FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, May 29, 2011

AKHIRNYA MUNCUL JUA...






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setelah sekian lama menjadi peminat setia Rancangan Motivasi Pagi TV 3 dan menjadikan tokoh-tokoh hebat seperti Datuk Dr Fadzillah Kamsah,Dr Tg.Asmadi,Zawawi Ahmad,HM Tuah Iskandar dan ramai tokoh2lain,akhirnya tiba jua giliran diriku untuk menjadi Perunding Motivasi Jemputan TV 3.

Pelawaan yang diterima dari TV 3 disambut dengan hati yang terbuka. Inilah peluang terbaik untukku pergi lebih jauh dalam bidang Motivasi & Training di Malaysia.

Pada tarikh keramat 27.4.2011 telah berlangsungnya rakaman sebanyak 4 Episod untuk slot Motivasi Pagi TV 3 di Restoran Bora Asmara. Alhamdulillah,walaupun baru pertama kali berhadapan dengan kamera secara profesional,rakaman berjalan dengan lancar.

Terimakasih banyak-banyak saya kalungkan buat Farina Pahruddin beserta krew penerbitan yang bertungkus lumus menyiapkan rakaman tersebut. Tak lupa juga buat pengurusan Restoran Bora Asmara yang telah memberi kebenaran untuk menggunakan lokasi Restoran tersebut sebagai lokasi penggambaran.

Akhirnya pada 21.5.2011 & 28.5.2011 yang lalu ,telah tersiar rakaman tersebut di TV 3 pada jam 6.30 pagi. Ucapan tahniah dari rakan-rakan tak putus-putus diterima. 2 siri ( episod ) telah tersiar iaitu Tajuk : Konsisten Teropong Diri ( 21.5.2011 ) & Tajuk : Saya Sedia Sahut Cabaran ( 28.5.2011 ). Kini masih berbaki 2 lagi episod yang belum tersiar .

Tajuk -tajuk yang masih lagi belum disiarkan ialah : Audit Diri Insan Cemerlang  dan Semai Benih Kecemerlangan. Kemungkinan besar 2 episod tersebut akan disiarkan pada 4 Jun & 11 Jun 2011 nanti. Alhamdulillah,respon yang diterima dari rakan,sahabat ,ahli keluarga dan peminat slot Motivasi Pagi cukup memberangsangkan.

Alhamdulillah, hasrat dan cita-cita saya untuk muncul di TV 3 dan berkolaborasi dengan entiti hebat seperti TV 3 akhirnya tercapai jua. Syukur pada Allah SWT kerana telah memberi peluang,ruang dan rezeki ini buat diri saya. Peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk mendidik masyarakat dan memandaikan bangsa. Moga usaha murni ini terus diberkati Allah SWT.

Kepada rakan2 yang memerlukan khidmat bakti saya dalam mana-mana program motivasi ,bolehlah hubungi saya ditalian 019-4741209 @ 04-4219069.

Moga kita terus sama-sama menimba ilmu dari Rancangan Motivasi TV 3.

Sekian,

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Yang Ikhlas
Tn.Abd.Ghani Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

Sunday, May 22, 2011

JIRAN KITA SAUDARA KITA...

Jiran adalah orang-orang yang tinggal berdekatan atau bersebelahan dengan rumah kita,samada didepan,dibelakang,dikiri atau dikanan rumah kita. Ada jiran kita yang seagama dengan kita,ada jiran berlainan agama dan ada jiran seagama serta ada pertalian darah.


Jiran kita adalah rakan kita. Jiran kita adalah saudara kita. Maka kita kena jaga hati jiran dan pelihara hak-hak jiran. Didalam islam sendiri telah digariskan beberapa hak-hak jiran yang perlu kita jaga.

Terkadang disebabkan berbeza agama,berbeza pandangan politik,berbeza sosio- ekonomi,berbeza pangkat,berbeza kedudukan dan berbeza jumlah harta,kita tidak lagi mempedulikan jiran kita.

