FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, December 24, 2012

FREELANCE JUGA LAKU & POPULAR...SAYA BANGGA & SAYA SUKA KERJA SAYA

 ALHAMDULILLAH..SEPANJANG TAHUN 2012 SAYA MENERIMA LEBIH DARI 100 JEMPUTAN UNTUK HANDLE PROGRAM MOTIVASI & TRAINING DISELURUH PELUSUK NEGARA.DISAMPING MENGURUSKAN SYARIKAT & KONSULTAN TRAINING MILIK SENDIRI,SAYA JUGA ADALAH ASSOCIATE TRAINER UNTUK BEBERAPA BUAH KONSULTAN TRAINING YANG LAIN YANG SENTIASA MENDAPATKAN KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI DARI SAYA.
ANTARANYA :
KONSULTAN VILLA HATI KENDALIAN USTAZ MOHD.SOPIAN
KONSULTAN THE LEARNING STUDIO MILIK AHMAD NAZARI
KONSULTAN TRI CAPITAL RESOURCES DARI SHAH ALAM
KONSULTAN THE CREATIVE THINKER MILIK AHMAD FATHI ALIAS
KONSULTAN PUTERA RABBANI MILIK SUHAIMI
ALHAMDULILLAH,KONSULTAN JANA INSAN MILIK SAYA TERUS MENJADI PILIHAN SYARIKAT SWASTA,GLC ,JABATAN KERAJAAN & SEKOLAH DISELURUH MALAYSIA UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI PARA PEKERJA,STAF,PENGURUSAN,PELAJAR SERTA WARGA INSTITUSI MEREKA.
ALHAMDULILLAH,DALAM KESIBUKAN KERJA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR AKA LECTURER DI KOLEJ MATRIKULASI,SAYA MASIH BERPELUANG UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA DISELURUH PELUSUK TANAH AIR MELALUI MODUL TRAINING & MOTIVASI KENDALIAN SAYA YANG DIPANGGIL `MODID`.
TAHUN 2013 NANTI AKAN MENJADI TAHUN YANG SIBUK BUAT SAYA & TEAM SAYA DALAM MENGENDALIKAN PELBAGAI MODUL TRAINING & MEMENUHI JEMPUTAN DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.
DENGAN BAYARAN YANG CUKUP `BERBALOI` & `KOMPETETIF` DITAMBAH PULA DENGAN KEKUATAN TERSENDIRI,SAYA YAKIN BAHAWA POTENSI MANUSIA 
MAMPU DIGERAKKAN SECARA MAKSIMA & KONSISTEN.
JUMPA KAMI DITAHUN 2013..JANGAN MALU UNTUK BERTANYA..NANTI SESAT JALAN..
JANGAN MALU UNTUK BERUBAH,NANTI KETINGGALAN..
ANDA PERLUKAN,KAMI PENUHI JEMPUTAN ANDA..
HUBUNGI :
KONSULTAN JANA INSA
`POTENSI INSAN TIADA TANDINGAN`


Thursday, December 20, 2012

KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH ! - BERSEMANGAT @ SEBALIKNYA ?

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2012 AKAN MELABUHKAN TIRAINYA SEMINGGU LAGI..PARA IBU-BAPA KINI SIBUK MENYIAPKAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN ANAK MEREKA MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING.BAGI YANG KAYA & BERADA SERTA BERKEMAMPUAN AKAN MEMBELI SEGALA KELENGKAPAN BARU UNTUK ANAK-ANAK MEREKA ! BAGI YANG KURANG BERKEMAMPUAN PULA,PAKAIAN LAMA & KELENGKAPAN YANG SEDIA AKAN DIGUNA SEMULA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013 NANTI.

BAGI GURU-GURU PULA,MASA INILAH WAKTU YANG PALING SIBUK BUAT MEREKA .HADIRI MESYUARAT KALI PERTAMA,SEDIAKAN JADUAL WAKTU UNTUK 2013,BUAT PERANCANGAN AKTIVITI UNTUK TAHUN 2013 DAN BERMACAM-MACAM LAGI AKTIVITI SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013.

