FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, December 18, 2016

MERANCANG STRATEGI UNTUK CEMERLANG 2017





SALAM ISNIN..HARI NI SUDAH MENCECAH 19.12.2016..BERMAKNA KITA SUDAH MENJANGKAU MINGGU KETIGA BULAN DISEMBER 2016..SEGALA PAHIT MANIS & KENANGAN 2016 BAKAL TERSEMAT RAPI DISANUBARI.

ADAKAH PENCAPAIAN ANDA DAN KALIAN SEMUA DITAHUN 2016 SUDAH MENCAPAI TARGET DAN SASARANNYA ? SEMUA ORANG AKAN MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI UNTUK DIBUAT SEMAKAN SEMULA PENCAPAIAN MASING-MASING !

2016 BAKAL MENINGGALKAN KITA SEMINGGU LEBIH LAGI..2017 BAKAL KITA NANTIKAN DENGAN PENUH DEBARAN . KITA SEMUA SUDAH PASTI MAHUKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

TIDAK KIRA SIAPA DIRI KITA ! SAMADA KITA SEORANG STUDENTS ! SAMADA KITA SEORANG PEGAWAI @ KAKITANGAN KERAJAAN ! SAMADA KITA SEORANG PEGAWAI ATASAN ! ATAUPUN KITA SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR IBU& AYAH !

SUDAH PASTI KITA MAHUKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG MELINGKARI HIDUP KITA ! KITA JUGA MAHUKAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG SAMADA DALAM BIDANG AKADEMIK,BIDANG KERJAYA,BISNES DAN JUGA RUMAHTANGGA !

BELUM TERLAMBAT UNTUK MENETAPKAN AZAM & TARGET KITA UNTUK TAHUN 2017. DRAFT,CATAT DAN SEMATKAN BAIK-BAIK AZAM KITA UNTUK TAHUN 2017 NANTI.

KEPADA PIHAK SEKOLAH,TETAPKANLAH AZAM AGAR ANAK-ANAK DIDIK SERTA PELAJAR ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK SERTA MEMILIKI AKHLAK/MORAL YANG UNGGUL.

KEPADA MEREKA YANG BERGELAR SEORANG AYAH ATAU IBU BAPA,BERAZAMLAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK ANDA MENJADI SEORANG ANAK YANG HEBAT YANG MEMILIKI SEGALA KELEBIHAN.

BUAT DIRI ANDA SENDIRI,MAKA SEMATKANLAH AZAM UNTUK MENJADI SEORANG IBU ATAU AYAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA.JADILAH CONTOH DAN IKON YANG `TERCOMEL` DALAM SEGALA SEGENAP SEGI.

BUAT PARA PENTADBIR,PASTIKAN PARA PEKERJA & STAF ANDA MAMPU MENJADI STAF YANG HEBAT,BERKETRAMPILAN,MEMPUNYAI DAYA SAING DAN MAMPU MELONJAKKAN KUALITI ORGANISASI ANDA.

BAGI MEREKA YANG BERGELAR SEORANG PEKERJA SAMADA ORGANISASI AWAM ATAU SWASTA/KORPORAT,MAKA SEMATKANLAH BAIK-BAIK DALAM DIRI ANDA AKAN SEBUAH `AZAM` DAN `TEKAD` UNTUK MENJADI PENYUMBANG YANG TERBAIK BUAT ORGANISASI ANDA.

2017 NANTI,MODID AKAN MEMPERKENALKAN PELBAGAI MODUL TERKINI DAN HIGH IMPACT UNTUK MELONJAKKAN POTENSI DIRI ANDA.

HUBUNGI KAMI,KAMI PASTI BERSEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI TERBAIK DEMI MELONJAKKAN POTENSI DAN KUALITI DIRI ANDA ! BIAR SESIAPA PUN DIRI ANDA,KAMI BERSEDIA MENGGERAKKANNYA.

SEKIAN,

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
SENIOR KONSULTAN
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Monday, November 28, 2016

PROGRAM PEMANTAPAN DIRI ANAK ASNAF ZAKAT SELANGOR @ PLAS







ALHAMDULILLAH..SYUKUR DAN PUJI PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI SETIA MENGURNIAKAN KESIHATAN DAN UMUR YANG PANJANG BUAT SAYA. DENGAN NIKMAT TERSEBUT,SAYA MAMPU KEMBALI MENYENGAT & AKTIF DIPENTAS MOTIVASI DAN TRAINING.

