak dimaafkan, dibimbangi ia menjadi hutang yang perlu dibayar dengan pahala amalan solehnya di akhirat nanti.



4.  Jika amal kebaikan yang dimiliki telah habis kerana membayar hutang kepada orang lain, maka dosa saudaranya itu akan dipikulkan kepadanya.


5.  Ingatlah firman Allah SWT:


ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ


Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.(Surah al-Zumar : 31)


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam, dia berkata: Ketika turunnya ayat 31 Surah al-Zumar (di atas), Zubair bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?” Baginda SAW menjawab:


نَعَمْ لَيُكَرَّرَنَّ عَلَيْكُمْ حَتَّى يُؤَدَّى إِلَى كُلِّ ذِي حَقٍّ حَقُّهُ


Ya, benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya. (HR: Tirmizi No: 3236)



Imam al-Suyuti ketika mengulas ayat ini berkata: “Orang yang dizalimi menuntut (haknya) daripada orang yang zalim, orang yang lemah menuntut haknya daripada orang yang menindas, sehinggalah setiap mereka dipulangkan hak-hak mereka. Apabila telah dipulangkan hak masing-masing, maka diperintahkan kepada ahli syurga untuk masuk ke syurga manakala ahli neraka untuk masuk ke dalam neraka.” (Lihat al-Durr al-Manthur fi al-Ta’wil bi al-Ma’thur, 4/16)


Semoga kita tidak memandang mudah dosa yang kita lakukan kepada orang lain semasa di dunia seperti dosa memfitnah, mengumpat melalui media sosial yang dengan mudah tersebar keseluruh dunia. Jika kita berdosa, maka bersegeralah meminta maaf dan tidak mengulangi lagi.


Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.


mana2 organisasi,sekolah,ipta,ipts dan syarikat swasta yang nak anjurkan program motivasi,bolehlah contact no hp 019 4741209 bercakap dengan syeikh ghani alganuni.


sekian,salam motivasi & salam sukses


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah

019 4741209

Wednesday, July 19, 2023

HIJRAH KERANA ALLAH SWT : SEMOGA HIDUP DIBERKATINYA

 Niat dan Hijrah Kerana Allah


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.


Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan  tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). 

(HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat. 


2.  Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).



3.  Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.


4.  Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.



5.  Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.


6.  Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.



7.  Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.


8.  Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.



Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai. 


Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445.

Mana mana organisasi sekolah,universiti,agensi kerajaan @ swasta yang nak jalankan program motivasi & training tetapi tak der penceramah,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan tentang modul,tarikh dan masa yang sesuai. Usah risau tentang bayaran honorarium,kerana kita tetapkan secara MESRA pengguna/klien.


Semoga semua daripada kita dapat berhijrah kearah yang lebih BAIK pada masa2 mendatang.insyaAllah.amin


yang bersedia berkhidmat


Syeikh Ghani Alganuni
motivator/trainer/speaker/lecturer
konsultan jana insan

SP: 019 4741209


Monday, July 17, 2023

SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRAH : 1445 HIJRAH -SEMOGA SUKSES DITAHUN BARU

 Hijrah Untuk Kemakmuran: SEMOGA SUKSES SENTIASA


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ


Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).



2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.


3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.



4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.


5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.



Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. 


Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445.

MANA2 ORGANISASI KERAJAAN,SWASTA ATAU SEKOLAH SERTA IPTA/IPTS YANG NAK BUAT PROGRAM MOTIVASI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445 HIJRAH BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN : 019 4741209..KITA ATUR PROGRAM' LONJAKAN PARADIGMA DITAHUN BARU HIJRAH'.INSYAALLAH.AMIN

KITA SAMA SAMA BERHIJRAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN, SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN 
SG PETANI,KEDAH D.AMAN 

019 4741209

Wednesday, July 12, 2023

SENTIASA UCAP SALAM: DOAKAN KEBAIKAN SAHABAT2 KITA

SENTIASA UCAP SALAM KEPADA RAKAN2 & SAHABAT2 SEMUA

Pahala Ucapan Salam



عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ ثُمَّ جَلَسَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرٌ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ عِشْرُونَ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ ثَلَاثُونَ