BAGI ANAK-ANAK PELAJAR PULA,MASIH RAMAI YANG SERONOK BERCUTI DAN LEKA BERMAIN.
PERSOALAN YANG TIMBUL DIFIKIRAN KITA SEMUA,APAKAH MEREKA SUDAH BERSEDIA UNTUK KEMBALI SEMULA KEALAM PERSEKOLAHAN BAGI MENERUSKAN AGENDA MEMPERKASAKAN AKADEMIK,AKHLAK,KO-KURIKULUM DAN MEMBINA SAHSIAH MEREKA ?

APAPUN PERSEDIAAN MEREKA,KITA SEBAGAI IBU-BAPA HARUS MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA `MOOD` DAN `ROH` PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KITA :

1- HENTIKAN SEMENTARA AKTIVITI CUTI MEREKA DIMINGGU TERAKHIR CUTI PERSEKOLAHAN INI BAGI MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA SESI PERSEKOLAHAN YANG BAKAL BERMULA PADA 2.1.2013 NANTI.

2. SEMARAKKAN DALAM JIWA ANAK-ANAK TENTANG BUDAYA MEMBACA & BUDAYA MENGULANGKAJI SUBJEK2 YANG DIPELAJARI PADA TAHUN LEPAS.

3. MENYEDARKAN ANAK-ANAK BAHAWA CUTI SUDAH BERAKHIR..SEDARKAN MEREKA TENTANG TANGGUNGJAWAB RUTIN MEREKA SEBAGAI PELAJAR SEKOLAH BAKAL BERMULA.

4. GERAKKAN SEMANGAT ANAK-ANAK UNTUK BUAT PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH DENGAN MENYUSUN KEMBALI BUKU-BUKU & SEGALA KEPERLUAN KESEKOLAH.

5.BIASAKAN SEMULA ANAK-ANAK BANGUN AWAL PAGI SEBAGAI LATIHAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH SUPAYA MUDAH SEGALA PERGERAKAN NANTI.

6. SEDARKAN ANAK-ANAK TENTANG PERI PENTINGNYA KUALITI DIRI MELALUI KEJAYAAN DALAM PENDIDIKAN.

SEBENARNYA BANYAK LAGI PERINGATAN2 LAIN YANG BOLEH KITA SAMPAIKAN PADA ANAK-ANAK SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH BAGI SESI 2013.

SEMOGA PARA IBU-BAPA,GURU & GURU DAN PARA PELAJAR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM DIRI UNTUK MENGHADAPI SESI PERSEKOLAHAN 2013 NANTI.

SEKIAN,SELAMAT KEMBALI SEMULA KESEKOLAH !

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
( BEKAS GURU KANAN KEMANUSIAAN )


Wednesday, December 19, 2012

BERANI @ BETUL KAH SEGALA TINDAKAN KITA SELAMA INI ?

PERNAHKAH ANDA BERADA DIDALAM DILEMA & BEGITU SUKAR UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM HIDUP ANDA ?

SAYA MERASAKAN SEMUA ORANG PERNAH MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI ! BILA KITA MEMPUNYAI PELBAGAI PILIHAN DALAM HIDUP & KITA PULA PERLU UNTUK MEMILIH YANG MANAKAH YANG TERBAIK UNTUK KITA,MAKA KITA SUDAH PASTI BEGITU SUKAR UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN !

KONDISI INI SEBENARNYA SESUATU YANG NORMAL ! BILA KITA SUKAR UNTUK BUAT KEPUTUSAN,SEBENARNYA KITA DALAM PROSES UNTUK MEMILIH `YANG TERBAIK` BUAT DIRI KITA !

DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN ,KITA MESTI SENARAIKAN & FIKIRKAN APAKAH LANGKAH2 YANG PERLU DALAM MELAKUKAN PROSES `MEMILIH` @ MEMBUAT KEPUTUSAN !

