FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, June 25, 2013

SEMINAR WANITA LESTARI ZON UTARA @ PENARAK BAMBOO,LANGKAWI






BERTARIKH 21-23.6.2013 TELAH BERLANGSUNG SEMINAR WANITA LESTARI ZON UTARA DI PENARAK BAMBOO MOTEL ,LANGKAWI.
THANKS TO KBS PUTRAJAYA & JBS PENANG KERANA SUDI MENJEMPUT SAYA & TEAM UNTUK MENYEMPURNAKAN KURSUS TERSEBUT .
ANTARA KANDUNGAN KURSUS YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN:

1- CITRA,IDENTITI DAN PERSONALITI WANITA
2- KONSEP KEKELUARGAAN
3-WANITA DAN KECANTIKAN
4-ISU-ISU SOSIAL MEMBABITKAN WANITA MALAYSIA
5-PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
6-ISU KESIHATAN


ALHAMDULILLAH,SAMBUTAN YANG DITERIMA DILUAR DUGAAN.INSYAALLAH JIKA ADA KSEMPATAN DAN RUANG KITA BERJUMPA LAGI DILAIN PROGRAM & SEMINAR

SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SP.

Saturday, June 8, 2013

MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID ) - SUDAH LAMA DIKENALI DI MEDIA ELEKTRONIK




ALHAMDULILLAH..PERJUANGAN DIMEDAN MOTIVASI & TRAINING SUDAH MENJANGKAU BELASAN TAHUN..PELBAGAI KEJAYAAN TELAH DICIPTA..PELBAGAI PENGALAMAN TELAH DILALUI.
KESUNGGUHAN,KOMITMEN DAN KEJAYAAN SAYA TELAH DIPERAKUI OLEH MEDIA ELEKTRONIK ANTARANYA IALAH TV 3 & TV 1..SEMUA INI ADALAH BERKAT KESUNGGUHAN & KEGIGIHAN DALAM MEMPERJUANGKAN BIDANG MOTIVASI & TRAINING YANG CUKUP MULIA INI .
TERIMAKASIH KEPADA MEDIA PRIMA YANG SUDI BERKOLABORASI DENGAN SAYA & BEGITU JUGA RTM YANG TURUT SAMA BERMINAT MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN DIRI SAYA DALAM BIDANG MOTIVASI & TRAINING INI.
INSYALLAH,SEMOGA ILMU YANG DIKONGSIKAN OLEH SAYA DENGAN PARA PENONTON DAN PENDENGAR MAMPU DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN BERSAMA DEMI UNTUK MENGANGKAT KUALITI DIRI KITA,MASYARAKAT KITA,ORGANISASI KITA & JUGA NEGARA KITA.

Wednesday, June 5, 2013

FALSAFAH BRUCE LEE TENTANG KEHIDUPAN & KEJAYAAN...BELAJAR DARI MEREKA YANG HEBAT



BRUCE LEE..RASANYA RAMAI DARI KITA MENGENALI TOKOH HEBAT INI ! APA YANG MENARIK TENTANG TOKOH INI ? BELIAU BUKAN SAHAJA HEBAT DI GELANGGANG SENI MEPERTAHANKAN DIRI,MALAH HEBAT SEBAGAI TOKOH FALSAFAH HIDUP TENTANG DISIPLIN DIRI,KEBERANIAN,KEJAYAAN & MENTOR KESUKSESAN PERIBADI .
ANTARA FALSAFAH BELIAU TENTANG KEHIDUPAN YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN & SUNTIKAN SEMANGAT :

1- KNOWING IS NOT ENOUGH,WE MUST APPLY,WILLING IS NOT ENOUGH,WE MUST DO
2- DEFEAT IS STATE OF MIND,NO ONE IS EVER DEFEATED UNTIL DEFEAT HAS BEEN ACCEPTED AS A REALITY
3-JANGAN LETAKKAN LIMIT DALAM MENCAPAI SESUATU KEJAYAAN,JIKA ADA LIMIT ATAU BATASAN,KITA TERHAD DALAM MENGUASAI KEJAYAAN.
4- LELAKI HARUS MELIHAT JAUH KEDEPAN & WAJAR MELIHAT SEDALAM-DALAMNYA TENTANG KEHIDUPAN SEOLAH-OLAH SEPERTI SEBUAH TELESKOP

BANYAK LAGI FALSAFAH HIDUP & KATA-KATA MOTIVASI YANG LAHIR DARI PEMIKIRAN BRUCE LEE.KALAU DILIHAT PADA SEJARAH HIDUP BELIAU SENDIRI PUN DENGAN CABARAN,RINTANGAN & HALANGAN SEHINGGA BELIAU MERANTAU KELUAR NEGARA.KEBERANIAN,KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN BELIAU DALAM MEMPERJUANGKAN SENI BELA DIRI KUNG-FU SEHINGGA MAMPU MEMBINA AKADEMI KUNGFU DILUAR NEGARA MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU SEORANG YANG PUNYAI CITA-CITA YANG TINGGI.