Daripada Imran bin Hushain ia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan mengucapkan, "Assalamu Alaikum?" Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Nabi SAW kemudian bersabda: "Sepuluh" (ganjaran pahala). Setelah itu ada seseorang datang dan mengucapkan salam, "Assalamu Alaikum wa Rahmatullah." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Dua puluh." Setelah itu ada lagi orang datang dan mengucapakan salam, "Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa barakatuh." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Tiga puluh."  

(Sunan  Abu Daud No: 4521) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.Ucapan salam adalah adab mulia seorang Muslim apabila bertemu sesama mereka. 


2.Memberi salam kepada Muslim yang lain akan mendapat ganjaran pahala 



3.Ucapan Salam adalah doa kesejahteraan terhadap sesama Muslim. Mendoakan sesama Muslim agar sentiasa beroleh keamanan dan keselamatan amat dituntut.


4.Ucapan  السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ lebih utama dan wajar diucapkan kerana ganjarannya lebih baik (30 pahala) berbanding ucapan yang lain.


5.Ucapan salam sewajarnya disebar luaskan sesuai Islam adalah agama kedamaian, keamanan, perpaduan dan persaudaraan.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.” (Sahih Muslim No 81) Status: Hadis Sahih



SEBARKAN LAH SALAM BUAT RAKAN2 KITA SEMUA.SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DAN AFIAH DARIPADA ALLAH SWT.

MANA2 ORGANISASI BAIK KERAJAAN MAHUPUN SWASTA YANG BERHAJAT NAK ANJURKAN PROGRAM MOTIVASI,BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 0194741209 UNTUK BERTANYA & BERBINCANG TENTANG MODUL,TARIKH,MASA & TEMPAT PROGRAM.


SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA BERKONGSI
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER/LECTURER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

019 4741209


Sunday, July 9, 2023

JANGAN MAKAN DAGING SAUDARA KITA SENDIRI- JADILAH MUSLIM YANG SEBENAR

PERINGATAN DIAKHIR TAHUN HIJRAH 1444 HIJRIAH


Makan Daging Saudara SeIslam


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ



Daripada Abdullah ibn Masud RA beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW :

 “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” 

(HR Thabarani  No: 13145) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.Dalam kehidupan ini, setiap orang tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Namun kita dilarang menceritakan kekurangan dan aib orang lain. 


2.Orang yang menceritakan aib orang lain atau disebut mengumpat, diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah:


يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢ 



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)



3.Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan; mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun dari itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan) (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)



4.Walaupun begitu, bukanlah larangan mutlak menceritakan aib dan kelemahan orang lain. Al-Nawawi dan Ibn Qudamah menyebut Enam keadaan mengumpat yang diharuskan oleh syarak:


a.  Membuat aduan mengenai kezaliman kepada pihak berkuasa atau  hakim agar kezaliman dapat dibanteras dan diadili.

b.  Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat 

c.  Meminta fatwa 

d.  Memberikan peringatan kepada orang lain terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang terhindar daripada kejahatannya.

e.  Seseorang yang terang-terang melakukan kemungkaran.

f.  Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta dan dia redha dengannya


Bersamalah kita menjaga hubungan dalam hidup bermasyarakat. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan ukhuwah sesama kita.


JIKA ADA MANA 2SEKOLAH,IPTA,IPTS,AGENSI KERAJAAN ATAU SEKTOR SWASTA YANG NAK ANJURKAN PROGRAM TRAINING@MOTIVASI KEPADA PELAJAR ATAU PEKERJA,.BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL TERBAIK.

