FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, June 27, 2011

Talk For An-Nur Commitee

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan kesihatan,kekuatan dan usia yang panjang buat diri ini untuk terus berkarya dimedan Motivasi dan Training.

Tiada perkataan yang mampu dilafazkan..hanya lafaz syukur pada Allah SWT dipanjatkan kerana DIA berterusan mengilhamkan idea-idea yang bernas buat diri ini untuk terus memberikan persembahan yang terbaik setiap kali diberi amanah untuk menyampaikan Talk @ Ceramah kepada audiens.

Tanggal 24- 26 Jun 2011 yang lalu bertempat di Dusun Minda Resort Kuala Nerang,telah berlangsung satu Program yang cukup bermakna buat semua AJK Surau / An-Nur Commitee KMPP iaitu Program Pemantapan AJK Surau An-Nur sesi 2011/2012 .

Seperti yang lazim dilakukan ,pengisiannya adalah pelbagai . Dari sesi Taaruf,Ice-Breaking,Tahsin Bacaan Al-Quran,Ceramah ,LDK ,Riadah dan sesi Sidang Pleno. Alhamdulillah sambutannya begitu memberangsangkan dan mendapat perhatian yang baik dari semua pihak yang terlibat.

Selaku Trainer & Motivator,saya diberi peluang untuk kendalikan Sesi Taaruf,Ice-Breaking,Riadah dan Juga Ceramah Utama yang Bertajuk : " Leadership + Jamaah " : Membina Kekuatan Organisasi. Alhamdulillah,seperti biasa Ceramah yang saya kendalikan cukup `energitik` dan `bernyala`. Respon yang diterima cukup positif & memberangsangkan. Ceramah diselang seli dengan tayangan Video2 Motivasi,Nyanyian lagu2 Nasyid yang menyentuh jiwa & sesekali dengan nada sinis menyentuh peribadi & kualiti pelajar masa kini.

Jelas tergambar diwajah peserta2 yang mereka sebenarnya cukup bersemangat untk menggerakkan Surau An-Nur dan berusaha menjadi AJK yang Hebat dan Efisen. Moga apa yang disampaikan oleh saya mampu diaplikasikan & direalisasikan oleh semua bakal pemimpin2 muda ini.

Apa yang diharapkan dari program ini ialah, kita mampu lahirkan pelapis pemimpin Islam masa depan yang hebat dan cemerlang. Doaku semoga mereka bakal cemerlang dalam bidang akademik dan juga ko-akademik.

Salam Kecemerlangan buat An-Nur Committee Club..

Salam Sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah Darul Aman.









28.6.2011


Saturday, June 4, 2011

PERUBAHAN YANG `MEMBERANGSANGKAN`

ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADA ALLAH KERANA MASIH LAGI MEMBERI NIKMAT DAN KESIHATAN BUAT DIRI INI UNTUK TERUS BERKARYA ATAS PENTAS MOTIVASI & TRAINING.

MELIHAT KESUNGGUHAN PARA TRAINER LAIN YANG CUKUP SERIUS DALAM MENGANGKAT MARTABAT TRAINING DIMALAYSIA,DIRI INI SEOLAH-OLAH SUDAH `TERBAKAR` DAN `TERNYALA` SEMANGAT UNTUK TERUS MEMBERI SUMBANG BAKTI KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR,SEKOLAH,JABATAN KERAJAAN DAN ORGANISASI YANG MEMERLUKAN KHIDMAT BAKTI KAMI.

PELUANG YANG DIBERIKAN OLEH TV 3 AKAN TERUS SAYA MANFAATKAN BAGI MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN RAKAN-RAKAN TRAINER YANG LAIN.

TUGAS MENYEDARKAN ORANG LAIN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA YANG DIBERI SEDIKIT `KELEBIHAN` DALAM KEMAHIRAN MOTIVASI & TRAINING. ANTARA TUGAS TRAINER,SPEAKER,MOTIVATOR DAN COACH SEPERTI SAYA ADALAH :

