Semalam Tanggal 23.2.2014 ,sekali lagi saya diberi kepercayaan mengendalikan Program Motivasi Pelajar di Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu SMK Ibrahim,salah sebuah sekolah yang cukup dikenali di Sungai Petani ( Bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan )
Jemputan dari Kaunselor Cemerlang sekolah tersebut ( En.Suhaimi Zaman ) tak mampu saya tolak,memandangkan beliau adalah kenalan lama saya sejak 23 tahun yang lalu. Katanya,hanya mereka yang benar-benar `berkualiti` mampu menggerakkan potensi pelajar-pelajar SMK Ibrahim.
Selama 2 Jam Ceramah Motivasi tersebut,beberapa tips-tips penting telah saya kongsikan,antaranya :
1- Bagaimana mencipta peluang untuk menjadi pelajar hebat lagi cemerlang
2- Bagaimana menempatkan diri kita sebagai seorang pelajar yang berprestasi tinggi
3- Wajib mengambil peluang yang terbaik belajar disekolah yang tersohor & ternama
4- Bagaimana membentuk diri menjadi pelajar-pelajar yang Efisen dan berdaya tahan
5- Teknik & Taktik Beljar seorang pelajar di Sekolah Kluster @ Sekolah hebat
6- Bagaimana membentuk diri menjadi manusia yang hebat dalam segenap segi
7- Bagaimana kaedah terbaik untuk meraih sebuah kejayaan
8- Tips-tips belajar di IPT secara Bijaksana & Profesional
9- Bagaimana membentuk peribadi yang Unggul selari dengan kehendak para guru,ibu ayah,masyarakat & negara
10-Bagaimana kaedah terbaik untuk menjadikan Impian bertukar menjadi kenyataan.
Insya-Allah,beberapa lagi tugasan disekolah bakal saya sempurnakan sebelum kembali sibuk mengendalikan kursus & seminar yang melibatkan Organisasi-Organisasi Besar seperti Agensi Nuklear Malaysia & Petronas.
Salam Motivasi & Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri ( MODID )
Konsultan Jana Insan
Sungai Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033