PELAWAAN DAN TAWARAN DARI PIHAK GOLDEN TUSKS SDN BHD UNTUK MENGURUSKAN PROGRAM PEMANTAPAN DIRI PELAJAR ANAK-ANAK ASNAF DIBAWAH KELOLAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TELAH SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA & BERBUNGA-BUNGA.

TANGGAL 25 HB NOV.2016 SEHINGGA 27.NOV.2016 YANG LEPAS,BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN ASNAF ( PLAS ) SG.TUA,ULU YAM BARU TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM BERIMPAK TINGGI MELIBATKAN PARA PELAJAR TINGKATAN 4 SELURUH SELANGOR ( ASNAF ZAKAT ) YANG DIJENAMAKAN DENGAN NAMA `PROGRAM PEMANTAPAN DIRI PELAJAR ASNAF ZAKAT` .

ALHAMDULILLAH ,SAYA BERSAMA PEMBANTU SAYA USTAZ ANGAH IKHRAM TELAH BERJAYA MENGAPLIKASIKAN BEBERAPA MODUL YANG HIGH IMPACT UNTUK MELONJAKKAN POTENSI PESERTA-PESERTA YANG TERLIBAT SEBAGAI BEKALAN UNTUK MEREKA MENGHADAPI EXAM SPM PADA TAHUN 2017 NANTI.

SEGALANYA KAMI TERAPKAN BERASASKAN KONSEP `JERI`: JASMANI,EMOSI,ROHANI DAN INTELEK. RANGKUMAN MODUL LATIHAN BERBENTUK SIRI CERAMAH MOTIVASI YANG HIGH IMPACT,AMALAN SOLAT BERJAMAAH 5 WAKTU,QIAMULAIL,RIADAH PAGI & PETANG,MODUL OUT DOOR DAN JUGA PERSEMBAHAN KUMPULAN BAGI MENINGKATKAN KUALITI DIRI PARA PESERTA.

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG MENGAMBIL INISIATIF YANG CUKUP BAIK INI, JUGA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT PN.HJH.CHE NORIAH,BIG BOS GOLDEN TUSKS SDN BHD YANG TELAH MELETAKKAN KEPERCAYAAN YANG TINGGI BUAT TEAM SAYA DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM INI.

ALHAMDULILLAH,HASIL SOAL SELIDIK YANG DIEDARKAN KEPADA PARA PESERTA,RATA-RATA KOMEN YANG DITERIMA CUKUP POSITIF DAN MEMBERANGSANGKAN. BEGITU JUGA ULASAN DAN KOMEN YANG CUKUP POSITIF KAMI TERIMA DARI BEBERAPA PEGAWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG MENJADI PEMANTAU SETIA SEPANJANG PROGRAM ITU BERLANGSUNG.

INSYAALLAH,JIKA ADA REZEKI,PERUNTUKAN DAN PELUANG KITA AKAN BERTEMU LAGI DISIRI-SIRI YANG AKAN DATANG INSYAALLAH.
SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA KERJA-KERJA AMAL KITA ,AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR & CORPORATE TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN @ ASSOCIATE TRAINER GOLDEN TUSKS SDN BHD.

Friday, September 30, 2016

MOTIVASI PECUTAN AKHIR & KESEDARAN KENDIRI CALON SPM DAERAH SIK,KEDAH














SEMALAM TANGGAL 30.9.2016 BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SMK AGAMA SIK,TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM MEGA YANG TELAH DIGERAKKAN OLEH PERSATUAN ANAK-ANAK SIK YANG GIGIH MELONJAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR CALON SPM DAERAH SIK.

SERAMAI LEBIH 350 ORANG PELAJAR DARI 7 BUAH SEKOLAH DIDAERAH SIK TELAH TERPILIH UNTUK MENYERTAI KEM MOTIVASI & KESEDARAN KENDIRI INI.

SLOT SAYA BERMULA SEAWAL JAM 2.15 MINIT PETANG DAN BERAKHIR PADA JAM 5 PETANG. SELAMA HAMPIR 2 JAM 45 MINIT SAYA BERBICARA DIPENTAS MOTIVASI MENYUNTIK CALON2 SPM DAERAH SIK DENGAN PELBAGAI KAEDAH DAN PENDEKATAN. DISELANG SELI DENGAN LAWAK SPONTAN YANG MEMBUATKAN PARA PESERTA TAK KERING GUSI.

