FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, January 29, 2018

CERAMAH MOTIVASI SPM 2018 - PROGRAM PPD SEBERANG PERAI TENGAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI DAN SYUKUR PADA TUHAN SEKELIAN ALAM YANG TERUS KEKAL MENGURNIAKAN REZEKI,UMUR YANG PANJANG DAN KEKUATAN MENTAL SERTA FIZIKAL BUAT SAYA BAGI MEMBOLEHKAN SAYA TERUS BERKARYA DIKANVAS MOTIVASI DEMI MELONJAKKAN KUALITI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR2 SPM DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH.

HARI NI 30.1.2018 ( SELASA )- ( BARU SEBENTAR TADI ) BERMULA JAM 9.30 PAGI SAYA DIBERI KESEMPATAN UNTUK BERKONGSI ILMU DENGAN 160 PELAJAR CALON SPM DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH ANJURAN UNIT KAUNSELING PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH DIKETUAI OLEH EN MARHUZAIRI DAN PRESIDEN MAJLIS GURU KAUNSELING PULAU PINANG,ENCIK KHAIRUL NIDZAR.

ALHAMDULILLAH,TOPIK YANG SAMPAIKAN IALAH `CHOICE & SACRIFICE`: KUASA PERCAYA,KUASA KEMAHUAN DAN KUASA BERUBAH. SELAMA 2 JAM SETENGAH SAYA BERKONGSI TIP-TIP BAGAIMANA UNTUK MELONJAKKAN KUALITI DIRI SEBAGAI SEORANG PELAJAR CALON SPM 2018.





ANTARA INTIPATI CERAMAH MOTIVASI SAYA SELAMA 2 JAM LEBIH TADI IALAH :

1- KUASA PERCAYA & EQ PENENTU KEJAYAAN SEORANG PELAJAR SPM 2018
2- TEKNIK FERRARI & TEKNIK LAMBORGHINI
3- TEKNIK MELONJAKKAN DAYA INGATAN
4- MEMBENTUK DIRI MENJADI MANUSIA YANG HEBAT
5- VISION BOARD SEORANG CALON SPM 2018
6- ANALISIS `SWOT` SEORANG PELAJAR CALON SPM
7- BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI RESULT MINIMA 9A
8- KONSEP KAIZEN DALAM MEMBURU KEJAYAAN
9- PENDEKATAN TERBAIK MEMBURU KEJAYAAN
10-KUASA BERUBAH PERLU DIMAKSIMAKAN DALAM DIRI

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN SELAMA 2 JAM SETENGAH TADI MAMPU MELONJAKKAN KUALITI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR2 SELURUH NEGERI PULAU PINANG DAN SELURUH MALAYSIA AMNYA.

KEPADA MANA2 SEKOLAH YANG MEMERLUKAN MODUL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI SEGERA UNTUK MENETAPKAN TARIKH2 SESUAI. 

SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

YANG KEKAL MENABUR BAKTI

TN.ABD.GHANI YUSOF
PENSYARAH KANAN/MOTIVATOR/PERUNDING POTENSI PELAJAR
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209

Sunday, January 28, 2018

21stCENTURY PARENTING GUIDANCE@SK BUKIT INDERA MUDA

ALHAMDULILLAH

PUJI DAN SYUKUR PADA TUHAN YANG BERTERUSAN MENGURNIAKAN KESIHATAN,UMUR YANG PANJANG DAN KEKUATAN MENTAL SERTA FIZIKAL BUAT SAYA UNTUK TERUS MENABUR BAKTI DALAM PEMBANGUNAN POTENSI MANUSIA DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

TANGGAL 27.1.2018 YANG  LALU ( SABTU ) BERTEMPAT DI SK BUKIT INDERA MUDA,PENANG SAYA TELAH DIBERI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMOTIVASIKAN HAMPIR 200 PARENTS & PELAJAR2 TAHUN 6 SEKOLAH TERSEBUT DALAM SLOT KEIBU BAPAAN @ JAYA WARIS SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI UPSR 2018.

SEBENARNYA KEHENDAK PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH TERSEBUT MAHUKAN SEORAN PENCERAMAH `VERSATILE` DAN`HIGH IMPACT` DALAM MELONJAKKAN KUALITI DIDIKAN PARENTS TERHADAP ANAK2 MEREKA.

