FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, September 27, 2014

BENGKEL SKILL KOMUNIKASI & KEMAHIRAN PERGAULAN DITEMPAT KERJA - UITM PERLIS




SEMALAM TANGGAL 27.9.2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN UTAMA UITM CAWANGAN ARAU,PERLIS BERLANGSUNG SEMINAR KEMAHIRAN KOMUNIKASI & PERGAULAN EFEKTIF DI TEMPAT KERJA . SERAMAI 40 ORANG PESERTA TELAH HADIR & MEMBERIKAN KOMITMEN YANG PADU SEBAGAI SEORANG PESERTA.

TURUT HADIR TIMBALAN REKTOR AKADEMIK UITM PERMATANG PAUH & SEORANG TOKOH PERSONALITI TV YANG TIDAK ASING LAGI IAITU PROFESOR IZZUDIN YANG LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA PROF IZI YANG SERING MUNCUL DIKACA TV. MEREKA BERDUA TURUT MENJADI PESERTA VIP SAYA.

PROGRAM INI ADALAH DENGAN USAHA PUSAT KEBUDAYAAN UITM PERLIS DENGA KERJASAMA BAHAGIAN AKADEMIK BAGI MENGISI JADUAL LATIHAN YANG BELUM  LENGKAP SELAMA 56 JAM.

SAYA TELAH MENYAMPAIKAN BEBERAPA MODUL DALAM SEMINAR TERSEBUT,ANTARANYA :

1- SKILL KOMUNIKASI - INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL
2- RUANG LINGKUP KOMUNIKASI & KEPENTINGAN KOMUNIKASI
3- KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI MENGIKUT TEMA,MASA,SUASANA & TEMPAT
4- KAEDAH BERKOMUNIKASI SECARA EFEKTIF
5- KEWAJIPAN MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.

SEMINAR TERSEBUT BUKAN SAHAJA BERBENTUK CERAMAH SANTAI,TETAPI IA JUGA MELIBATKAN BEBERAPA AKTIVITI SANTAI YANG MEMERLUKAN `AMALI KOMUNIKASI` SESAMA PESERTA.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU MELONJAKKAN LAGI KUALITI KOMUNIKASI PARA STAF UITM SELURUH MALAYSIA YANG TURUT HADIR SEPERTI PESERTA DARI UITM CAWANGAN KEDAH,UITM CAWANGAN MELAKA,UITM PUNCAK ALAM & UITM SHAH ALAM.

SEKIAN,SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

YANG SENTIASA BERMOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PERUNDING MOTIVASI & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

TERUS DIPERCAYAI - PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN ( PROMISE )




SEKALI LAGI TEAM SAYA ,KONSULTAN JANA INSAN DIBERI AMANAH & KEPERCAYAAN UNTUK HANDLE PROGRAM MEGA ANJURAN MOA ( KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI ) PUTRAJAYA DALAM PROGRAM PROMISE 11 ( ZON UTARA ) BERTEMPAT DI PNK TELUK BAHANG ( SPORTFISHING HOTEL ) SELAMA 3 HARI 2 MALAM.

KALI INI SAYA BERKOLABORASI DENGAN TEAM ATTITUDE TRAINING & CONSULTANCY. PROGRAM BERMULA PADA PETANG 23 HB SEPTEMBER DAN BERAKHIR PADA PETANG 25 HB SEPTEMBER. TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA SAYA UCAPKAN BUAT PEGAWAI PSIKOLOGI MOA,PUAN NORHIDAYAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BAKTI SAYA.

WALAUPUN HUJAN RENYAI-RENYAI SEPANJANG RPOGRAM BERLANGSUNG SEDIKIT PUN TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BERUSAHA MELONJAKKAN PRESTASI & MOTIVASI DIRI PARA PESERTA KURSUS.

ANTARA KANDUNGAN KURSUS YANG TELAH DIJALANKAN :

1- SESI ICE BREAKING & SUAIKENAL
2- SESI KENALI POTENSI DIRI
3- SESI BICARA KERJAYA
4- SESI UJI MINDA ( THINK OUTSIDE THE BOX )
5- SESI KEMAHIRAN KOMUNIKASI & KEPIMPINAN
6- SESI TEAM WORK SPIRIT ( KERJA BERPASUKAN )
7- SESI BINA KEYAKINAN DIRI MELALUI PERSEMBAHAN
8- SESI REFLEKSI DIRI ( UPAH VS KUALITI KERJA )

TERIMAKASIH KEPADA PEMBANTU-PEMBANTU SAYA ( ASSOCIATE TRAINER ) YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMASTIKAN PROGRAM TERSEBUT BERJALAN LANCAR. SEKALUNG TAHNIAH BUAT USTAZ MOHD ZHOFRAN,USTAZ MOHD.IKRAM & SULTAN AL FARAHIN DARI ATC TRAINING KERANA SUDI BERKONGSI KEPAKARAN & IDEA.