Sikap `individualistik` merajai diri kita disebabkan EGO yang melampau. Senario hari ini yang jelas menunjukkan bahawa semakin hari,semakin menipis sikap `ambil tahu` dan menebalnya sikap `keakuan` dikalangan kita terutama didalam komuniti bandar.

Jiran yang baik adalah aset buat diri kita. jagalah hati jiran.Hormati perasaan jiran kita.Respek mereka.
Antara hak-hak jiran seperti yang digariskan dalam Islam :

1. Jangan kecilkan hati jiran
2.Jangan mengganggu ketenteraman jiran
3.Jangan membina bangunan yang tinggi sehinggakan angin tidak dapat masuk rumah jiran
4.Sedekahkan makanan yang kita masak kepada jiran ( baunya menusuk hidung jiran )
5.Sedekahkan makanan pada anak jiran,jangan biarkan anak kita makan didepan anak jiran ( jika tidak mahu berkongsi makanan )
6. jangan mengumpat pada jiran
7. Jangan bergaduh dengan jiran
8. Sentiasa bekerjasama dengan jiran
9. Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran
10.Bantu jiran jika ia memerlukan pertolongan

Sebenarnya banyak lagi hak2 jiran yang perlu kita jaga. Maka,hormatilah jiran & respek mereka. Jika kita respek pada mereka,sudah pasti mereka juga akan respek pada kita. So,kena respek each other.

Jom,sama-sama kita memelihara kejiranan kita. Pupuk semangat yang baik diantara kita. Jangan disebabkan perkara yang kecil,kita bermasam muka dan `perang dingin`dengan jiran kita.sama-sama kita menjaga nilai yang baik ini. Jiran kita,sebenarnya saudara kita.

Selamat Menjalinkan Hubungan Yang Baik dengan Jiran kita.

Sekian ,Wassalam

Salam sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO & Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.

Saturday, May 21, 2011

KRITIKAN BIARLAH `MEMBINA` JANGAN SESEKALI `MEMBUNUH`

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Bertemu kembali dilaman motivasi dinamika diri. Sama-sama kita tingkatkan amalan kita,semoga Allah menerima segala amalan baik kita. Selamat Hari Guru ,buat semua guru-guru di Malaysia ,termasukalah isteriku sendiri ( juga seorang guru ).

Bila menyentuh soal kritikan,ianya melibatkan semua orang @ semua pihak. Ada dikalangan kita yang berwatak sebagai Bos, Ayah,Ibu,Guru,Rakan-rakan dan jiran tetangga. Semua watak ini berpotensi memberikan kritikan. Bos sudah pasti akan melakukan `kritikan` pada orang-orang dibawahnya @ pekerjanya jika prestasi pekerjanya menurun ayau memberi pulangan yang baik pada organisasi.

Ayah @ Ibu ,sudah pasti akan `mengkritik` tingkah laku dan prestasi akademik anak-anaknya. Begitulah jugak dengan Guru,sudah pasti sentiasa mengkritik pelajar-pelajarnya. Jika pelajar2nya kurang berjaya,gagal atau tidak mendengar arahan,maka `kritikan` akan terhasil.

Begitulah jugak dengan rakan-rakan kita, mereka juga sentiasa mengkritik kita. Mereka cukup rajin mengkritik cara kita berpakaian, cara kita bersosial,cara kita memandu dan macam2 lagi kritikan yang kita terima.

Tidak terlepas dari memberi kritikan ialah jiran-jiran kita. Mereka juga sentiasa melihat tingkah laku kita, perjalanan hidup kita dan hubungan kita dengan mereka. Bila ada sahaja yang tidak kena dimata mereka,sudah pasti mereka akan `mengkritik` diri kita.