PIHAK GURU BESAR SK BUKIT INDERA MUDA,PENANG MAHUKAN CERAMAH MOTIVASI KEIBU BAPAAN YANG LAIN DARI YANG LAIN. BELIAU TAK NAK TERIKAT DENGAN PENDEKATAN STAIL LAMA DALAM MEMBICARAKAN ISU KEIBU BAPAAN @ PARENTING. YA LA KAN ! SEKARANG DAH ABAD 21 ,ERA MILLENIUM KATAKAN












ALHAMDULILLAH,AKHIRNYA MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN OLEH SEORANG KAUNSELOR HEBAT,TN KHAIRUL NIDZAR YANG MENCADANGKAN NAMA SAYA,AKHIRNYA PIHAK GURU BESAR BERSETUJU UNTUK MENJEMPUT SAYA SETELAH MENELITI PROFIL LENGKAP SAYA.

SEPANJANG HAMPIR 2 JAM SAYA BERKONGSI ILMU PARENTING ALAF BARU YANG SAYA NAMAKAN SEBAGAI 21ST CENTURY PARENTING GUIDANCE YANG MANA BANYAK BERKISAR TENTANG PERANAN IBU BAPA DALAM MENELITI PERKEMBANGAN ANAK-ANAK DIZAMAN LANGIT TERBUKA YANG BANYAK TERDEDAH KEPADA BAHAYA INTERNET,MEDIA SOSIAL DAN PELBAGAI LAGI MASALAH SOSIAL TERMASUK HIBURAN.

ALHAMDULILLAH,SAMBUTAN YANG DIBERIKAN AMAT MEMBERANGSANGKAN. SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DIGUNA PAKAI OLEH MAJORITI IBU BAPA YANG HADIR,INSYAALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

ANTARA INITIPATI CERAMAH MOTIVASI KEIBU BAPAAN ALAF BARU `21ST CENTURY PARENTING GUIDANCE ` YANG SAYA SAMPAIKAN IALAH :

1- CABARAN MENDIDIK ALAF BARU-BERSEDIAKAH KITA ?
2- KONSEP LANGIT TERBUKA YANG MENCABAR KITA
3- PERANAN IBU BAPA DALAM MEMANTAU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
4- KAWALAN PENGGUNAAN HANDPHONE DIKALANGAN ANAK-ANAK
5- PENDEKATAN BERHEMAH & BERHIKMAH DALAM MENEGUR ANAK
6- PANDUAN MENJADI IBUBAPA YANG SPORTING TAPI TEGAS
7- REFLEKSI DIRI SEPANJANG MENJADI AYAH & IBU DIABAD 21
8- KESEDIAAN IBU BAPA DALAM MENERIMA PERUBAHAN ZAMAN
9- PERANAN IBU BAPA & SEKOLAH DALAM MELONJAKKAN KUALITI PELAJAR
10- MENJADI IBU BAPA HEBAT DIZAMAN PENUH CABARAN

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH DALAM KEFAHAMAN IBU BAPA ZAMAN MILLENIUM MENANGANI PERMASALAHAN DIDIKAN ANAK-ANAK.

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,INSTITUSI,NGO DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU2 YANG BERCADANG NAK BUAT SEMINAR PARENTING ABAD 21 ,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI SEGERA. SEMINAR PARENTING ABAD 21 INI BOLEH DIBUAT SECARA SLOT IN 2 JAM ATAU HALF DAY PROGRAM DENGAN BAYARAN YANG CUKUP KOMPETETIF & MESRA IBU BAPA.

HUBUNGI TALIAN : 019-4741209 .KAMI BERSEDIA MEMENUHI UNDANGAN ANDA.

SEKIAN,

SALAM MOTIVASI DAN SALAM KECEMERLANGAN ABAD 21

SEDIA BERKONGSI ILMU TUHAN

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PENSYARAH KANAN/PERUNDING MOTIVASI KELUARGA
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI
KEDAH.
019-4741209 





Sunday, January 7, 2018

PROGRAM KORPORAT PERTAMA TAHUN 2018 - MOS & ANNONA

ALHAMDULILLAH,

SEGALA PUJI DAN SYUKUR DIPANJATKAN KEPADA ALLAH SWT DIATAS NIKMAT KURNIAAN UMUR YANG PANJANG,REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DAN TUBUH BADAN YANG SIHAT BAGI MENERUSKAN MISI MEMBANGUNKAN POTENSI UMMAH DITAHUN 2018.

PERBINCANGAN YANG SINGKAT DAN PERTEMUAN YANG SEKEJAP DENGAN PIHAK MOS NUTRACEUTICAL SDN BHD YANG DIKETUAI OLEH ENCIK SYAH ISMAIL TELAH MEMUNGKINKAN SATU PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK SYARIKAT PENGELUAR PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG POPULAR DIUTARA.






SEPERTI YANG DIRANCANG ,PROGRAM TEAM BUILDING TERSEBUT TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA SELAMA SETENGAH HARI BERMULA SEAWAL JAM 8.30 PAGI SEHINGGA JAM 1 PETANG BERTEMPAT DI KHTP SPORTS COMPLEX KULIM HI TECH,KULIM PADA SABTU LALU 6.1.2018.