ANTARA INITIPATI CERAMAH MOTIVASI SAYA IALAH:

1- BETAPA BESARNYA KUASA KEMAHUAN & KUASA PERCAYA PADA DIRI
2- KITARAN HIDUP MANUSIA & PELAJAR YANG INGINKAN KEJAYAAN
3- TIPS2 MENGHADAPI PEPERIKSAAAN
4- BAGAIMANA MEMBENTUK SKRIP HIDUP KITA UNTUK 15-20 TAHUN AKAN DATANG
5- BAGAIMANA CREATE MISI & VISI HIDUP 
6- CARA MELAKARKAN SEBUAH KEJAYAAN
7- MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG
8- ANALISIS S.W.O.T ( PENILAIAN KENDIRI )

DIRASAKAN MASA 2 JAM 45 MINIT TERLALU SINGKAT BAGI SAYA. TERLALU BANYAK TIPS-TIPS YANG INGIN DIKONGSIKAN BERSAMA DENGAN PARA PESERTA. RESPON YANG DIBERIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR CUKUP HEBAT DAN MEMBERANGSANGKAN. MEREKA CUKUP KOMITED DAN KONSISTEN MENGIKUTI BICARA MOTIVASI SAYA DARI AWAL HINGGA KE AKHIR.

HARAPAN SAYA ,MEREKA SEMUA MAMPU MENCIPTA KECEMERLANGAN DALAM SPM NANTI,INSYAALLAH.AMIN. SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENGURUSAN KELAB ANAK-ANAK SIK YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM INI.

MANA-MANA ORGANISASI,IPT,SEKOLAH,IKM,IKBN,GIAT MARA,ILP DAN KOLEJ YANG INGINKAN PROGRAM MOTIVASI HIGH IMPACT,BOLEHLAH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019-4741209.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Thursday, September 29, 2016

MEMPERKASA BUDAYA KERJA SUPER WARGA PPPPP,ICU JPM @WISMA BOUSTEAD




















SEMALAM TANGGAL 28.9.2016 ( RABU ) BERTEMPAT DI WISMA BOUSTEAD ,JALAN ANSON PULAU PINANG,SAYA SEKALI LAGI BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN BICARA MOTIVASI KEPADA 80 ORANG STAF PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG DALAM ACARA PERHIMPUNAN BULANAN MEREKA.

INI ADALAH KALI KE 2 SAYA DIBERI PELUANG UNTUK MENYEMARAKKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI KERJA PARA STAF PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG YANG DITERAJUI OLEH TN .SYED ,SELAKU PEGAWAI PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG.

TOPIK YANG SAYA UTARAKAN IALAH ` MEMPERKASA BUDAYA KERJA SUPER` YANG MANA PELBAGAI ASPEK SAYA SENTUH DALAM MASA SELAMA 1 JAM 30 MINIT ANTARANYA IALAH :

1- BUDAYA KERJA CEMERLANG
2- KONDUSIF DITEMPAT KERJA
3- MENCIPTA KESERASIAN BERSAMA RAKAN SEKERJA
4- IKLIM KERJA YANG MAMPU MEMPENGARUHI MOOD DAN MOTIVASI
5- ETIKA KERJA ISLAMI
6- BUDAYA KERJA SEPASUKAN / TEAM WORK SPIRIT
7- KITARAN KERJA YANG MENYERONOKKAN

ALHAMDULILLAH SAMBUTAN YANG DITERIMA DARIPADA PARA PESERTA AMAT MEMBERANGSANGKAN SEKALI.


INSYAALLAH,JIKA TIADA ARAL MELINTANG PIHAK KONSULTAN KAMI BAKAL DIBERIKAN AMANAH UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENINGKATAN KUALITI KERJA BUAT STAF @ WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA MASA HADAPAN,INSYAALLAH.AMIN.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DITERJEMAHKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. SEMOGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG MAMPU MENJADI SATU ORGANISASI YANG HEBAT DAN MANTAP SETANDING DENGAN MANA-MANA GLC @ BADAN BERKANUN YANG LAIN,INSYAALLAH.

