Syukur alhamdullilah aku panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya,akhirnya aku telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan memangku gred yang lebih tinggi ( DG 48 ).... inilah rezeki namanya..rezeki isteri,rezeki anak-anak dan rezeki ahli keluarga aku.....
Betapa bangganya isteri,anak-anak dan ibu-bapa aku yang selama ini adalah pendorong kuat aku....
Bermula 1 jun 2009 , aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tetapi memandangkan surat penempatan sampai lambat dan sangkut kat JPN Kedah,akhirnya aku lapor diri kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada akhir Julai 2009. namun begitu,aku beluam lahi bertugas kerana budak-budak matrikulasi tengah bercuti ( 2 minggu )...jadi akupun turut bercuti sama le....
Esok, 3 ogos 2009 aku akan mula bertugas secara rasmi di Kolej Matrikulasi Penang...harap-harap suasana kerja dan bidang tugas lebih mudah walaupun mencabar minda..maklum le mengajar budak-budak pandai......semuanya dapat 7A- 9A dalam spm...tentu iq mereka hebat-hebat belaka.....
Apapun..aku anggap inilah cabaran terbaru aku....aku berpegang kepada prinsip oarang yang hebat pasti berani hadapi cabaran dan sukakan cabaran....
Disini jugak aku akan mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai perunding motivasi.....moga-moga rezeki aku makin bertambah dan nama aku makin dikenali dalam bidang perundingan dan latihan.....motivasi le tu...
Cuma banyak pengorbanan yang terpaksa aku lakukan...iaitu cuti aku dan isteri tercinta aku tidak lagi sama....apapun aku berjanji pada diri aku jika ada kesempatan dan ruang cuti walaupun 2 hari..akan aku manfaatkan cuti aku sebaik mungkin bersama-sama anak & isteri aku..... masa tu aku takkan terima undangan ceramah motivasi......
Apapun...aku tetap berpegang kepada janji.....akan aku bahagiakan anak dan isteriku....insya-Allah amin.....
Doakan kesejahteraan aku,anak-anak dan isteriku.....
Amin..wassalam.....
Tuan Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019-4741209 @ 04-4219069