ANTARA PROSES-PROSES TERSEBUT IALAH :
1. APAKAH SEBENARNYA MASALAH YANG DIHADAPI
2. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
3. FIKIRKAN KESAN BAIK & KESAN BURUK HASIL `PILIHAN` KITA ITU
4. TANYA PADA DIRI & ORANG LAIN,APAKAH KEPUTUSAN ITU BENAR-BENAR TEPAT @ SEBALIKNYA
5. KENA RASIONAL & BIJAK DALAM PROSES MEMBUAT PILIHAN
6. APAKAH ALTERNATIF2 LAIN DALAM MENILAI & MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT
7. FIKIRKAN KESAN JANGKA PENDEK & KESAN JANGKA PANJANG HASIL `PEMILIHAN` KITA TERSEBUT
8. BERDOA & BERHARAP AGAR PILIHAN KITA ITU MEMANG TEPAT & BERBALOI

MAKA,SETELAH BERSEDIA MEMBUAT KEPUTUSAN,TERUS `TEKAD` & `KOMITED` DENGAN APA YANG TELAH KITA `TETAPKAN` & `PILIH` ITU.

SEMOGA KALIAN SEMUA BIJAK DALAM MENENTUKAN PILHAN & MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA KEPUTUSAN ITU MELIBATKAN DIRI SENDIRI,KELUARGA,RAKAN2 ,ORGANISASI,MASYARAKAT SETEMPAT & JUGA NEGARA !

KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN BERSEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PIHAK DIRI ANDA,KELUARGA ANDA,RAKAN2 ANDA,MASYARAKAT ANDA & JUGA ORGANISASI ANDA !

SEKIAN, PILIHAN ANDA ADALAH DITANGAN ANDA ! ANDA BERHAK BUAT KEPUTUSAN,KAMI HANYA MENDORONG & MEMBANTU !

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

PENGGERAK POTENSI MANUSIA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN

Monday, December 17, 2012

BERSEDIAKAH KITA UNTUK `BERUBAH`- YES or NO ?

Alhamdulillah..hari ini tanggal 18.12.2012..Selasa,minggu ke 3 dalam bulan Disember..amacam ! bagaimana dengan kondisi semasa anda,keluarga anda,kerja anda,rakan-rakan anda & organisasi anda ? ada bagus ! harap2 semuanya berjalan lancar,sukses dan memberangsangkan !

Bulan terakhir ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita sama-sama buat `penilaian` terhadap prestasi diri kita,prestasi kerja kita & prestasi organisasi yang kita wakili ! Sejak beberapa minggu lepas,saya begitu sibuk sekali mengendalikan pelbagai kursus untuk pelbagai Jabatan & Organisasi seluruh negara.
Antaranya :

1- Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah - Beringin Training Centre ,Langkawi ( minggu kedua bulan Nov )
2- Kolej Kejururawatan Kuala Pilah - Colmar Tropicale,Bukit Tinggi Bentong,Pahang ( minggu pertama Disember )
3- Kolej Latihan Pergigian Malaysia,Penang - Cinta Sayang Golf Resort,Sg.Petani ( minggu ke 2 Disember )

Ini adalah sebahagian rutin saya dalam proses menggerakkan potensi manusia amnya,potensi pekerja & sumber manusia organisasi yang terpilih,khususnya. Pelbagai jenis manusia yang saya jumpa,pelbagai watak yang saya temui.pelbagai karektor manusia yang saya perhatikan !

Kursus,Latihan & Seminar yang saya kendalikan adalah untuk menggerakkan potensi pekerja dan melonjakkan prestasi Organisasi yang diwakili oleh pekerja tersebut !
Saya benar2 mengharapkan apa yang saya sampaikan & apa yang telah saya berikan sepanjang kursus itu mampu untuk merubah kondisi,situasi,prestasi & kualiti pekerja & organisasi yang terlibat !

Cuma,saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri..Apakah mereka ( klien & peserta2 kursus ) itu mampu menterjemahkan apa yang disampaikan itu kedalam rutin harian mereka sebagai pekerja ! Segalanya bergantung kepada individu itu sendiri ! Masa depan kita,kita yang tentukan ! Organisasi kita,kita yang junjung & kita yang pelihara nama baiknya !`Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung !Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai kepangkal lengan` !

Hendak atau Tak Nak Berubah,itu adalah persoalan yang wajib & perlu dijawab oleh individu itu sendiri ! YES or NO ! kalianlah yang punyai jawapannya ! Tapi bagi saya,jawapan yang saya nantikan ialah YES ! YES ! YES ! Kalian memang mampu untuk berubah ! kalian memang mampu untuk menjadi yang terbaik untuk Organisasi anda ! Ayuh ! gerakkan potensi yang ada pada diri kita !Saya sentiasa bersedia untuk terus menyokong anda & terus menyuntik semangat anda !