PERJUANGAN MENERUSKAN KEHIDUPAN DI PERANTAUAN SEHINGGA MAMPU MENCIPTA NAMA SEBAGAI SEORANG PELAKON HEBAT BERTARAF DUNIA TELAH MENJADIKAN BELIAU SEORANG IKON HEBAT !

FALSAFAH,PANDANGAN & PRINSIP HIDUP BELIAU BOLEHLAH KITA JADIKAN PANDUAN & PANDANGAN DALAM KEHIDUPAN. BANGKIT,BANGUN & CIPTALAH KEJAYAAN ..JADIKAN AKTOR BRUCE LEE SEBAGAI MENTOR KEJAYAAN HIDUP KITA..

SO,APALAGI YANG KITA MAHU ! SEMUA ORANG-ORANG HEBAT MENGAJAR KITA TENTANG KEBERANIAN,KESUNGGUHAN,KOMITMEN & RESEPI KEJAYAAN. AYUH,KITA BANGKIT ! KITA SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI KITA DAN KITA CUBA RAIH SEBANYAK MUNGKIN KEJAYAAN.

TANAMKAN SEMANGAT & JIWA YANG BERANI,KENTAL & TAHAN ASAKAN DALAM DIRI ! KITA MAMPU MENGIKUT JEJAK LANGKAH ORANG-ORANG YANG HEBAT LAGI SUPER !

SALAM SUPER & SALAM KENTAL

LUAHAN DARI JIWA KENTAL

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO ,MOTIVATOR DAN SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SP
6.6.2013


Tuesday, June 4, 2013

PENTINGNYA PEMBINAAN PASUKAN & PEMANTAPAN KERJASAMA DALAM PASUKAN

PEMBINAAN PASUKAN ATAU PEMANTAPAN PASUKAN - SATU ISTILAH YANG DIGUNAKAN BAGI MERUJUK KEPADA PROGRAM MOTIVASI PEKERJA BAGI MENANAM NILAI-NILAI KERJASAMA,TOLERANSI,KERJA SECARA KOLEKTIF @ BERPASUKAN,KERJA SECARA JAMAIE ATAU DALAM ISTILAH YANG LEBIH POPULAR `TEAM BUILDING`.

MODUL TEAM BUILDING INI SEBENARNYA SUDAH LAMA DIGERAKKAN OLEH AJARAN AGAMA ISLAM IAITU KERJA @ AMAL SECARA JAMAIE / BERJAMAAH. KEMUDIAN IA DIPOPULARKAN OLEH KOMUNITI BARAT DENGAN MEMPERKENALKAN MODUL `TEAM BUILDING` BAGI MENYEMARAKKAN NILAI-NILAI KERJA BERPASUKAN.

PROGRAM TEAM BUILDING BOLEH DIJALANKAN SECARA `INDOOR` ATAU `OUDOOR`.TERPULANG KEPADA KEPERLUAN ,KEMAHUAN DAN KESESUAIAN MASA & TEMPAT. 

ADA SESETENGAH PENGANJUR PROGRAM,KURSUS ATAU SEMINAR TEAM BUILDING YANG HANYA MAHUKAN AKTIVITI-AKTIVITI TEAM BUILDING YANG BERCORAK RINGAN,SANTAI DAN TIDAK TERLALU `KERAS` ATAU `MENEKAN`.

TAPI ADA JUGA PENGANJUR PROGRAM `TEAM BUILDING` YANG MAHUKAN BENTUK TEAM BUILDING YANG BERCORAK AGAK AGRESIF,KERAS DAN KASAR DENGAN ALASAN UNTUK MEMBENTUK JATI-DIRI,KEKUATAN DALAMAN DAN TEAM SPIRIT YANG LEBIH KENTAL & BERKUALITI.

APA JUA BENTUK AKTIVITI TEAM BUILDING SAMADA `INDOOR`, `OUTDOOR` ,SANTAI,RINGAN ATAU KASAR,KERAS ATAU LEMBUT,YANG PASTI IANYA BANYAK MEMBERI MANFAAT & KESAN KEPADA SETIAP AHLI ORGANISASI DAN JUGA ORGANISASI ITU SENDIRI .

ANTARA ORGANISASI @ JABATAN YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT BAKTI KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN IALAH :

1- JABATAN BELIA & SUKAN KEDAH ( 2 KALI ) - JEREJAK SPA & RESORT / LANGKAWI
2- JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG ( 2 KALI ) - TAMAN NEGARA TELUK BAHANG
3- KOLEJ LATIHAN KEJURURAWATAN KUALA PILAH - DE COLMAR,BUKIT TINGGI BENTONG,PAHANG
4- KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN PULAU PINANG - CINTA SAYANG GOLF & RESORT
5- PBTL SDN.BHD- LANGKAWI

INSYA-ALLAH,TAHUN 2013 INI ADA BEBERAPA ORGANISASI YANG BERSEDIA MENGGUNAKAN KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI DARI PIHAK KAMI DIKONSULTAN JANA INSAN BAGI MENGGERAKKAN PROGRAM `TEAM BUILDING` YANG DIANJURKAN OLEH MEREKA.