BERBAGAI AKTIVITI TEAM BUILDING  & TEAM BONDING YANG MENARIK DAN HIGH IMPACT TELAH DILAKSANAKAN SELAMA 5 JAM TERSEBUT,ANTARANYA:

1. HUMAN CATERPILLAR
2. ON THE RIGHT TRACK
3. PENGUIN KIUT
4. POCONG VS HANTU CINA
5. GELUNG DAN MANUSIA ( HOLLA HOOP )
6. SPIDER WEB
7. MANUSIA DAN LAKARAN HIDUP
8. PAIP PECAH
9.TELOR BURUNG KASAWARI
10.DIBALING KASIH,DILONTAR SAYANG
11.TIUPKAN ANGIN KASIH ( CAWAN BERISI AIR & BOLA PING PONG )
12.HUBUNGKAN SILATURAHIM ( STRAW VS RUBBER )

ALHAMDULILLAH RESPON YANG DIBERIKAN CUKUP BAIK,MEMBERANGSANGKAN DAN RATA-RATA PESERTA YANG TERLIBAT TERMASUK ENCIK SYAH ISMAIL ( COO ) DAN PN ONY ( CEO SYARIKAT ) ENJOY,SERONOK DAN CUKUP TERPESONA DENGAN AKTIVITI -AKTIVITI YANG DIJALANKAN.





PROGRAM BERAKHIR PADA JAM 1 PETANG DENGAN DIAKHIRI SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARI PIHAK KONSULTAN KAMI BERBENTUK BUTTON BADGE  YANG TERTULIS ` I WANT TO BE A BRILLIANT PERSON` YANG JATUH KEPADA GROUP CEO SENDIRI ( KUMPULAN BIRU ) YANG TELAH MENGUMPUL MARKAH TERBANYAK & MASA TERBAIK BERDASARKAN KESELURUHAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

SEBELUM BERSURAI DAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING,KAMI TELAH DIHIDANGKAN MAKAN TENGAHARI YANG CUKUP AWESOME,ENAK DAN MEYELERAKAN DI RESTORAN `DAPOQ TOK SIAH ` DIKULIM HI TECH PARK,YANG MANA KAMI SEMUA TELAH DIHIDANGKAN DENGAN MENU ASAM PEDAS IKAN MERAH ALA MELAKA DAN AYAM GORENG REMPAH YANG CUKUP RANGGUP. MAKAN TENGAHARI YANG ENAK ITU DITAJA SEPENUHNYA OLEH ENCIK SYAH ISMAIL ( ORANG KUAT TEAM ANNONA )

TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK SYAH ISMAIL & WIFE PN ONY YANG SUDI BERKOLABORASI DAN PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN KAMI MENGENDALIKAN TEAM BUILDING KORPORAT UNTUK STAF2 MEREKA YANG RATA2NYA HEBAT DAN BERKALIBER.

MANA-MANA SYARIKAT KORPORAT DAN ORGANISASI SWASTA YANG PERLUKAN KHIDMAT KAMI DALAM MELONJAKKAN KUALITI STAF ORGANISASI MEREKA, BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK  KAMI SEGERA DITALIAN 019-4741209.
YANG PASTI NILAI & OBJEKTIF YANG MELIBATKAN SEMANGAT KERJASAMA,KOMUNIKASI BERKESAN ,DECISION MAKING,PROBLEM SOLVING DAN CRITICAL THINKING MAMPU DISERAPKAN DALAM DIRI PEKERJA YANG TERLIBAT.

SALAM CEMERLANG DAN SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MOTIVATOR/HIGH IMPACT SPEAKER/TEAM BUILDER
KONSULTAN JANA INSAN.
019-4741209 

Wednesday, January 3, 2018

ILMU KEIBUBAPAAN @ SMART PARENTING ITU CUKUP PERLU


TAHUN 2018 SUDAH PUN MUNCUL.SELAMAT TINGGAL 2017.BANYAK KENANGAN YANG DITINGGALKAN DITAHUN 2017.SAMADA SUKA,DUKA,PAHIT DAN MANIS SEMUANYA ADA BELAKA.

KANAK-KANAK BERUSIA 7 TAHUN SUDAH MULA MENJEJAKI BANGKU SEKOLAH RENDAH. ANAK-ANAK YANG BERUSIA 13 TAHUN PULA MENJEJAKI SEKOLAH MENENGAH BAGI MENERUSKAN PENGAJIAN DAN PERSEKOLAHAN MEREKA.