KAMI SENTIASA MENGHARAPKAN JEMPUTAN ANDA.INSYAALLAH KITA AKAN BERIKAN KHIDMAT BAKTI TERBAIK BUAT ORGANISASI YANG MENJEMPUT.INSYAALLAH


yang bersedia berkongsi ilmu


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.petani,Kedah D.Aman

019 4741209


Wednesday, July 5, 2023

MOTIVASI DIRI : SATU ELEMEN PEMBENTUKAN DIRI YANG AMAT PERLU

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELAWAT & SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SAW/PUJI DAN SYUKUR BUAT ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM YANG AMAT MENYAYANGI HAMBA-HAMBANYA



TOPIK KALI INI IALAH KEPENTINGAN MOTIVASI DIRI BUAT SEMUA.SEMUA ORANG PERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA INSAN LAIN.SEMUA ORANG PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT DARI ORANG DISEKELILING.



KENAPA KITA PERLUKAN SOKONGAN MOTIVASI DARIPADA INSAN LAIN ?

1- KITA MANUSIA LEMAH YANG SUDAH PASTI ADA KEKURANGAN

2-KITA TAK MAMPU UNTUK BANGKIT DARI KELEMAHAN LALU SECARA BERSENDIRIAN

3-RAKAN2 KITA ADALAH PEMBENTUK MOTIVASI DIRI KITA

4-PASANGAN KITA ADALAH MOTIVATOR TERBAIK -BOLEH MEREDAKAN KETEGANGAN EMOSI

5-PAKAR MOTIVASI & TRAINER PUNYAI ILMU UNTUK LONJAKKAN POTENSI INSAN LAIN

6- KITA TAK MAMPU HIDUP SECARA BERSENDIRIAN-PERLUKAN SOKONGAN INSAN LAIN

7- KITA ADALAH PENDORONG KUAT BUAT PASANGAN KITA & JUGA ANAK2 KITA

8-SEMANGAT DAN POTENSI DIRI KITA PERLUKAN PERTOLONGAN & TUNJUK AJAR DARIPADA ORANG LAIN YANG LEBIH DEWASA & SERTA BERPENGALAMAN



PASAL ITULAH SEKOLAH,IPTA.KOLEJ,SYARIKAT KERAJAAN & SWASTA AKAN MENGATUR PROGRAM2 TRAINING & MOTIVASI UNTUK PARA PELAJAR.STUDENT DAN PEKERJA MEREKA.

JANGAN BERKIRA TENTANG MASA.JANGAN TERTUNDUK MENGALAH KERANA BAYARAN. CARI RUANG MASA DAN KETIKA YANG SESUAI UNTUK HADIRI PROGRAM2 MOTIVASI & BINA DIRI.SEMOGA KEUPAYAAN KITA MAMPU DIANGKAT KEMBALI DAN MOTIVASI DIRI KITA BERADA DIPUNCAK.INSYAALLAH.



BUAT SEKOLAH2,IPTA,IPTS DAN AGENSI2 KERAJAAN SERTA SWASTA,PERLULAH LEBIH KERAP MENGATUR PROGRAM2 MOTIVASI UNTUK LONJAKKAN POTENSI DAN KUALITI PERIBADI PELAJAR2 DAN PEKERJA MASING2.



SAYA DI AGENSI DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES SEDIA UNTUK BERKERJASAMA BERKONGSI TIPS DAN RAHSIA UNTUK MENJADI MANUSIA CEMERLANG.INSYAALLAH.JIKA KITA TAK MAMPU NAK BAYAR DENGAN HARGA KORPORAT,KITA BOLEH RUNDING SECARA PENJAWAT AWAM ( LEBIH MURAH ).



JOM KITA PAKAT2 ATUR PROGRAM UNTUK SEKOLAH KITA,AGENSI KITA & SYARIKAT KITA.CALL/MESEJ/WHATSAPP TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,TARIKH & HARI PELAKSANAANNYA.INSYAALLAH KITA AKAN PASTI BANGKIT & MELONJAK AKAN PRESTASINYA.AMIN.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


TN ABD GHANI YUSOF

MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

019 4741209


Sunday, June 25, 2023

CAKNA WARIS:ILMU PARENTING AMAT WAJAR DITERAPKAN PADA WARIS PELAJAR SEKOLAH & IPT

 ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI DAN SYUKUR DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS KURNIAAN NIKMAT YAG TAK HENTI2 MENJENGAH DIRI KITA.

