PERBINCANGAN SAAT AKHIR DENGAN PN ROZIAH ,GURU BADAN PENGAWAS DARI SMK BUKIT SENTOSA RAWANG SEMINGGU YANG LALU TELAH MENGHASILKAN KOLABORASI DAN NATIJAH YANG CUKUP BAIK.
KESUNGGUHAN BELIAU UNTUK MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN BUAT BARISAN PENGAWAS DAN PEMIMPIN PELAJAR DI SMK BUKIT SENTOSA TELAH MENJADI KENYATAAN.
SETELAH TERMETERAI PERBINCANGAN YANG SERIUS DALAM WAKTU YANG SINGKAT TELAH MEMUNGKINKAN TERJADINYA SATU KERJASAMA YANG CUKUP BAIK DALAM MELONJAKKAN KUALITI KEPIMPINAN PELAJAR2 SMK BUKIT SENTOSA RAWANG.
TANGGAL 14.JANUARI 2017 ( SEMALAM - SABTU ) TELAH BERLANGSUNG KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI SMK BUKIT SENTOSA RAWANG SELAMA SATU HARI PENUH BERMULA JAM 8.30 PAGI BERAKHIR PADA JAM 4.30 PETANG. JUMLAH PELAJAR @ PEMIMPIN PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM `LEADERSHIP CAM FOR FUTURE LEADER ` INI IALAH SERAMAI 170 ORANG PESERTA.
WALAUPUN DALAM KEADAAN KEKANGAN PERSIAPAN DAN KEKANGAN KEMUDAHAN SEPERTI DEWAN TERTUTUP TIADA,PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR YANG DIJADUALKAN PADA TARIKH TERSEBUT BERJAYA JUGA DIJALANKAN DENGAN JAYANYA.
BERKAT KESUNGGUHAN DAN KEGIGIHAN BARISAN PARA GURU PENGAWAS DAN BADAN DISIPLIN SMK BUKIT SENTOSA RAWANG,PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS TERSEBUT BERJAYA DIJALANKAN DENGAN LANCARNYA.
SELAMA SEHARI PENUH MEREKA DIHIDANGKAN DENGAN TIPS-TIPS KEPIMPINAN YANG DISAMPAIKAN OLEH TEAM MODID KENDALIAN SAYA YANG MERANGKUMI BEBERAPA MODUL KEPIMPINAN SEPERTI :
1- LEADERSHIP SPIRIT FOR FUTURE LEADER- CERAMAH INTERAKTIF SELAMA 2 JAM PERTAMA DARI JAM 8.30 AM-10.30 AM.
2- SLOT KEDUA : SLOT PROBLEM SOLVING,DECISION MAKING & CIRITICAL THINKING FOR FUTURE LEADER- ( 11.00 AM - 1.00 PM )
3. SLOT KETIGA : SLOT TEAMWORK SPIRIT & HIGH QUALITY GROUP ACTION FOR FUTURE LEADER. ( 2.30 PM - 4.30 PM )
ALHAMDULILAH RESPON DAN REVIEW YANG DITERIMA DARI PESERTA CUKUP MEMBERANGSANGKAN.
SEMOGA MEREKA SEMUA MAMPU MENJADI BARISAN PENGAWAS YANG HEBAT DAN BAKAL MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN YANG PUNYAI KUALITI DAN MAMPU MEMBANGUNKAN NEGARA KITA MALAYSIA SUATU HARI NANTI,INSYAALLAH.
SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES
TN.ABD,GHANI YUSOF
HIGH IMPACT MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
15.1.2017