SAMADA SEKOLAH BIASA,SEKOLAH ELIT,SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ATAU BERASRAMA PENUH,SEMUA PELAJAR AKAN MELALUI PROSES YANG SAMA IAITU PROSES DIDIKAN,PROSES PEMBELAJARAN DAN PROSES MENUNTUT ILMU.

IBU BAPA AKAN SIBUK MENGURUSKAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK. IBU BAPA AKAN MENGHADAPI PELBAGAI KERENAH ANAK-ANAK. TAK KURANG JUGA PELBAGAI PENGALAMAN BARU DALAM MENGURUSKAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK. BERBAGAI DUGAAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUSKAN PERSEKOLAHAN ANAK BERMULA SEAWAL 6 PAGI SEHINGGALAH KE MALAM.

WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN KITA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA DAN MEMPUNYAI ANAK,NAMUN ILMU PARENTING ATAU ILMU KE IBUBAPAAN AMAT PERLU SEKALI DICANAI DAN DI POLISH KEMBALI AGAR ANAK-ANAK KITA TERARAH MASA DEPANNYA.

SESEKALI KITA PERLU BUAT HOME WORK DAN STUDY TENTANG ILMU MENGURUSKAN ANAK-ANAK. MUNGKIN KITA MERASAKAN KITA SUDAH HAMPIR SEMPURNA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG IBU ATAU SEORANG BAPA,TETAPI IANYA TIDAK CUKUP LAGI UNTUK DIBANGGAKAN. MUNGKIN ADA TERSELIT BEBERAPA KEKURANGAN ATAU KELEMAHAN DIMANA-MANA.

KAMI ADA BEBERAPA MODUL YANG`HIGH IMPACT ` DAN SESUAI  UNTUK DIKONGSI BERSAMA DENGAN PARA IBU BAPA DILUAR SANA DALAM STARTEGI MENINGKATKAN KEMBALI KUALITI KITA SEBAGAI PEMBIMBING ANAK-ANAK. KITA ADA STRATEGI,PENDEKATAN DAN TUNJUK CARA YANG AGAK MEJURAB UNTUK DIGUNA PAKAI DALAM MENGGERAKKAN POTENSI ANAK-ANAK KITA.

IBU BAPA PERLU SENTIASA MEMPERBAIKI SKILL MENDIDIK ANAK-ANAK. CARA DAN STAIL MENDIDIK PERLU SEIRING DENGAN ZAMAN DAN PERLU SESUAI DENGAN TAHAP DAN PERIBADI ANAK-ANAK.

ANTARA YANG BAKAL DISENTUH DALAM SLOT `BRILLIANT PARENT`KENDALIAN SAYA :

1- AYAH HEBAT DIALAF MILLENIA
2- IBU YANG AWESOME PADA PANDANGAN ANAK-ANAK
3- MENDIDIK ANAK DIALAF BARU
4- PERANAN IBU AYAH DALAM MELONJAKKAN KUALITI DIRI ANAK
5- PENGURUSAN EMOSI ANAK-ANAK MENJELANG PEPERIKSAAN
6- PARENT ADALAH PENUNJUK JALAN TERBAIK
7- MENGESAN DAN MENJEJAK POTENSI ANAK
8- CABARAN GAJET & SMARTPHONE BAGI ANAK2 DIALAF BARU
9- MENGURUS KESIBUKAN ANAK SECARA PRAKTIKAL
10- MANIPULASI KELEBIHAN DAN KEKUATAN ANAK2

PENGISIAN YANG BERSAHAJA DAN MENARIK DENGAN CONTOH2 TERBAIK BAKAL MENERJAH MINDA SERTA JIWA PARA IBU BAPA DILUAR SANA. JOM ! AYUH KITA TINGKATKAN KEMBALI KUALITI DIRI KITA SEBAGAI SEORANG AYAH DAN IBU DI ZAMAN MILLENIA YANG CUKUP MENCABAR INI.

KITA MAMPU MENJADI `ARKITEK` PEMBENTUKAN KUALITI ANAK YANG TERBAIK DIBAD INI,INSYAALLAH AMIN YA RABBAL ALAMIN.

WASSALAM. BERJUMPA KITA DISEMINAR `BRILLIANT PARENT`YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK TUAN SENDIRI. HUBUNGI KAMI SEGERA DIAWAL TAHUN INI DI TALIAN : 019-4741209 ( MASTER TRAINER @ PARENTING MASTER - TN.ABD.GHANI )@ 019-4001209 ( PN.EFFA- PA KEPADA TN ABD.GHANI )

JANGAN TERLEPAS PELUANG KEEMASAN DIAWAL TAHUN.

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI KELUARGA
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209 

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...