HARI NI 25.6.2023 SAYA DIBERI PELUANG RAKAN KAUNSELOR SMK SG PASIR,PN NURUL AFIDA OSMAN UNTUK MENGENDALIKAN SESI MOPTIVASI WARIS PELAJAR2 KELAS PERTENGAHAN HINGGA KELAS HUJUNG .



ALHAMDULILLAH BANYAK JUGAK YANG SAYA SENTUH SELAMA 2 JAM TADI,ANTARANYA KEDUDUKAN KITA SEBAGAI WARIS/PARENTS PELAJAR. ANTARA ISI2 PENTING YANG SEMPAT SAYA KONGSIKAN TADI IALAH :

1-PERANAN FAMILI ( IBU & AYAH ) SEBAGAI PENDORONG ANAK

2- IBU DAN AYAH SELAKU MOTIVATOR TERBAIK BUAT ANAK2

3- KITA KENA SENTIASA AMBIL BERAT TENTANG PERKEMBANGAN ANAK KITA

4- ANAK2 IBARAT SAHAM,PERMATA,BIJI BENIH DAN MUTIARA YANG MAHAL HARGANYA

5- IBU ADALAH INSAN HEBAT DIMATA ANAK2

6-ANAK2 WAJAR KEMBALIKAN SOKONGAN BUAT AYAH & IBU

7-KEJAYAAN ANAK2 ADALAH KEHENDAK & KEMAHUAN IBU AYAH

8-KITA SEBAGAI PELAJAR PERLU FAHAM APAKAN KEHENDAK IBU AYAH,SEKOLAH & MASYARAKAT SEKELILING



SAYA SEMPAT MENITIPKAN PESANAN & MOTIVASI BUAT PELAJAR AGAR SENTIASA MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH,DAN JANGAN SESEKALI MELANGGAR ARAHAN SEKOLAH SEPERTI PONTENG SEKOLAH@KELAS.



PELAJAR PELAJAR PERLU TAHU APAKAH PERSEDIAAN MEREKA UNTUK HADAPI PEPERIKSAAN BESAR SEPERTI SPM.



SAYA JUGA SEMPAT MENEMUBUAL BEBERAPA PELAJAR TADI & BERTANYA APAKAH YANG MEREKA MAHUKAN DALAM HIDUP MEREKA. ALHAMDULILLAH,MASING2 SUDAH ADA PERANCANGAN MASA DEPAN .



SEMPAT JUGA SAYA MENITIPKAN PESANA BUAT AYAH & IBU PELAJAR2 TADI AGAR SENTIASA MENJAGA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ANAK2 MEREKA & PASTIKAN KEPERLUAN BELAJAR ANAK2 DIPENUHI SEBAIK MUNGKIN.



MANA-MANA SEKOLAH,PITA,IPYTS DAN KOLEJ YANG MAHUKAN PROGRAM PARENTING ATAU CAKNA WARIS SEPERTI INI,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019 4741209 @019 4001209 UNTUK BERBINCANG TENTANG MODUL,TARIKH DAN HARI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM TERSEBUT.



SEMOGA KONSULTAN KAMI DI DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES MAMPU MELONJAKKAN POTENSI ANAK ANAK PELAJAR KITA DILUAR SANA. JANGAN RISAU PASAL BAYARAN,KERANA HONORARIUM YANG DITETAPKAN AMAT BERBALOI DAN MESRA PELANGGAN.



SEMOGA PROGRAM YANG DIRANCANG AKAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN,INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN


SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI


TN ABD GHANI YUSOF
SPEAKER/MASTER TRAINER/MOTIVATOR
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN

019 4741209@019 4001209

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...