1. MENYUNTIK SEMANGAT ORANG LAIN UNTUK TERUS HEBAT ,BERUBAH,BERJAYA,CEMERLANG DAN BAHAGIA.
2. MERANGSANG MINDA PELAJAR UNTUK TERUS CIPTAKAN KECEMERLANGAN DIRI
3.MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERAKHLAK,BERMINDA POSITIF,BERINOVASI DAN KREATIF
4. BERJUANG MENYEMARAKKAN SEMANGAT CINTAKAN ILMU PENGETAHUAN
5.PENGGERAK KEPADA ORANG LAIN UNTUK BERTERUSAN MENCIPTA KEJAYAAN HIDUP
6. MENJADI PERANGSANG KEPADA ORANG LAIN UNTUK TERUS MERAIH KEJAYAAN DIRI,KELUARGA,ORGANISASI DAN MASYARAKAT
7. MENJADI CONTOH TERBAIK BUAT ANAK-ANAK PELAJAR AGAR MAMPU CIPTA KEJAYAAN YANG LUAR BIASA
8. MENJADI EJEN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT
9. MEMBANGUNKAN SISTEM NILAI DAN KEKELUARGAAN YANG LEBIH MANTAP
10. MENYATUKAN AHLI-AHLI ORGANISASI AGAR MAMPU MEMBINA EMPAYAR SYARIKAT YANG LEBIH CEMERLANG.

SEBENARNYA TUGAS TRAINER SEPERTI SAYA TERLALU BANYAK.APAPUN, TUGAS INI HARUS KITA LAKUKAN DEMI MASA DEPAN YANG GEMILANG BUAT ANAK-ANAK DIDIK KITA,AHLI KELUARGA KITA,AHLI ORGANISASI KITA,RAKAN SEKERJA KITA DAN AHLI MASYARAKAT KITA.

RAKAN-RAKAN DILUAR SANA,SAMA-SAMALAH KITA MENYOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI SEBUAH PERJUANGAN UNTUK MEMARTABATKAN BANGSA KITA,ORGANISASI KITA,KELUARGA KITA DAN MASYARAKAT KITA.

ORANG YANG HEBAT,ORANG YANG CEMERLANG ADALAH ORANG YANG SENTIASA INGINKAN PERUBAHAN DALAM DIRI.

SEMOGA PERJUANGAN INI TERUS DIRAHMATI ALLAH SWT.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO,FOUNDER & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN



AUDIT DIRI SEBAGAI INSAN CEMERLANG

ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH YANG MEMBERI RAHMAT DAN PENGHARGAAN BUAT KITA SEMUA..

TANGGAL 4.6.2011 ( SABTU ) SEKALI LAGI WAJAHKU MUNCUL DIKACA TV 3 DALAM SLOT MOTIVASI PAGI TV 3.

KALI INI TAJUK YANG DIUTARAKAN IALAH AUDIT DIRI SEBAGAI INSAN CEMERLANG.ALHAMDULILLAH,KALI INI ADALAH EPISOD KETIGA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN DAN HARI INI ADALAH TARIKH SIARANNYA.

SUNGGUH TERUJA DAN SERONOK BILA MELIHAT WAJAH SENDIRI MUNCUL DISTESEN TV YANG MENJADI PUJAAN JUTAAN RAKYAT MALAYSIA.

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA TUHAN KERANA TELAH MEMBERI RUANG DAN PELUANG YANG LEBIH BESAR BUAT DIRIKU UNTUK PERGI JAUH DALAM DUNIA MOTIVASI DAN TRAINING.

PENGALAMAN BERSAMA PENERBIT RANCANGAN MOTIVASI PAGI TV 3 DAN KREW YANG TERLIBAT ADALAH SATU PENGALAMAN YANG CUKUP BERHARGA.

PENGALAMAN INI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN KALAU TIADANYA KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN DARI SEMUA PIHAK.

APAPUN TAJUK KALI INI MENGAJAK KITA SEMUA MEMBUAT AUDIT DIRI ,DALAM KATA LAIN `MUHASABAH DIRI`.MELIHAT KEPADA PERANAN KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH,PERANAN KITA SEBAGAI IBU-BAPA,PERANAN KITA SEBAGAI PENGURUS @ BOS,PERANAN KITA SEBAGAI PEKERJA DAN TERAKHIR PERANAN KITA SEBAGAI PELAJAR.







BANYAK YANG TELAH SAYA JELASKAN DALAM TOPIK INI. KEPADA SEMUA YANG TELAH MENONTON EPISOD INI,JADIKANLAH IA SEBAGAI PENDORONG UNTUK MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA MURNI KITA UNTUK BERUBAH DAN MENJADI LEBIH BAIK DARI HARI-HARI SEBELUMNYA,

SELAMAT MENONTON PROGRAM MOTIVASI PAGI TV3 SETIAP SABTU & AHAD. MOGA KITA SEMUA TERANGSANG UNTUK BERUBAH DAN MENJADI ORANG YANG CEMERLANG PADA MASA YANG AKAN DATANG.INSYA-ALLAH.AMIN

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...