Penulis ingin mengajak kita semua merenung kembali,apakah sebenarnya tujuan kritikan . Pada Pandangan penulis kritikan yang dilontarkan pada seseorang sebenarnya berperanan untuk :

1. Memperbaiki kedaan yang tidak elok kepada lebih baik
2. Memperbetulkan apa yang tidak betul
3.Menjernihkan kembali keadaan yang kurang senang kepada yang lebih `senang`
4.Memperbaiki prestasi kerja
5.Memperbaiki prestasi akademik pelajar
6.Memperbaiki prestasi akademik anak-anak
7.Menegur anak-anak agar menjadi lebih baik dari sebelumnya
8.Memperbaiki hubungan sesama rakan
9.Merapatkan kembali hubungan dengan jiran
10. Menjernihkan keadaan yang `keruh` menjadi lebih jernih.

Cuma penulis ingin bertanya,apakah selama ini kritikan yang kita lontarkan pada orang lain itu benar-benar berkesan @ tidak ?

Tanpa kita sedari,kebanyakan dari kita melontarkan kritikan yang `membunuh` @ `mematikan`. Sepatutnya kritikan-kritikan yang diberi hendaklah bersifat `membina` @ `membangunkan`. Kita kena re-check balik cara kita memberikan kritikan. Adakah cara kita itu betul atau tidak ?

Seorang guru,seboleh-bolehnya janganlah mengkritik pelajar-pelajarnya secara keterlaluan,sehingga menjatuhkan air-muka,melemahkan semangat dan membantutkan potensi yang sedia ada pada pelajar.

Begitulah juga dengan ayah @ ibu,apabila menegur atau mengkritik anak-anak,biarlah ada batasannya.janganlah terlalu `keras` dan `membunuh` semangat anak-anak kita . Begitulah juga dengan seorang Bos,janganlah mengkritik para pekerja dengan cara yang keterlaluan,hinggakan menjatuhkan graf prestasi pekerja-pekerjanya.

Rakan-rakan yang ingin mengkritik,berilah kritikan yang membina yang mampu melonjakkan lagi kecemerlangan sahabat2 yang lain. Jangan dibiarkan perasaan marah atau geram merajai diri. Sokonglah,doronglah dan  berikanlah semangat kepada sahabat-sahabat kita.

Ini adalah peringatan buat diri kita semua,agar apabila melakukan kritikan,berilah kritikan yang membina.Jangan dimusnahkan potensi yang ada pada anak-anak kita,pekerja kita,anak murid @ pelajar kita ataupun rakan-rakan kita.

Jom,sama-sama kita bangunkan potensi orang-orang dibawah kita,anak-anak pelajar kita,rakan-rakan kita,pekerja-pekerja kita dan jiran sebelah rumah kita,moga mereka mampu menjadi insan hebat lagi berguna.
Ingat..janganlah lakukan KRITIKAN MEMBUNUH tapi berilah KRITIKAN MEMBINA yang mampu menggerakkan lagi potensi yang sedia ada pada pelajar kita,anak kita, pekerja kita,rakan kita dan jiran kita.

Semoga Allah menjadikan kita semua manusia yang HEBAT yang mampu MEMBERI MANFAAT BERGUNA pada orang lain.Insya-Allah.

Sehingga bertemu dilain catatan,

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO & Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
22.5.2011

SAHAM AMANAH AKHIRAT...JOM CEPAT2 MENDAFTAR..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dikesempatan cuti hujung minggu ini,berkebetulan tiada undangan ceramah,rasanya elok dipergunakan masa yang terluang ini untuk menulis diblog kesayanganku ini untuk dikongsi bersama oleh orang2 lain.

Syukur pada Tuhan , hari ini merupakan hari siaran slot Motivasi Pagi TV 3 kendalian saya dengan tajuk : Teropong Diri. Inilah salah satu usaha saya selaku perunding motivasi dalam misi membina modal insan bertaraf dunia & bertaraf `akhirat` yang menepati kehendak & standard yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Kalau sebelum ini,kita sibuk memburu saham2 dunia dengan membeli lot2 saham kontra diBSKL,saham2 Mutual di Public Bank, saham2 amanah seperti Amanah Saham Bumiputera,Amanah Saham Nasional ,Amanaha Saham Wawasan dan yang terkini Amanah Saham 1 Malaysia.