INSYAALLAH,AKTIVITI-AKTIVITI YANG BAKAL DIPERSEMBAHKAN MAMPU UNTUK MEMUPUK JALINAN KERJASAMA ANTARA SESAMA PEKERJA & PIHAK PENGURUSAN !

SELAMAT BERKERJASAMA DAN MEMUPUK NILAI-NILAI KESEPAKATAN ANTARA AHLI ORGANISASI MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI TEAM BUILDING 1

YANG BERSEDIA MENCURAHKAN ILMU KEPIMPINAN

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI
5.6.2013
019-4741209 @ 04-4246033
email : fahanie_793@yahoo.com.my



Monday, June 3, 2013

KAREKTOR MOTIVATOR `SUPER`

ALHAMDULILLAH...KINI SUDAH HAMPIR 15 TAHUN SAYA `TERJUN`,BERGELUMANG & SEBATI DENGAN DUNIA MOTIVASI & TRAINING DI MALAYSIA. WALAUPUN HANYA SEBAGAI SPEAKER,MOTIVATOR,INSTRUCTOR,COACH DAN INSPIRATOR SECARA `FREELANCE`,NAMUN KEHIDUPAN SAYA CUKUP SIBUK & TERLALU PADAT JADUAL SEHARIAN SEBAGAI SEORANG MOTIVATOR & LECTURER..

PELBAGAI AGENSI,JABATAN,INSTITUSI DAN BADAN KERAJAAN @ SWASTA YANG TELAH BERKOLABORASI DENGAN PIHAK KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN. PELBAGAI MODUL & PELBAGAI NBENTUK MOTIVASI YANG TELAH SAYA KENDALIKAN.

PELBAGAI KAREKTOR PESERTA @ AUDIENS PERNAH SAYA JUMPA DAN SAYA KENDALIKAN !PELBAGAI KENANGAN PAHIT MANIS TELAH DITEMPUHI SEPANJANG MENGENDALIKAN PROGRAM BERSAMA PESERTA.

SEPANJANG MENJADI SPEAKER/MOTIVATOR/INSTRUCTOR/INSPIRATOR @ COACH BANYAK PENGALAMAN YANG TELAH DILALUI & DITERIMA..SEMUANYA ITU MENJADIKAN DIRI SAYA LEBIH MATANG,LEBIH BERTENAGA,LEBIH BERPENGETAHUAN,LEBIH BERILMU DAN LEBIH YAKIN UNTUK TERUS BERKECIMPUNG DALAM DUNIA YANG CUKUP MENARIK INI !

BAGI SAYA ANTARA KAREKTOR-KAREKTOR PENTING BAGI MEMASTIKAN PERSEMBAHAN SESEORANG MOTIVATOR/COACH/INSTRUCTOR/INSPIRATOR DAN SPEAKER IALAH ;

1- PUNYAI PELBAGAI KEMAHIRAN YANG TINGGI
2- PUNYAI KELAINAN KAREKTOR BERBANDING DENGAN MOTIVATOR LAIN
3- PUNYAI PERWATAKAN YANG MENARIK & TERSENDIRI
4- PUNYAI KEMAMPUAN MENGAWAL EMOSI AUDIENS
5- KEMAMPUAN MENGAWAL EMOSI DIRI SENDIRI APABILA DIASAK DENGAN PELBAGAI SOALAN DARI AUDIENS
6- PUNYAI KELAINAN DALAM MODUL,CARA PENYAMPAIAN DAN PERSEMBAHAN
7- PUNYAI KEKUATAN SUARA YANG CUKUP MENARIK & MENAWAN
8- PUNYAI PERSONALITI YANG MENARIK
9- PUNYAI GAYA KOMUNIKASI YANG MENARIK & BERKESAN
10- MAMPU MENGAWAL PENTAS & MEDAN TRAINING YANG DIA KENDALIKAN

ANDAI ADA INSAN-INSAN HEBAT DILUAR SANA YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG YANG MULIA LAGI MENARIK INI,CUBA-CUBALAH KUASAI KEMAHIRAN YANG TELAH DISEBUTKAN DIATAS.. SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN DUNIA TRAINING DENGAN GAYA PENYAMPAIAN YANG UNIK,LAIN DARI YANG LAIN SERTA PUNYAI `KEKUATAN` DAN`KEISTIMEWAAN` YANG TERSENDIRI.

ANDA MAMPU MENGAJAK ORANG LAIN UNTUK BERUBAH ! ANDA MAMPU MENGAJAK ORANG LAIN UNTUK BERFIKIR DILUAR KOTAK ! ANDA MAMPU MENJANA POTENSI ORANG LAIN ! ANDA MAMPU MENGGERAKKAN ORANG LAIN !

JADILAH MOTIVATOR `SUPER` LAGI `BERKESAN` ! ANDA PASTI BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANDA !

SALAM SUPER & SALAM SUKSES

YANG TERUS MENGEJAR SUPER

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SP.
019-4741209 @ 04-4246033

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...