Sekian, Salam Sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

Tuesday, December 11, 2012

SEMARAKKAN NILAI - NILAI YANG BAIK


SIKAP DAN TINDAKAN ! DUA BENDA YANG BERBEZA TAPI PUNYAI PERTALIAN RAPAT! SIKAP ADALAH PENENTU TINDAKAN ! SIKAP YANG BAIK SUDAH PASTI MENJADI PENENTU KEPADA KEJAYAAN SESUATU TINDAKAN ! SIKAP DAN TINDAKAN ADALAH SATU PERTAUTAN YANG RAPAT !
CHECK DIRI KITA ! BANYAK MANA SIKAP YANG BAIK ! DAN BANYAK MANA PULA SIKAP YANG TIDAK BAIK & SIKAP YANG MEROSAKKAN !
LISTKAN SIKAP-SIKAP TERSEBUT ! BUAT PERBANDINGAN ! PERBAIKI SIKAP YANG TIDAK BAIK & MEROSAKKAN.
BUAT ANALISIS `SWOT` DAN CUBA MERUBAH CARA BERFIKIR,UBAH CARA BERTINDAK & UBAH CARA BUAT KEPUTUSAN !
ANDA AKAN BERJAYA KALAU ANDA PUNYAI `KUANTITI` SIKAP @ ATTITUDE YANG BAIK ..
PERCAYALAH DENGAN SEBENAR-BENAR PERCAYA BAHAWA `ATTITUDES CHANGES EVERYTHING` !
AYUH,PERBAIKI SIKAP @ ATTITUDE KITA..PASTI KITA MAMPU MERAIH KEJAYAAN !

SALAM SUKSES !

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO MODID



Wednesday, December 5, 2012

TERUSKAN SEMANGAT ANDA ! KEKALKAN MOMENTUM DIRI !!!

TAHUN 2012 BAKAL BERLABUH ! TAHUN 2013 BAKAL MEMULAKAN PERJALANANNYA TIDAK LAMA LAGI ! BAGAIMANA DENGAN SEMANGAT & MOMENTUM DIRI ANDA ! MASIH HANGAT ! MASIH BERBARA ! MASIH MENYALA ! ATAU DAH SEJUK ! COME ON BRO ! TERUSKAN MOMENTUM DIRI AGAR TERUS MELONJAK & MENINGKAT DEMI PERJUANGAN YANG MASIH LAGI ADA !
SIAPA DIRI ANDA ? ANDA PELAJAR ? ANDA GURU ? ANDA BERSTATUS IBU AYAH ? ANDA PENJAWAT AWAM ? BIAR SIAPA PUN DIRI ANDA,ANDA PERLU TERUSKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA ! USAH LEKA ! USAH TERLALU SERONOK DENGAN PENCAPAIAN LALU ! TERUSKAN USAHA UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN YANG DIIDAM-IDAMKAN SELAMA INI !
JOM ! KITA PERBAIKI KUALITI DIRI KITA ! TERUS MAJU KEDEPAN ! JANGAN LAGI MENOLEH KEBELAKANG ! AYUH ,KEJAYAAN SEDANG MENANTI KITA !

MEMBURU IMPIAN ! ITULAH LAGU YANG MENYUNTIK SEMANGAT DIRI KITA ! BURU DAN CAPAI APA YANG KITA INGINKAN. TERUSKAN USAHA & KONSISTEN DALAM BERDOA,PASTI KITA AKAN MERAIH SERIBU KEJAYAAN.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN

Tuesday, December 4, 2012

2013 - MAKIN CEMERLANG @ DITAKUK LAMA ?

Bulan Disember mula bertamu ! minggu pertama Disember juga bakal berlalu ! tinggal lagi 3 minggu berada di bulan Disember dan berada ditahun 2012 ! 2012 bakal kita tinggalkan. Banyak kenangan pahit ,manis yang telah kita lalui ! Prestasi kita ditahun 2012 perlu dibuat penilaian yang sewajarnya ! Sila senaraikan apakah kejayaan-kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun 2012 . Juga cuba fikir & kenangkan kembali apakah kelemahan,kegagalan dan kekecewaan yang telah kita lamai ditahun 2012 yang bakal kita tinggalkan ini !