Tujuan kita membeli & memburu saham2 dunia tersebut adalah mencapai keuntungan untuk dibuat bekal masa tua dan masa susah kita. Dalam kesibukan kita, mencari ruang2 untuk memiliki lot2 saham tersebut,pernahkah terfikir kita jarang2 membicarakan tentang saham akhirat kita. Yang mana saham2 tersebut telah tersedia menanti kita. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memperolehi keuntungan diakhirat nanti dengan `melabur` dalam saham2 akhirat yang telah tersedia untuk kita.

Banyak modal saham akhirat kita tersedia didepan mata :

1.Melakukan amalan wajib yang telah termaktub dalam Al-Quran
2.Melakukan amalan sunat yang cukup banyak terhidang didepan mata
3.Bersedekah @ membantu golongan yang susah
4.Infak pada Jalan Allah SWT
5.Membantu anak2 yatim
6.Menyampaikan ilmu ( tak kira apa jua cara )- Motivasi juga adalah satu bentuk penyampaian ilmu
7.Berbuat baik dengan ahli keluarga ( keutamaan pada Ibu-Bapa )
8.Berbuat baik dengan jiran sebelah
9. Berjihad dijalan Allah- menegakkan keadilan & agama Allah
10.Berjuang mencari rezeki yang Halal...

Sebenarnya banyak lagi cara untuk memperolehi modal saham untuk akhirat...janji apa jua kebaikan yang kita lakukan itu adalah dengan niat kerana Allah Taala.

Diriku ini selaku perunding motivasi & Trainer ( Jurulatih kejayaan ) sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Taala dalam misi `memandaikan` bangsa.

Sokongan rakan2,ahli keluarga,jiran2 & peminat2 motivasi adalah amat diperlukan.

Tak kira dimana jua lokasi program,diri ini takkan persiakan amanah yang diberi selagi ada kudrat,masa dan kesihatan yang baik.

Sama-samalah kita memburu Saham Akhirat mengikut kemampuan masing-masing..Moga Allah memberkati kita semua. Amin

Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO & Master Trainer,
Konsultan Jana Insan
Add caption
Sg.Petani Kedah.


Friday, May 20, 2011

MEMBURU TARAF `KLUSTER`...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu kembali diarena motivasi dinamika diri. Rasanya dah agak lama tak menulis tajuk2 baru diblog ini. Sebenarnya banyak idea2 yang muncul dan bercambah dibenak fikiran ini untuk dikongsi bersama dengan rakan2 guru,rakan2 seperjuangan di Kolej dan peminat laman motivasi.

Kali ini penulis ingin mengajak kita semua memburu gelaran `KLUSTER` ...Jika Kementerian Pelajaran Malaysia sibuk dengan Sekolah Kluster...maka kita juga perlu sibuk dengan pengiktirafan KLUSTER buat diri kita sendiri.

KLUSTER merujuk kepada makna hebat,cemerlang dan berprestasi tinggi. Maka kita semua perlu menjadi INSAN KLUSTER yang mempunyai sifat2 kluster:

1. Sifat Peribadi yang menarik
2.Personaliti yang menarik
3.Pencapaian Diri yang Hebat/Cemerlang
4.Kecemerlangan yang Konsisten
5.Mampu jadi ejen `perubah`
6.Mampu memberi kesan
7.Mampu menjadi Daya Tarik kepada Orang lain
8.Mampu memberi pulangan yang `berbaloi` kepada organisasi yang diwakili
9.Mampu menggerakkan orang lain untuk `bersama-sama` bergerak kedepan
10. Bernilai Tinggi @ memberi pulangan berharga pada organisasi

Maka,sama-samalah kita berusaha menjadi INSAN KLUSTER ...