SEMOGA ILMU YANG DICURAHKAN MAMPU MELONJAKKAN LAGI PRESTASI DIRI & MOTIVASI PARA STAF /WARGA MOA.INSYAALLAH,AMIN.

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SP.
019-4741209@04-4246033

SAHUT BAKAL KEMBALI GEMILANG - PROGRAM PECUTAN AKHIR PT3 & SPM








TANGGAL 20.9.2014 ,SAYA & PEMBANTU SAYA IKHWAN KEMBALI BERKELANA KE BUMI TERENGGANU DARUL IMAN DEMI MEMENUHI JEMPUTAN DARIPADA PIHAK KAUNSELOR SEK.MEN.SAINS HULU TERENGGANU DALA USAHA MELONJAKKAN PRESTASI SEKOLAH TERSEBUT YANG AGAK `MENJUNAM` TAHUN LEPAS ( RESULT SPM ).

PROGRAM SEHARI YANG BERMULA JAM 8.30 DAN BERAKHIR PADA JAM 4.30 ITU DIPENUHI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI BERIMPAK TINGGI,PESANAN & TIPS2 YANG BERGUNA DALAM MELONJAKKAN KEMBALI PRESTASI AKADEMIK PELAJAR2 MEREKA.

SERAMAI LEBIH 300 PESERTA YANG TERLIBAT SAMADA DARI TINGKATAN 3 YANG BAKAL MENDUDUKI PT 3 & JUGA TINGKATAN 5 YANG BAKAL MENDUDUKI SPM PADA BULAN NOVEMBER NANTI.

ANTARA KANDUNGAN PROGRAM :

1.CERAMAH INTERAKTIF BERIMPAK TINGGI YANG BERTAJUK `JANGAN TOLEH KE BELAKANG LAGI` - MISI MENEBUS MARUAH SAHUT YANG TERCALAR

2. AKTIVITI-AKTIVITI MERANGSANG MINDA & MENGUJI IQ

3.PESANAN TERAKHIR SEBELUM MENJEJAKKAN KAKI KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU MELONJAKKAN PRESTASI MEREKA DALAM PEPERIKSAAN NANTI.

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209



Sunday, September 14, 2014

KEM SKOR A DAERAH SIK,KEDAH - SAYA IMPIKAN KEJAYAAN ( S.I.K )




SEMALAM TANGGAL 14.9.2014 BERTEMPAT DI DEWAN SRI GEMILANG KOLEJ KEDA,RIMBA TAQWA,SIK ,KEDAH BERLANGSUNG SATU SESI MOTIVASI KENDALIAN SAYA YANG BERTEMAKAN S.I.K - `SAYA IMPIKAN KEJAYAAN` SEMPENA BENGKEL SKOR A BAGI PELAJAR LUAR BANDAR KENDALIAN KELAB ANAK-ANAK SIK DENGAN KERJASAMA EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, DATUK TAJUDDIN ABDULLAH
( ADUN BELANTIK ).

TABIK SPRING BUAT KELAB ANAK-ANAK SIK & EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ,DATUK TAJUDDIN ABDULLAH YANG BEGITU SERIUS,PENUH KOMITMEN & JITU DALAM MEREALISASIKAN  BENGKEL SKOR ` A ` INI MENJADI KENYATAAN.

SEBANYAK 9 BUAH SEKOLAH DAERAH SIK YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM INI .SETIAP BUAH SEKOLAH DIKEHENDAKI MENGHANTAR SERAMAI 18 ORANG PELAJAR YANG CEMERLANG & TERBAIK SEBAGAI WAKIL SEKOLAH DALAM PENYERTAAN SKOR
 ` A ` INI.

SEBENARNYA PROGRAM BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM YANG DIPENUHI DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI CERAMAH,LDK,TEKNIK MENJAWAB DAN SESI PERKONGSIAN IDEA DENGAN TETAMU/PENCERAMAH.