SEKIAN,SALAM SUKSES

CATATAN MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
SENIOR MOTIVATOR 
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI
019-4741209

Tuesday, August 23, 2016

STRATEGI GERAK GEMPUR HADAPI EXAM - BUKAN PERKARA YANG SIA-SIA


SEMALAM TANGGAL 23.8.2016,TELAH TERBIT 1 ARTIKEL PENTING YANG DITULIS OLEH 2 ORANG PENGARANG SINAR HARIAN DALAM SLOT GPS BESTARI - ISU SEMASA YANG MENGULAS TENTANG PERI PENTINGNYA PROGRAM-PROGRAM GERAK GEMPUR PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENTING. GAMBAR TENTANG PENGENDALIAN PROGRAM MOTIVASI YANG MELIBATKAN DIRI SAYA JUGA ADA DILAMPIRKAN BERSAMA ( RUJUK GAMBAR : KIRI ATAS )

BANYAK SEKOLAH YANG BEGITU CAKNA DAN TERLALU AMBIL BERAT TENTANG HAL INI. WALAUPUN DALAM KEADAAN BUDGET YANG DIPOTONG DAN KEKANGAN KEWANGAN,PIHAK PENGURUSAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMASTIKAN PROGRAM GERAK GEMPUR INI DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA.

ANTARA AKTIVITI GERAK GEMPUR PEPERIKSAAN YANG DICADANGKAN:

1- LATIH TUBI SOALAN PEPERIKSAAAN YANG LALU
2- KELAS TAMBAHAN BAGI KELAS2 TERCOROT
3- SEMINAR MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
4- PROGRAM PECUTAN AKHIR / FINAL LAP
5- SEMINAR MOTIVASI PECUTAN AKHIR
6- SOLAT HAJAT PERDANA
7- SESI JAYA WARIS CALON-CALON PEPERKSAAN
8- SLOT PARENTING BUAT WARIS CALON PEPERIKSAAN

SAYA SELAKU SEORANG PERUNDING MOTIVASI PELAJAR TETAP MENGATAKAN BAHAWA PROGRAM PECUTAN AKHIR DALAM BENTUK SUNTIKAN SEMANGAT DAN KESEDARAN PELAJAR AMAT PERLU DISAAT-SAAT PELAJAR MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN DARI SEMUA PIHAK.

TAK SEMUA GURU BERKEMAMPUAN UNTUK MEMIKUL TUGAS SEORANG MOTIVATOR. TAK SEMUA KAUNSELOR SEKOLAH MAMPU MENGAMBIL ALIH TUGAS SEORANG MOTIVATOR @ PAKAR MOTIVASI.

MOTIVATOR & PAKAR MOTIVASI ADA KEMAHIRAN TERSENDIRI DALAM MELONJAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR CALON PEPERIKSAAN TERUTAMA EXAM PENTING SEPERTI UPSR,PT 3, SPM & STPM.

SERAHKAN KEPADA YANG MAHIR DAN PAKAR DALAM MELONJAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR KITA ! DALAM KEKANGAN KEWANGAN,KITA MASIH MAMPU LAKSANAKAN PROGRAM INI DENGAN BERHEMAH JIKA KITA MILIKI KEMAHUAN YANG TINGGI.

KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN MENYEDIAKAN 1 PROGRAM HIGH IMPACT UNTUK LONJAKAN PRESTASI PELAJAR DISAAT AKHIR @ PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN YANG KAMI NAMAKAN DENGAN NAMA ` WARS : WARNING AND RESCUE STUDENTS`.

PELBAGAI TIPS DAN PENGISIAN YANG TERKANDUNG DIDALAM MODUL `WARS` YANG HIGH IMPACT INI ,ANTARANYA :

1- CERAMAH MOTIVASI YANG HIGH IMPACT OLEH MOTIVATOR BERTAULIAH DAN CUKUP BERPENGALAMAN
2- PENGISIAN CERAMAH YANG INTERAKTIF,FUN DAN MESRA PELAJAR
3- TIPS2 MENGHADAPI PEPERIKSAAN SAAT AKHIR
4- STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR
5-TIPS KESIHATAN DAN KEROHANIAN MENJELANG PEPERIKSAAN UTAMA

KAMI CADANGKAN PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR INI DIMULAKAN DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA PERDANA DISURAU SEKOLAH BAGI MEMOHON RESTU KEPADA ALLAH SWT SUPAYA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DAN URUSAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

JIKA MEMERLUKAN KHIDMAT BAKTI KAMI,KAMI SEDIA BERKONGSI. JANGAN RISAU DENGAN BAYARAN HONORARIUM,KERANA IA JELAS MASIH DIBAWAH KEMAMPUAN PIHAK PENGANJUR.