2013 bakal menjengah kita tidak lama nanti ! Apakah perancangan & target peribadi yang perlu dicapai pada tahun 2013 nanti ! perancangan perlu dibuat terlebih awal bagi memastikan kita akan terus meraih kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang !

Secara peribadi,saya merasa bersyukur diatas pencapaian saya selaku seorang Trainer/Speaker/Motivator secara part-timer @ freelancer. Didalam kesibukan menguruskan Kuliah & tutorial di sebuah kolej,saya masih lagi mampu memenuhi undangan-undangan jemputan Ceramah Motivasi & menguruskan kursus untuk jabatan-jabatan kerajaan sepanjang tahun 2012.Malah saya rasakan tahun 2012 ini telah memberi kenangan yang cukup indah buat saya selaku perunding motivasi. Saya rasakan tahun 2012 ini telah adalah tahun `bertuah` buat saya. Graf pencapaian peribadi saya agak `mencacak` naik berbanding tahun-tahun lepas.Alhamdulillah,puji & syukur pada Allah yang telah menjadikan saya seorang insan yang `bermanfaat`buat insan lain.

Doa & harapan saya,tahun 2013 nanti pelbagai kejayaan-kejayaan baru bakal saya raih dalam kerjaya saya sebagai seorang pensyarah & juga sebagai seorang Trainer/Speaker/Motivator . Saya menantikan cabaran2 baru dalam dunia Training & motivasi. Saya nantikan jemputan2 yang lebih mencabar dan program2 berskala besar bagi menguji kemampuan & kehebatan diri saya.

Pada Allah SWT akan terus saya panjatkan doa,agar hasrat murni saya untuk menjadi IKON Motivasi sehebat DMFK akan tercapai.Insya-Allah.Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam Motivasi dan salam Sukses

Tn.Syeikh Abdul Ghani Yusof
Master Trainer/Motivator@ Pengasas MODID
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

Monday, December 3, 2012

FIGHTING SPIRIT @ SEMANGAT MELAWAN

SEJAUH MANA KEKUATAN & SEMANGAT DIRI ANDA ? MASIH ADA SIKAP RAGU-RAGU @ TAK PERCAYA PADA DIRI SENDIRI ?  PEDULIKAN RASA RENDAH DIRI ! KENA ADA `SEMANGAT MELAWAN` YANG TINGGI ! KENA ADA `FIGHTING SPIRIT` ! BUKAN BERGADUH ! BUKAN BERMUSUH DENGAN SESIAPA ! BUKAN NAK TUNJUK TERROR DALAM PERKELAHIAN ! JANGAN SALAH SANGKA !

SEMANGAT MELAWAN YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH :
1. MELAWAN  RASA MALAS
2. MELAWAN  RASA PENAKUT
3. MELAWAN  RASA  JEMU
4. MELAWAN  RASA RAGU-RAGU DENGAN KEBOLEHAN SENDIRI
5. MELAWAN  RASA RENDAH DIRI
6. MELAWAN  RASA KURANG YAKIN PADA DIRI SENDIRI
7. MELAWAN  SIFAT TAMAK
8. MELAWAN  SIKAP BURUK
9. MELAWAN  TABIAT YANG MEROSAKKAN
10. MELAWAN NAFSU AMARAH

SEBENARNYA BANYAK LAGI SIKAP-SIKAP BURUK YANG PERLU KITA `LAWAN` DAN YANG PERLU KITA `MUSUHI`...SO,UNTUK MENJADI MANUSIA YANG HEBAT DAN CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT WAJIB PUNYAI SIFAT `MELAWAN` YANG TINGGI DALAM HIDUP KITA !

AYUH ! SEMARAKKAN SIFAT MELAWAN YANG TINGGI.

SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN.


TEAMBUILDING WARGA JBS KEDAH 2 @ BERINGIN TRAINING CENTRE,LANGKAWI





BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...