SEMALAM ( 14.9.2014 - AHAD ),  SELEPAS MAJLIS PERASMIAN YANG DISEMPURNAKAN SENDIRI OLEH DATUK TAJUDDIN,SELAKU ANAK KELAHIRAN SIK & SELAKU ADUN BELANTIK PADA JAM 1O.30 PAGI, TIBALAH SESI KEMUNCAK BENGKEL SKOR `A ` IAITU SESI CERAMAH MOTIVASI KENDALIAN SAYA YANG BERTAJUK ` SAYA IMPIKAN KEJAYAAN` ( AKRONIM DARI S.I.K ) SEMPENA DENGAN NAMA DAERAH SIK,KEDAH.SEMOGA SEGALA PESANAN SAYA SELAMA 2 JAM LEBIH ITU MAMPU MERESAP KEDALAM JIWA PELAJAR @ PESERTA YANG TERLIBAT.INSYAALLAH AMIN.

SEMOGA KELAB ANAK-ANAK SIK & DATUK TAJUDDIN TERUS KONSISTEN MENGENDALIKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BERIMPAK TINGGI SEPERTI BENGKEL SKOR `A ` INI PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR & PENCETUS MOTIVASI DIRI INSAN
SENIOR CONSULTANT/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.

Thursday, September 11, 2014

LEADERSHIP CAMP SMK PANJI ALAM @ DEWAN MASJID RAJA,BUKIT BESAR



KEM KEPIMPINAN PENGAWAS,PEMIMPIN PELAJAR,PRS SMK PANJI ALAM PADA 23.8.2014

SERAMAI 180 PESERTA TELAH TERLIBAT DALAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS & PEMIMPIN PELAJAR SMK PANJI ALAM INI.

PROGRAM SELAMA SEHARI INI TELAH BERJALAN DENGAN CUKUP LANCAR .TAK SEDAR MASA BERLALU BEGITU SAJA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK & AWESOME YANG TELAH SAYA SEDIAKAN UNTUK MEREKA.

DENGAN TEMA ` WE ARE FUTURE LEADER` ,SAYA TELAH MEMBERIKAN TIPS2 YANG BERGUNA & BERMANFAAT UNTUK DIAMALKAN OLEH MEREKA SEPANJANG BERGELAR SEORANG `KETUA` @ `LEADER`

SELAIN DARIPADA CERAMAH MOTIVASI BERIMPAK TINGGI,KEM INI JUGA DISELANG SELI DENGAN BANYAK AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMPUNYAI UNSUR KOMUNIKASI SEBAGAI SEORANG LEADER,LEADERSHIP SKILLS,BAKAT BERPIDATO,BAKAT MENYANYI,BAKAT MEMIM[IN DAN SEGALA KEMAHIRAN ASAS SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN.

PROGRAM BERAKHIR PADA JAM 5.00 PETANG DAN KUMPULAN KAMI TERPAKSA BERGEGAS KE KEMAMAN UNTUK PROGRAM BERIKUTNYA ( KEESOKAN HARINYA - SABTU - 24.8.2014 ) BERSAMA 400 PELAJAR UPSR DAERAH KEMAMAN DI TATIUC ANJURAN BERSAMA KEMAMAN BITUMIN COMPANY.


SEMOGA PELAJAR-PELAJAR SMK PANJI ALAM MAMPU MENJADI PELAJAR CEMERLANG DALAM SEMUA BIDANG. INSYAALLAH,AMIN


 CATATAN DIARI KEMBARA SEORANG MOTIVATOR 

TN.SYEIKH GHANI AL-GANUNI 
CEO,MASTER TRAINER & MASTER COACH
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033



MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR PPD DAERAH LARUT,MATANG & SELAMA









TANGGAL 30.8.2014 ,BERTEMPAT DI SK TAIPING TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM MOTIVASI PERDANA ANJURAN SK TAIPING DENGAN KERJASAMA PPD DAERAH LARUT,MATANG & SELAMA .

BEBERAPA BUAH SEKOLAH DISEKITAR BANDAR TAIPING TERLIBAT DALAM PROGRAM INI, PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT & TONIK TERAKHIR BUAT CALON2 UPSR DAERAH TAIPING,MATANG DAN SELAMA.

PROGRAM SETENGAH HARI INI BERMULA SEAWAL JAM 8.30 AM DAN BERAKHIR PADA JAM 1.00 PETANG. IANYA DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PPD DAERAH LARUT,MATANG & SELAMA.

SERAMAI 185 CALON UPSR TELAH TERLIBAT DALAM PROGRAM MOTIVASI PERDANA INI.

SEMOGA TIPS-TIPS,AMANAT & TUNJUK AJAR YANG DISAMPAIKAN SELAMA 4 JAM LEBIH ITU MAMPU MELONJAKKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI DIKALANGAN ANAK-ANAK PELAJAR CALON UPSR.

SAYA DOAKAN MEREKA SEMUA MAMPU MENCIPTA KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR NANTI..AMIN YA RABBAL ALAMIN.

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...