HUBUNGI KAMI DITALIAN 019-4741209 @ 04-4246033

SALAM SUKSES DAN SALAM KECEMERLANGAN

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR /SENIOR LECTURER/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH


Saturday, August 20, 2016

PROGRAM IRTIFAUL MUHTAMAL UKHUWAH GROUP KMPP








ASSALAMUALAIKUM SEMUA..SEMOGA KALIAN SEMUA SIHAT SEJAHTERA DAN MOTIVASI DIRI TERUS KEKAL TERPAHAT RAPI DISANUBARI

RASANYA DAH AGAK LAMA SAYA TAK UPDATE BLOG MOTIVASI KESAYANGAN SAYA NI..MAKLUMLAH SIBUK DENGAN RUTIN HARIAN SEBAGAI SEORANG SENIOR LECTURER,SPEAKER,TRAINER DAN JUGA MOTIVATOR.

DISEBABKAN BUDGET UNTUK PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA TELAH DIPOTONG OLEH KEMENTERIAN,BANYAK JUGAKLAH PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI DAN TAK MAMPU DIANJURKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKAN.

KEGAWATAN EKONOMI YANG MELANDA DAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT JUGA MEMBERI KESAN KEPADA PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM MOTIVASI DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

SELEPAS HARI RAYA AIDIL FITRI YANG LALU,JADUAL TRAINING SAYA DAN TEAM SAYA AGAK LAPANG SEDIKIT BERBANDING TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. TETAPI BILA DIFIKIRKAN BALIK,SEBENARNYA TERKANDUNG SERIBU HIKMAH YANG TERSENDIRI.

ALLAH NAK MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SAYA SENDIRI YANG BERHEMPAS PULAS UNTUK BERJAYA DIDALAM PROGRAM MATRIKULASI. RATA-RATA MEREKA ADALAH ANAK KAMPUNG DARI TERENGGANU,KELANTAN DAN KEDAH YANG TERLALU DAHAGAKAN SENTUHAN MOTIVASI DARI SAYA DAN KITA SEMUA.

SEBAGAI PENSYARAH KANAN YANG BERNAUNG DIBAWAH MAJLIS PENDETA,YANG MANA RATA-RATANYA DIANGGOTAI OLEH PENSYARAH KANAN GRED 52 & 54 TELAH MENGAMBIL 1 INISIATIF BIJAK UNTUK MELONJAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR TERPILIH UNTUK DIHIMPUNKAN DIBAWAH SATU PROGRAM YANG DINAMAKAN DENGAN UKHUWAH GROUP.

SEMALAM TANGGAL 20.8.2016,TELAH BERLANGSUNG 1 PROGRAM YANG HIGH IMPACT UNTUK PELAJAR-PELAJAR TERPILIH DIKALANGAN GROUP UKHUWAH INI DALAM USAHA MELONJAKKAN POTENSI MEREKA YANG DILIHAT MEMPUNYAI HARAPAN CERAH MEMPEROLEHI RESULT 4A ( 4 FLAT ) DALAM EXAM MEREKA NANTI.

SELAMA 3 JAM BERSAMA DENGAN SAYA,TERASA SEBENTAR SEBENARNYA. PROGRAM BERMULA DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA YANG DIIMAMKAN OLEH SAYA SENDIRI DAN DITERUSKAN DENGAN CERAMAH MOTIVASI HIGH IMPACT KENDALIAN SAYA SENDIRI YANG BERTAJUK : MISI 4 FLAT : ANTARA `SACRIFICE VS BELIEVE `- KUASA PERCAYA DAN KUASA KEMAHUAN.

SEMOGA MEREKA SEMUA MAMPU MENCIPTA KECEMERLANGAN DIDALAM PEPERIKSAAN MEREKA NANTI,INSYAALLAH. AMIN

SAYA DOAKAN MEREKA SEMUA MAMPU MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DAN SEIMBANG ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT.

KEPADA MANA-MANA SEKOLAH,IPT,KOLEJ,UITM DAN ORGANISASI YANG MEMERLUKAN PROGRAM BERIMPAK TINGGI DAN ADA NILAI ROHANI DENGAN DIMULAKAN DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA,DOA YANG HIGH IMPACT SERTA CERAMAH MOTIVASI YANG HIGH IMPACT,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 019-4741209 ( MASTER UST.SYEIKH GHANI AL GANUNI ).

SEKIAN,SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH LINDUNGAN RAHMAT ALLAH SWT DAN SEMOGA KEJAYAAN TETAP MENGIRINGI KITA SEMUA. INSYAALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER & SENIOR LECTURER
KONSULTAN JANA INSAN,SG.PETANI
KEDAH DARUL AMAN
019-4741209

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...