ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA & SALAM MOTIVASI. APA KHABAR TAHUN 2021 ? DAH 10 HARI TAHUN BARU 2021 MENJENGAH KITA. APAKAH HARAPAN DAN SINAR YANG DINANTI DITAHUN 2021 NI ?
SETIAP ORANG SUDAH PASTI ADA HARAPAN & KEYAKINAN TERSENDIRI YANG DIHARAPKAN DITAHUN 2021. SEMUA MENGHARAPKAN YANG BAIK BAIK SAJA. RAMAI DARIPADA KITA MENGHARAPKAN EKONOMI AKAN PULIH SEMULA. DIHARAPKAN COVID 19 INI AKAN TIBA MASA PENAMAT RIWAYATNYA.
COVID SEMEMANGNYA MENGGANGGU KEHIDUPAN KITA SEMUA. KITA BENAR BENAR MENGHARAPKAN ZURIAT COVID 19 INI AKAN BERAKHIR DAN TAMAT DITAHUN 2021 NI.KITA NAK BANGKIT SEMULA DITAHUN 2021. KITA NAK BINA SEMULA KEHIDUPAN KITA AGAR KEMBALI CERIA DAN BAHAGIA SEPERTI SEBELUMNYA.
ANTARA HARAPAN DAN KEINGINAN RAMAI DITAHUN 2021:1- EKONOMI KEMBALI PULIH
2- SEKTOR PEKERJAAN KEMBALI MERIAH
3- PENYAKIT COVID 19 INI AKAN PUPUS
4- SEKTOR PELANCONGAN AKAN KEMBALI BERKEMBANG
5- ANAK-ANAK AKAN DAPAT MENERUSKAN PENGAJIAN TANPA SEKATAN
6- TIADA LAGI PKP,PKPP,PKB DAN SEUMPAMANYA
7- BISNES IKS TERUS MELONJAK NAIK TANPA ADA SEKATAN
8- KERAJAAN MAMPU MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN
SAYA SENDIRI AMAT MENGHARAPKAN BEBERAPA PERKARA :
ANTARANYA :
1- SEKTOR INDUSTRI LATIHAN AKAN KEMBALI SEGAR
2- BAJET DARI KERAJAAN AKAN TERUS ADA UNTUK LATIHAN & KURSUS
3- TAHAP KESIHATAN DIRI TERUS MENINGKAT
4- ADA TAMBAHAN REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA
5- HIDUP KEMBALI CERIA DAN BAHAGIA TANPA HUTANG
APAPUN YANG TERJADI,HIDUP MESTI DITERUSKAN.PERJUANGAN TETAP KENA LALUI DAN HADAPI SEKENTAL MUNGKIN.MUNGKIN PROSES PEMULIHAN MEMAKAN MASA YANG AGAK LAMA,TAPI KITA TAK BOLEH BERPELUK TUBUH SAHAJA.
KITA MESTI ADA TARGET DAN SASARAN HIDUP.VISION BOARD KEHIDUPAN MESTI JELAS.KITA TETAP KENA RANCANG SESUATU DENI KEBAIKAN & KECEMERLANGAN HIDUP KITA PADA MASA MENDATANG.
MISI SAYA DI TAHUN 2021 :
1- BANTU ORANG LAIN SERAMAI MUNGKIN
2- BERIKAN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT SERAMAI MUNGKIN
3- CIPTA MODUL TRAINING YANG BARU & HIGH IMPACT
4- MEMBERIKAN ILMU &KEMAHIRAN BUAT INSAN LAIN SERAMAI MUNGKIN
5- TAMBAH TABUNGAN KEWANGAN SEBANYAK MUNGKIN SEBAGAI PERSIAPAN
JOM KITA PAKAT PAKAT BANGKIT DITAHUN 2021.PASANG STRATEGI & TAKTIKAL YANG AMPUH LAGI MANTAP. TETAPKAN SASARAN YANG JELAS. JANGAN CEPAT MENGALAH DAN JANGAN LAMBAT `MOVE ON` DENGAN APA YANG TERJADI DITAHUN 2021.
TERUSKAN MEMASANG IMPIAN UNTUK LEBIH BERJAYA DAN CEMERLANG DITAHUN 2021.INSYAALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN.
SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI
TN SYEIKH GHANI AL GANUNI
PAKAR MOTIVASI & LIFE STRATEGIST
KONSULTAN JANA INSAN
019 4741209