SEKIAN, WASSALAM ..

Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah

Wednesday, May 11, 2011

PUJI VS KEJI ( SATU RENUNGAN )

Alhamdulillah....

Syukur pada Allah swt diatas segala nikmat kurniaanNya selama ini..Diri ini masih lagi mampu bergerak pantas ( walaupun dah berumur 40-an ),berdiri lama,bercakap panjang dan berkongsi idea dengan orang lain. Setiap jemputan menyampaikan ceramah motivasi terus diterima walaupun jadual peribadi agak begitu padat.Asalkan ada ruang,kesempatan dan peluang,diri ini tak lagi mampu untuk menolak. Demi hasrat murni memartabatkan bangsa & memandaikan masyarakat, setiap langkah menuju destinasi motivasi diiringi doa oleh isteri,anak-anak,rakan taulan & klien yang setia menunggu.

Kali ini, penulis ingin utarakan topik PUJI  VS KEJI ...ini juga merupakan salah satu tajuk yang telah & pernah penulis sampaikan kepada anak-anak pelajar disekolah. Tajuk ini sesuai untuk golongan pelajar bermasalah @ dalam kata lain ,golongan `BERISIKO TINGGI`.

Tajuk ini memfokuskan kepada dwi pilihan yang terhidang dimata kita. Sejak dari lahir kita hanya ada 2 peluang ,samada hendak menjadi `CERDIK` @ BODOH..ataupun menjadi BAIK @ JAHAT.
Kalau CERDIK yang kita pilih,maka kita hendaklah berusaha kearah itu sejak dari kecil lagi.Potensi yang ada pada kita janganlah dipersiakan. Sebaliknya,jika BODOH yang menjadi pilihan, maka persiakanlah potensi yang diberikan Allah pada kita.

Dalam konteks akhlak, kita diberi pilihan samada untuk menjadi BAIK @ JAHAT. Kalau BAIK yang kita pilih ,maka kita hendaklah menjadi hamba Allah yang taat,anak yang taat,anak yang soleh,pelajar yang rajin,ahli masyarakat yang berguna. Begitulah jua sebaliknya,kalau JAHAT yang menjadi pilihan,maka sudah pasti kita akan menjadi MUSUH kepada diri kita sendiri,musuh pada Allah,musuh pada orang lain...
Pilihan terbentang luas didepan kita..samada ingin di `PUJI` ataupun di `KEJI`..jika ingin dipuji oleh Allah,Ibu-bapa,Rakan-rakan,ahli masyarakat..maka..jadilah insan yang berguna. jadilah hamba yang taat,jadilah anak yang `bertuah`,jadilah ahli masyarakat yang berguna kepada orang lain.
Jika JAHAT yang dipilih,maka sudah pasti kita menjerumuskan diri kita kedalam ruang-ruang untuk dikutuk,dihina,dikeji dan disingkirkan oleh orang lain.

Pesanan penulis, biarlah jasa dan kebaikan kita yang sering dikenang..bukannya kejahatan yang diungkit-ungkit sehingga saat kita meninggalkan dunia yang fana ini.Jadilah seperti GURU yang jasanya tetap dikenang,walaupun sudah lama meninggalkan dunia yang serba `palsu` ini. Status guru tetap dikenang,walaupun gelaran telah kita tinggalkan setelah bersara @ pergi menemui Allah SWT.

Jadilah Insan yang sering di`PUJI`..bukannya makhluk yang sentiasa di`KEJI`.....Pilihlah yang terbaik buat diri kita.Kita sebenarnya bukan lama hidup didunia ini...ianya hanya sementara..penempatan yang kekal abadi adalah dialam akhirat nanti. bawalah bekalan yang selesa untuk kesana.

MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA....Amin Ya Rabbal Alamin

Tuan Abd.Ghani Yusof
KMPP
12.5.2011

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...